Biasanya walau secanggih dan sehebat mana pun perkakasan dapur, ‘kuali legend’, kuali lama juga lah yang menjadi pilihan mak-mak untuk memasak. Mungkin ‘magisnya’ kuali lama, masakan simple pun menjadi lebih sedap bila masak menggunakan kuali ini.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali hebat dan gemar memasak di dapur. Pelbagai resipi kerap dikongsikan didalam instagram khas aitangan_tunkuazizah yang sering menjadi rujukan buat followersnya.
Baru-baru ini, tuanku ada kongsikan resipi simple, Nasi Goreng Mentega Berlada air tangan baginda sendiri. Namun perkara yang turut mencuri perhatian followers tuanku ialah, kesederhanaan baginda yang memasak menggunakan ‘kuali legend’ ini. Malah tidak membazir dengan menggunakan lebihan isi ikan goreng yang tak habis.
Menurut tuanku lagi, Nasi goreng ini biasa dimakan baginda sejak dari kecil. Begitu juga abang baginda, DYYM Sultan Johor, Sultan Ibrahim turut santap hidangan ini.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh baginda Raja Permaisuri Agong.
Bahan-Bahan:
Lada Hidup (Cili Merah) dikisar/tumbuk
4 Biji Telur
Mentega
Isi Ikan goreng (dipecah-pecahkan)
Nasi putih
Garam Halus
Cara Membuat:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan biarkan cair.
2. Masukkan cili hidup yang telah ditumbuk dengan garam kasar dan goreng sekejap sehingga garing.
3. Masukkan pula 4 biji telur biarkan berketul-ketul besar.
4. Tambah bahan rencah seperti lebihan ikan goreng.
5. Masukkan pula nasi putih, perlahankan api dan kacau sekata.
6. Perasakan dengan garam halus dan kacau lagi.
Siap!
Menurut tuanku lagi, sebarang rencah boleh dimasukkan dalam Nasi Goreng baik ikan goreng, ayam goreng, daging goreng, kambing dan sebagainya.
Namun demikian, jika tiada rencah pun tak mengapa, malah jika tak letak lada pun boleh.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
RPA Kongsi Resipi “Bread And Butter Pudding”, Guna Isi Kelapa Muda
Resepi Asal Stew Ayam Cara Raja Permaisuri Agong, Rugi Tak Cuba!
MW: Walaupun simple je menu nasi goreng ni, kesederhanaan tuanku memasak sendiri menggunakan ‘kuali legend’ dan lebihan ikan goreng, menjadikan ia hidangan ini nampak luarbiasa sedapnya.
Sumber: airtangan_tunkuazizah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI