Ternyata rumah tangga adalah laluan ke syurga, jadi berkorbanlah perasaan dalam melayari rumah tangga demi Tuhan.
Sememangnya tak mudah, tapi insyallah balasannya syurga bila kita korban perasaan demi orang tersayang yakni suami.
Ikuti perkongsian Farhana Fizal dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Jadi Berkorbanlah Perasaan Demi Tuhan
Pengorbanan dalam rumah tangga tak lain dan paling banyak sekali adalah, korban perasaan.
Suami akan sangat teruji dengan turun naik emosi isteri yang kadang bagai ombak di tengah lautan, datang pula ribut dan taufan, dan kadang kala senyap sunyi ibarat dilanda tsunami.
Isteri pula sangat teruji dengan baran sang suami, amukan yang kadang tak tahu mana silapnya, bengis yang menakutkan, dan ada masa senyap sepi tak ditegur berhari-hari.
Namun, demi kita tahu dan sangat yakin, rumah tangga itu laluan dan jalan kita ke syurga, dan Allah pasti menguji setiap suami isteri yang ada di jalan rumah tangga, maka kita belajar untuk berkorban. Berkorban perasaan dalam rumah tangga demi Tuhan.
Moga kita menghayati setiap pengorbanan yang kita dan pasangan telah lalui dan lakukan dalam perjalanan rumah tangga kita, dan akan selalu memakai pakaian sabar yang Rasul anjurkan.
Memang tak mudah. Tapi, selagi kita tahu kemana arah dan hala tuju rumah tangga kita, insyallah kita tak mudah menyerah.
Ads
Mahar ke syurga sangat mahal. Dan salah satu jalannya, rumah tangga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
“25 tahun kahwin, tidak dikurniakan anak.” Isteri ini tak menyesal, berhenti kerja jaga suami kanser. Suaminya disahkan mengidap kanser usus.
Sebagai seorang isteri, wanita ini sanggup berhenti bekerja semata-mata untuk menjaga suaminya yang menghidap kanser usus sejak dua tahun lalu.
Tak Menyesal
Menurut Azizah Ismail, 57, suaminya, Mohamad Salim Lim Abdullah, 77, yang juga seorang mualaf dikesan menghidap kanser itu selepas mengalami kesukaran untuk membuang air besar.
Katanya, disebabkan itu dia tekad untuk menjaga suaminya apabila doktor mengesahkan kanser itu sudah merebak ke tahap tiga selain menghidap asma.
“Perkahwinan kami sejak 25 tahun lalu tidak dikurniakan anak, namun saya tidak menyesal kerana selagi ada kudrat, saya akan menjaga suami.
“Sebelum sakit, suami menjalankan perniagaan sendiri namun terpaksa berhenti selepas disahkan menghidap kanser dan sejak itu kami tiada mata pencarian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mawar, Hutan Kampung, Alor Star, Kedah.
Tidak DiKurniakan Anak
Menurut Azizah, suaminya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan namun wang yang diterima digunakan sepenuhnya untuk membawa suaminya berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selain makan minum mereka.
“Saya perlukan bantuan kewangan kerana sekarang wang yang ada tak cukup untuk menampung kehidupan kami kerana saya tak bekerja apatah lagi menghidap kencing manis.
“Suami sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali tetapi disebabkan tidak tahan, dia tidak dapat meneruskan rawatan seterusnya,” katanya.
Katanya, suaminya boleh makan dengan baik dan minum susu formula khas dan najis atau air kencing akan terus disalurkan menerusi saluran pembuangan di perut menggunakan beg stoma.
“Beg stoma itu disumbangkan oleh pihak Majlis Kanser Nasional (MAKNA) hanya untuk tempoh enam bulan dan ini bulan terakhir kami menerimanya.
“Satu beg itu digunakan untuk sehari tetapi kadangkala tidak cukup menyebabkan saya beli sendiri dengan harga RM11 sekeping.
“Suami juga kerap penat kerana paru-parunya juga mempunyai masalah. Saya perlukan katil pesakit khas untuk membantunya bernafas dengan baik,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Azizah di talian 014-3036234.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menziarahi pasangan itu hari ini dan pihaknya membantu menyalurkan sumbangan barangan serta wang tunai untuk kegunaan mereka.
Mingguan Wanita : Semoga suaminya dikurniakan kesembuhan dan isteri terus tabah berdepan dengan ujian berat ini. Insyallah.
Bila dah kahwin ni, baik suami atau isteri kena banyak berterus terang. Kalau tak suka, cakap dan tak payahlah keluarkan emosi di media sosial sampai orang luar tahu. Itu cuma boleh tambahkan penyakit kalau anda buat!
Mahunya tidak, tepek kejap pun dah beratus komen daripada orang luar yang konon bagi nasihat tetapi sebenarnya diorang pun tak tahu siapa yang patut betulkan. Suami atau isteri?
Hah, itulah yang saudara Amir Syahir cuba sampaikan dalam status Facebook miliknya. Pilih jalan selamat sekali pun rasa nak marah. Contohnya macam pengalaman yang dia lalui sendiri…
Jangan Tepek Di Media Sosial Dulu
Dulu mula-mula kahwin, isteri aku kalau merajuk dia tak nak cakap. Diam jeee. Pastu pendam sorang-sorang. Dah lama kahwin ni, terus dia cakap kalau tak puas hati. Terus luah apa yang dia rasa.
Duk pendam sorang-sorang ni pastu bengang sebab orang tak faham dia. Dia ingat kita ni tok wali ke apa boleh teka-teka.
Begitu juga korang yang baru kahwin. Kalau awkward nak berterus-terang boleh gunakan teknologi terkini. Kalau tak biasa nak luah secara face to face apa yang tak puas hati tu, guna la WhatsApp ke, FB messenger, nota atau surat.
Dah okey sikit, barulah cakap atau bincang depan-depan. Kan senang. Tak payah luah dekat Fesbuk nak bagi laki kau tahu apa yang kau pendam ataupun mengadu dekat Page KRT la. Masalah korang berdua, korang la selesaikan.
Jangan duk pendam sorang-sorang. Pastu nangis bawah shower, takpun nangis dalam selimut. Kadang kala, kaum lelaki ni dia tak tahu apa silap dia.
Suami pun kalau malu ataupun segan nak minta maaf jika buat silap, beli je hadiah lepastu tulis nota. Beli coklat pastu lekat nota “Im Sorry for everything”. Kan sweet tu. Dia pun tersenyum.
Tapi pastikan tu bukan masalah yang besar la. Kalau masalah besar mesti dan perlu mintak maaf dan bawa berbincang depan-depan dengan cepat.
Bergaduh tu biasalah dalam rumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tapi jangan gaduh lama-lama. Selesaikan secepat mungkin. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap tahun, Malika dan suaminya akan ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Bagi Malika, tiada tempat seindah Tanah Suci Mekah, biar pun saban tahun ke sana, kerinduan tetap bertandang. Namun kali ini, mereka akan membawa sekali anak sulungnya, Firdaus yang merupakan anak “istimewa” iaitu masalah pembelajaran.
Tekad Bawa Anak
Selama ini, Malika dan suami selesa pergi berdua tanpa anak kerana bimbang akan keselamatannya anaknya yang sukar dikawal. Tetapi melihat kesungguhan Firdaus untuk ke sana, membuatkan naluri keibuannya tercuit, apatah lagi mereka berkemampuan. Atas nasihat seorang ustaz, mereka memberanikan diri dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Malika dan suami sedari awal mengikut pakej umrah, bagi mereka lebih senang bergerak dalam kumpulan kecil untuk ke mana-mana. Sebelum bertolak, Malika dan suaminya, Amran menceritakan keadaan sebenar Firdaus kepada pegawai pengiring agar mereka sentiasa peka dengan keadaan anak mereka.
Usai segala urusan, maka berangkatlah keluarga ini ke Tanah Suci. Suasana di Tanah Suci amat meriah, kali ini Malika dan ahli rombongan yang lain dapat menginap di hotel berdekatan dengan Masjidil Haram. Jadi, mereka tidak memerlukan banyak masa apabila tiba waktunya ketika ingin menunaikan solat.
Sejak kecil Firdaus memang jenis banyak bercakap, namun sejak tiba di Mekah dia jadi kurang bercakap. Kadang-kadang puas Malika dan Amran bertanya itu dan ini, Firdaus hanya selesa mengangguk dan menggeleng. Seolah-olah seperti ada seketul emas di dalam mulut hingga menyukarkan dia untuk bersuara.
Segalanya Dipermudahkan
Kebimbangan di hati Malika menjadi kurang apabila Amran menjelaskan anak mereka senang diuruskan sepanjang berada di Mekah. Maklumlah mereka tinggal di bilik berasingan, jadi Malika risau akan keadaan anaknya. Jelas Amran, Firdaus tidak perlu dikejutkan untuk bangun untuk solat Subuh. Tetapi Firdaus tidak mahu memegang tangannya ketika berjalan.
Hinggalah satu hari, usai solat isyak, Firdaus hilang dari pandangan mata. Jantung Malika hampir luruh apabila suaminya memberitahu yang Firdaus hilang. Berjujuran air mata Malika dan tidak terbendung perasaannya. Dalam kerisauan hatinya, dia memohon kepada Allah agar menyelamatkan anaknya.
Puas dicari, kelibat Firdaus langsung tiada. Setelah penat dan malam makin larut, pegawai pengiring menyarankan kami pulang ke hotel. Sebaik tiba di hotel, kelihatan Firdaus sedang menunggu Malika dan Amran di lobi hotel. Wajahnya tenang sekali. Rupa-rupanya setelah melihat bapanya seakan khusyuk berdoa, Firdaus ambil keputusan untuk pulang sendiri kerana dia terasa ingin ke tandas.
Ternyata kerisauan Malika terubat, biar pun anaknya cukup istimewa tetapi Allah terangkan hatinya untuk mengingati jalan pulang ke hotel. Jika selama ini Malika merasakan anaknya yang telah berusia 15 tahun tidak mampu berdikari, ternyata jangkaannya meleset.
Firdaus membuktikan dirinya mampu menguruskan diri dan Allah sentiasa ada untuk menjaga anaknya walau di mana berada.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...