Seronok bila mak-mak dapat buat sendiri roti canai sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya dan puas hati bila buat sendiri. Buat mak-mak yang tak reti nak tebar doh roti canai tu, boleh cuba kaedah tebar atas dulang kemudian gulung seperti yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ali ini. Ia lebih mudah dan senang ikut kaedah ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pagi ni sarapan dengan Roti Canai, buat sendiri je. Alhamdulillah.Cicah Gulai Sardin.Sis tak lah pandai, amatur je untuk makan sendiri boleh lah.”
Bahan-Bahan (12 Keping):
4 cawan Tepung
1 sudu besar Gula pasir
1/2 sudu kecil Garam
1 biji Telur
2 sudu besar Marjerin
Air suam satu cawan ( sebab uli pakai tangan)
# kalau guna mesin guna air sejuk
Cara Membuat:
1.Sediakan bekas besar, masukkan tepung,gula,garam dan marjerin.
2.Gaul rata dan pecahkan telur.
3.Masukkan air dan uli sampai licin sekata.Lebih kurang 30 minit.
4.Kemudian bahagikan doh, bulat-bulatkan dan masukkan dalam bekas.
5.Letak minyak hingga doh terendam dan biarkan lebih kurang 2 hingga 3 jam.Kemudian barulah ditebar atas dulang.
Ads
Info Ekstra!
*Biasa kalau nak makan pagi, buat doh malam.
*Masa nak buat roti canai, saya guna dulang untuk tebar rotinya.
*Tarik perlahan-lahan, agak-agak nipis, penuh permukaan dulang.Kemudian gulungkan kemas.
*Nak masak atas kuali, ambil doh tadi leperkan sedikit dan masak seperti biasa.
*Renjis-renjiskan sedikit minyak, sehingga roti masak dan garing.
*Angkat roti seperti biasa, kepuk-kepukkan roti guna tangan..ala-ala penebar roti canai.
2 Tin Kecil Sardin adabi
3 biji Kentang (potong dadu)
Bahan Kisar:
12 tangkai Cili kering
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia sikit
Ads
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
Masuk kan asam keping..kentang
2.Masuk air sikit, masak agak-agak kentang separuh empuk..masukkan sardin..
3.Garam,perasa,gula sedikit je.
4.Kemudian didihkan masak api perlahan sampai kuah pekat. Siap!
Selamat Mencuba!
Mak-mak boleh buat sendiri roti canai di rumah, sesuai disediakan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sudah 25 hari kita melalui tahun baru 2018, Setiap awal tahun sudah tentu kita tanamkan azam untuk menjadi orang yang berjaya dan mungkin nak tambah pendapatan buat bisnes online. Tapi apa rahsianya?
Ok, selepas dipindahkan ke Majalah Mingguan Wanita, ramai usahawan berjaya yang saya temubual. Ada yang asal kerja kilang kini sudah bergelar jutawan dan tidak kurang ramai suri rumah yang pada awalnya hanya mahu menambah wang poket suami kini turut berjaya. Malah ada suami mereka sendiri berhenti kerja dan bersama-sama mengembangkan perniagaan. Usahawan seperti ini terutama kaum wanita menjadi sumber inspirasi dan idola buat saya.
Baru-baru ini saya bertemu lagi dengan seorang usahawan wanita muda dan bekerja dari rumah dan kini sudah merupakan salah seorang usahawan terkenal dan memulakan perniagaannya hanya menerusi Instagram.
Cerita Diena Wong
Wanita yang bernama Diena Wong baru saja berusia 32 tahun dan merupakan pengasas Lovera.
Saya sempat bertanya kepada Diena apa rahsia fan skill dia guna insta, jawabnya…
“Terus terang tak ada rahsia. Sama saja macam orang lain guna. Tapi kalo bab bisnes ni kita kenela gigihlah sikit kalau nak ramai orang beli.
Bagi saya semua orang boleh buat jualan juta-juta guna insta. Rezeki masing-masing kita tak tahu. Lagi satu , kalau guna insta, kerapkan buat stories. Memang bagus dan berkesan juga. Gunakan kreativiti kalau nak buat stories ni.”
Teknologi Moden Buka Peluang Bisnes
Apa yang saya lihat, ramai juga usahawan yang berjaya kerana bisnes online. Sememangnya teknologi moden ini memberi banyak manfaat kepada orang ramai terutamanya golongan muda dan suri rumah yang bijak dan rajin mencari peluang dengan bekerja lebih masa.
Malah ada dua orang personaliti dalam perniagaan yang bertanya kepada saya, tidakkah saya melakukan kerja lebih bagi menambah pendapatan, saya hanya terdiam. Dan memberi alasan sibuk dengan kerja dan di rumah pula sibuk dengan melayan suami dan anak-anak.
Kalau Betul Nak Berjaya…
Namun mereka menasihati saya, jika nak berjaya tak boleh beri banyak alasan. Mereka juga banyak berkongsi pelbagai kisah suka dan duka yang boleh memberi ilmu yang berguna kepada saya. Malah ada seorang Dato’ Sri pernah berpesan pada saya jika hendak berjaya berkawanlah dengan orang yang berjaya.
Tip Majukan Bisnes Online
1. Kena rajin promosikan guna ayat simple.
2. Cari modal yang rendah.
3. Tak payah buat produk sendiri, mulakan dengan jual produk dah siap. Sampai dapat untung.
4. Jangan buat pinjaman bank, paling penting kena rajin menulis luar biasa.
5. Ikut masa yang tetap dan kena ada target bulanan.
6. Asingkan duit untung.
7. Kalau dulu tulis blog, sekarang tulis di media sosial pun boleh lakukan produk.
8. Jual produk yang anda rasa anda sendiri pun nak beli.
9. Jangan malu dan bisnes ni kena hati yang kental!
Haaa… tak banyak pun tapi moga beberapa tip ini boleh bantu mak-mak yang nak cari duit poket lebih sikit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesekali cuti hujung minggu ni, mak-mak boleh sediakan resipi istimewa yang lain sikit daripada selalu untuk hidangan makan tengahari ni. Pilihan resipi Ketam Butter Telur Masin ni memang terbaik! mesti kena cuba, ia secukup rasa pedas, berlemak, masin manis, yang pastinya gerenti sedap, anak-anak & suami pun mesti suka nanti.
Bahan-Bahan:
4 ekor Ketam (dibersihkan)
Cili api (10biji)*
Bawang putih 4 ulas*
Bawang besar 1biji*
Daun kari 3 tangkai
Susu cair ikut suka kalau nak kuah banyak letak banyak sikit
Butter
* Semua bahan in dipotong dadu
Cara Membuat:
1.Goreng ketam dengan tepung jagung dan tak perlu letak kunyit.Ketepikan.
2.Rebuskan pula telur masin dan ambil kuningnya sahaja.
3.Tumis butter 3 sudu + sikit minyak
4.Masukkan daun kari dan bawang putih, tumis sehingga kuning.
5.Masukkan bawang besar (Tak perlu masukkan garam sebab butter dah masin)
6.Kemudian masuk telur asin tadi
7.Tunggu sampai berbuih tinggi ok
8.Masuk ketam gaul-gaulkan.
9.Kemudian masukkan susu cair.
Siap!
Kalau nak tukar udang atau ayam pon boleh
Kredit: Hasdiana Ismail via MAHN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Serai memang banyak digunakan dalam masakan sebagai penambah aroma menyedapkan lagi masakan. Lebih jimat belanja dapur jika kita tanam sendiri serai di rumah. Bila nak digunakan tinggal amik je, tak payah kalut nak beli dekat kedai.
Jika sebelum ni, mak-mak tanam pokok serai, guna serumpun atau beberapa batang sekaligus, rupanya boleh tanam bahagian bawah serai sahaja. Pun boleh hidup dan keluar pucuk serai nanti. Bakinya bolehlah digunakan dalam masakan, jadi tak lah rugi.
Mak-mak boleh rujuk cara tanam serai yang dikongsikan oleh Warnahawa Design ini.
Cara betul tanam serai.
“Dulu kalau nak tanam serai, saya kadang-kadang ambik 2 atau 3 batang dan kadang-kadang satu rumpun dibahagi 3 atau 4 bahagian kemudian tanam.Mak mertua saya cakap, rugi kalau macam tu, sayang serai tu kita boleh pakai untuk masak.”
Dia ajar saya potong bahagian bawah serai, kemudian rendam dalam sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuh akar tu.
Sehari dua, pucuk akan terus tumbuh dan boleh la ditanam atau boleh ja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dulu.
Saya lebih suka tunggu sampai tumbuh akar baru ditanam. Mudah kan. Okey la kalau kawan-kawan dah tauu. Saya baru tauu..agak ketinggalan.
MW: Baru tahu, nak tanam serai begini rupanya… jadi tak lah membazir sebatang atau serumpun bila nak tanam seram nanti. Mak-mak suka berkebun, boleh cuba cara begini di rumah nanti.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...