Roti Canai Homemade Nipis, Tak Pandai Tebar Tarik-tarik Je Atas Belakang Dulang! Memang seronok bila dapat buat sendiri roti canai yang nipis dan garing sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya malah puas hati bila buat sendiri.
Buat mak-mak yang tak reti nak tebar doh roti canai tu, boleh cuba kaedah tebar tarik-tarik je adunan atas belakang dulang. Memang mudah, cara mak-mak kita dahulu.
Sedapnya roti canai cicah dengan kuah kari, asam pedas atau kuah dhal.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Rahmah Rosmin ini sebagai panduan;
Sarapan pagi ini Roti Canai Homemade. Tak pandai nak tebar kita tarik-tarik je atas belakang dulang macam mak-mak dulu buat. Yang penting jadi nipis, ada resepi disertakan.
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cawan air -ni anggaran..tuang sedikit-sedikit sambil uli hingga menjadi doh.
Cara Membuat:
1. Satukan susu,telur,garam dan air, kacau sampai larut.
2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas. Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut.
3. Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.
4. Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas.Tuang sedikit minyak masak.Perap adunan 6-7 jam @ semalaman. Bagi yang tak sabar macam sis perap 4 jam pun dah boleh tebar.
Ads
5. Tebar/ tarik-tarik atas belakang dulang, Goreng dan siap.
Resepi Puann Zaidah Ibrahim
Airtangan & foto rahmah rosmin.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Epal Goreng Sambal Kicap! Uniknya perkongsian resipi oleh Puan Nurasyikin Ali ini. Sebab selalunya buah epal dimakan begitu sahaja, dibuat jus atau pai. Jika mak-mak selalu hanya buat pisang goreng,keledek goreng, cekodok pisang mahupun jemput-jemput untuk minum petang, sesekali mungkin boleh buat kelainan, cuba resipi Epal Goreng Sambal Kicap ini.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Tahu tak buah epal sebenarnya ada kandungan quercetin iaitu nutrisi yang sangat penting untuk otak. Bahagian otak yang dikenali sebagai Pusat Memori iaitu Hippocampus.”
“Tak hairanlah kanak-kanak yang suka makan epal ni memiliki IQ level yang tinggi kan! Mudah ingat mudah menghafal.”
“Anak-anak Kak ekin memang suka makan epal. Sekali Kak ekin terjebak. Tapi kali ni Kak ekin borong epal lebih sikit. Terajin pulak nak buat menu EPAL GORENG SAMBAL KICAP.”
Oh by the way resipi ni Kak ekin share kat bawah okeh!
Bahan-Bahan Epal Goreng:
4 biji epal hijau/merah
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Sebiji telor
Setengah cawan susu segar
Minyak masak
Cara Membuat:
1.Kupas dan buang bahagian tengah biji epal.
2.Basuh bersih kemudian hiris bulat.
3.Gaul hirisan epal tadi dengan sedikit garam.
4.Masukkan tepung gandum,tepung jagung, gula serta sedikit garam ke dalam bekas adunan. Gaul sebati.
5.Masukkan mentega cair dan telur ditengah adunan tepung tadi. Curahkn susu sedikit demi sedikit.
6.Gaul adunan sebati.
7.Celup hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
8. Angkat dan hidangkan.
Bahan-Bahan Cili Kicap:
5-7 tangkai cili api ikut kepedasan masing-masing
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji Limau kasturi
2 sudu makan gula (kalau pedas tambah gula)
Kicap pekat
Sedikit air masak
Minyak masak
Cara Membuat:
1.Goreng sebentar cili api bersama bawang putih dan bawang merah. Tutup api. Kemudian biarkan sejuk sekejap.
2.Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi bersama sedikit air masak ke dalam blender.
3.Kisar halus bersama kicap, gula dan limau kasturi.
4.Siap untuk dihidangkan.
Tip Ekstra!
Epal goreng ni sedap juga dimakan bersama madu ataupun jem. Tapi lagi merecikk nyicah dengan sambal kicap tau. Sure terangkat!
Buah epal yang dah dibuang bahagian tengah biji tu, basuh bersih dan gaul dengan sedikit garam.
Kak ekin tak buang kulit sebab sedap makan macam tu. Kalau nak buang kulit pon boleh.
Adunan tepung gandum, tepung jagung, mentega, susu segar, telur dan gula,kacau sebatin tapi jangan cair sangat.
Nota: Untuk sambal kicap terlupa pulak nak ambil gambar. ?. Takpe lebihkan makan epal untuk memori.
Kemeriahan raya semakin terasa, ramai mak-mak dah mula cari resipi yang mudah-mudah untuk buat biskut atau kuih raya. Apa yang penting mak-mak perlu kreatif dalam buat kuih raya ni.Guna bahan yang paling minimum, paling jimat masa dan bajet.
Jika ada lebihan roti, yang tak habis dekat rumah tu, jangan lah dibuang bolehlah manfaatkan dengan mencuba resipi Biskut Roti Coklat Nestum yang dikongsikan oleh Lia Marsom ini. Hanya guna 3 bahan je, cuma perlu potong, bakar dan celup-celup je dah boleh dapat sejenis biskut raya yang sedap!
Berikut perkongsiannya;
“Biskut roti coklat nestum paling meletop, setakat sebalang 10 minit dah licin, tak sempat hidang pada tetamu”.
Bahan-Bahan:
2 buku roti gardenia
1 kilo coklat Beryl’s
1 kilo instant cereal nestum
Cara Membuat:
1.Potong roti kepada 3 bahagian kemudian belah 2 bahagian.(1 keping roti boleh dapat 6 keping).
2.Bakar roti yang dah dipotong sehingga rangup selama 15-20 minit suhu 190 ikut oven masing-masing boleh rasa dulu kalau belum ranggup bakar lagi.
3.Cairkan coklat ikut kaedah double boiler tambah 2 sudu butter supaya senang nak celup roti.
4.Gaul roti dalam coklat, angkat dengan penyepit satu-satu salutkan dalam nestum.
5.Gaulkan dan salut roti dengan nestum sampai tertutup semua, angkat dan susun dalam tray.
6.Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit,coklat dah keras terus masuk balang.
Tip Ekstra!
Kalau nak lagi cepat, potong-potong roti tu biarkan dekat luar tutup dengan tudung saji.Dah agak-agak keras tu boleh bakar dalam 15 minit dah ranggup.
Roti yang dah dibakar simpan dalam Tupperware kedap udara, nak buat tinggal celup-celup je.
Untuk nestum elok beli yang dekat bakery sebab kasar-kasar sikit.
Siap! Selamat Mencuba!
Mudah kan, daripada biarkan roti terbuang, bolehlah mak-mak cuba buat resipi ini. Potong, bakar dan celup-celup je, boleh dapat sejenis biskut raya yang senang dan sedap!
Sedap sungguh, tergoda melihat resipi Serunding Petai yang dikongsikan ini. Jika selalu petai kita buat ulam atau sambal, sesekali boleh cuba resipi mudah ni. Paling penting dah sebati semua bahan-bahan, masak sampai kering.
Ikut resipi Serunding Petai yang dikongsikan oleh Puan Siti Yaniini sebagai panduan;
Resepi serunding petai
Bahan-Bahan:
Petai dibuang kulit & hiris kecik kecik
(Bahan tumbuk)
2 batang Serai
3 labu Bawang besar
Belacan
Cabai kecik
Cabai besar
Ikan bilis
Asam Keping
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Daun Kunyit
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Kemudian perasakan dengan asam keping garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan pula petai dan masak sampai kering.
4. Masukkan daun kunyit.
Anak dilindungi takaful RM1.2 juta tapi keluar hospital kena bayar RM59,250,ibu luah kekecewaan.
Seorang ibu, Fatimah Shasni meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas tuntutan...