Bagi mak-mak yang suka berkebun, perasan ada ketika pokok yang kita tanam dah berbunga namun putiknya gugur dan menjadi sebab ia tak jadi berbuah. Walaupun kita dah letak baja, cahaya matahari dan siram air secukupnya.
Sebenarnya cuba perhatikan dua faktor yang menjadi punca buah tak lekat seperti yang dikongsikan oleh Sepang FarmVil ini.
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/Bekas yang Kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
Ads
2. Semut Hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Ads
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.
Ads
Boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Jus kunyit ini sememangnya kaya dengan khasiat. Tapi, macam mana nak pastikan kunyit yang diolah menjadi air rebusan itu kekal khasiatnya.
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal berkongsi teknik sebenar menyediakan jus kunyit (tumeric) atau biasa mak-mak sebut air rebusan kunyit. Beliau juga memberikan panduan cara betul meminum jus kunyit. Dan apakah cara terbaik untuk anda minum jus kunyit ketika sedang mengambil ubat-ubatan moden.
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit.
ADAKAH PENGAMBILAN JUS KUNYIT BAIK UNTUK KESIHATAN?
1. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%. 2. Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40% 3. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis. 4. Kajian TERKINI yang dilakukan Saintis pada tahun 2020 di University of Houston, USA mendapati kunyit boleh bantu MEMPERBAIKI penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus nefritis akiut atau kronik (dengan menurunkan ‘proteinuria’, ‘blood urea nitrogen’, ‘glomerulonephritis’, ‘crescent formation’ ‘tubule-interstitial disease’ dan renal infiltration by lymphocytes.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis. 2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing. 3. Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Mohon jasa baik anda agar tidak iklankan produk kunyit anda di sini.
Daun Sup dan daun bawang memang sering digunakan dalam masakan. Namun selalunya yang nak digunakan sedikit sahaja, bakinya layu dalam peti sejuk dan akhirnya rosak dan terbuang dalam tong sampah. Lebih mudah jika mak-mak boleh tanam sendiri di rumah. Petik yang mana perlu je.
Ada cara mudah untuk tanam daun sup dan daun bawang ni, hanya menggunakan sarang telur. Tak perlu tanam dalam tanah pun, tetap menjadi, elok segar merimbun tanamannya.
Ikut cara yang dikongsikan ini;
Tak pening dah nak cari daun sup dan daun bawang lepas ni.
Bahan Diperlukan:
Bawang Merah
6 biji Sarang Telur
Pisau/Gunting
Cara Membuat:
1. Guna bawang saiz kecik ja dan segar. Kalau bawang tak segar senang rosak. Potong bawah sikit jangan bagi habis akar dan atas sikit.
2. Ambil 6 lapis sarang telur dan tebuk besar-besar sampai level 4 sahaja. Kalau tebuk kecil akar naik atas dan bawang jadi senget macam saya. Tak cantik la macam yang saya tu.
3. Siram sekali sehari cukup dah, dan letak tempat teduh.
4. Makan daun sup dan daun bawang sampai muntah.
Bila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah ruang membakar yang terhad, kena bakar luar rumah serta agak leceh untuk menghidupkan bara arang.
Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh membakar menggunakan arang dalam rumah. Hanya perlu letak dalam periuk dan masak atas api dapur gas.
Boleh rujuk perkongsian oleh Puan Nurhayati Zaiini sebagai panduan;
“Menu arini ikan bakar. Ini cara saya bakar atas dapur.Bakar arang atas api dapur, letak didalam periuk yang tidak digunakan. Hidupkan api kecil dan bakar ikan”.
Bahan Diperlukan:
Arang secukupnya
Periuk lama (tidak digunakan)
Dapur Gas
Jaring
Cara Membuat:
1.Bakar arang atas dapur gas.Kalau arang besar pecahkan kecil sikit biar senang menyala.
2.Letak arang tersebut dalam periuk.Seeloknya periuk yang dah tak digunakan lagi.
3.Hidupkan api, biarkan panas sekejap dan arang lebih menyala sikit.Letak lah ikan atas jaring dan bakarlah seperti biasa.
4.Pastikan api kecil semasa membakar.
Siap.Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
MW: Mudah je rupanya mak-mak boleh bakar ikan dengan arang di rumah, guna dapur gas je. Tak perlu risau tak de laman atau ruang nak membakar. Caranya senang, rasanya pun pasti lebih sedap bila bakar dengan arang.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...