30 Julai ini merupakan hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Istiadat kali ini disifatkan sebagai satu detik indah bersejarah yang akan menjadi kenangan untuk Seri Paduka berdua. Kerana, Seri Paduka akan bersemayam di atas takhta singgahsana kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Peristiwa ini bakal mencatat bingkisan sejarahnya yang tersendiri.
Ini kongsi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dalam rakaman video Datuk Rizalman,
Ads
Tunku Azizah tak dapat menahan emosi sedih, tuturnya, “Saya menangis sedih sebab ayahanda, bonda dan tuanku (ayahanda mentua) tak ada. Jadi sedihlah.”
Hati Raja Permaisuri Agong menjadi semakin sebak, “Sebab saya dan tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda dan bonda menggunakan takhta semasa menjadi Agong.”
Ads
“Dan saya dan tuanku akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya hiba sungguh.” katanya tak dapat menahan air mata terkenangkan ayahanda bonda yang telah tiada.
Mohon Doa Saya Dan Tuanku Dapat Jalankan Tugas Sebaiknya
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mohon agar rakyat mendoakan. “Doakan saya dan tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat. Dapat menjalankan kerja-kerja dan tugas-tugas kami sebagai Yang Dipertuan Agong dengan sebaiknya dan berkhidmat kepada rakyat.”
Dalam masa yang sama, Datuk Rizalman juga tak dapat menahan air mata dan sama sebak mendengar kata-kata yang dituturkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah.
Kesan wabak Covid-19 ini bukan kecil-kecil anak. Ketika catatan ini dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh pada awal November lalu, sahabat facebook yang dikenali terpaksa menutup 6 buah kedai kesan dari pandemik ini. Ada juga yang gulung tikar.
Masuk Disember ini tentu lah lebih ramai yang terkesan dengannya. Sesungguhnya kesusahan hidup ketika ini benar-benar nyata.
Tak Mampu Tanggung Sewa, Kedai Ditutup Satu Persatu
Kesan dari wabak COVID-19 bukan mainan. Ia real. Sangat real. Dan sangat ramai sebenarnya kawan-kawan aku sendiri terkesan.
Petang semalam (ketika status ini dimuatnaik pada 1 November 2020), aku bantu kawan aku Encik Seken keluarkan barang dari studio martial art dia. Bawa team Dana Kita untuk angkut semua barangan.
Dia terpaksa keluar, tidak lagi mampu menanggung bebanan sewa kedai, segala bagai bil-bil sedangkan studionya sunyi.
MCO kali pertama bertahan sedaya upaya. Segala simpanan diguna untuk terus kekal bertahan. Sebaik MCO ditamatkan, dia baru nak menarik nafas lega.
Ingin bina semula bisnes yang terjejas teruk. Dan sebaik PKPB dilaksanakan, dia tidak lagi mampu bertahan. Terpaksa melepaskan bisnes yang dia sayang.
Malam tadi aku terbaca, seorang kawan aku Herman Shah Jumasah. Kami asalnya dulu sekadar kawan maya. Perkenalan pertama aku dengan dia, bila dia join projek amal aku 3 tahun nan lalu.
Masa itu Dana Kita tidak wujud pun lagi. Hanya seorang aku ke sana ke mari memberi bantuan sekadar yang mampu. Dana sangat sedikit sedangkan sasaran sangat ramai.
Dan dia datang menyapa, datang bertemu dan menghulur tangan. Mengirim sumbangan dan memberi sepenuh kepercayaan untuk aku urus semuanya.
Baik Permaisuri Selangor layan makcik bergambar.” Ramai puji Tengku lemah lembut, berjiwa rakyat.
Video spontan perkongsian pengguna TikTok, bebelancikmin ini menjadi tular apabila melihat keikhlasan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin melayan seorang makcik yang mengajaknya untuk bergambar.
Rata-rata netizen kagum dan memuji Tengku Pemaisuri yang tidak kisah apabila diajak bergambar.
Kredit: Media Selangor.
Program Sapot Asnaf Sapot Lokal
Menurut Facebook Royal Office, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat merasmikan program ‘Sapot Asnaf Sapot Lokal’ yang diadakan di Food Market Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Mingguan Wanita : Semoga Tengku Pemaisuri Norashikin dipanjangkan usia. Pemaisuri yang berjiwa rakyat pasti akan dikenang sampai bila-bila dan disayangi ramai.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Susulan pertabalan pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah , nama Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,59 kian meniti di bibir rakyat jelata apabila baginda secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong yang terbaru.
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
Peribadi Mulia Disenangi Rakyat
Memiliki seraut wajah manis penuh kemesraan dan kaya dengan sifat keibuan, kewibawaan Sultanah berjiwa rakyat ini cukup disenangi seluruh rakyat jelata khususnya di Negeri Pahang. Baginda Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, terkenal dengan sikap ramah apabila berada bersama rakyat jelata.
Baginda tuanku telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Pendidikan awal Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
Dikurniakan 4 Orang Putera & 2 Puteri
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Agong Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-
1.Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SIMP.
2. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP.
3. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
4. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
Mungkin ramai yang tidak tahu, di awal perkahwinan, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah pernah diuji mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keguguran. Namun, baginda berusaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil.
Hal ini telah memberikan inspirasi kepada Tengku Ampuan Pahang untuk mengasaskan Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF) untuk membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan untuk menjalankan rawatan tersebut.
TAFF mula dibangunkan pada Mac 2005 dan telah terbukti berjaya membantu ramai pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan cahaya mata. TAFF juga merupakan satu-satunya yayasan fertiliti di Malaysia yang membantu pasangan yang menginginkan cahaya mata.
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
“Air Tangan Tengku Puan Pahang”
Kegemaran baginda tuanku pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.
Sebuah buku masakan hasil daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang” telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005 yang lalu. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke Yayasan Fertaliti Tunku Azizah(TAFF).
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong merupakan penaung DiRaja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang dan Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Baginda juga merupakan Pengerusi PERTAP, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI) serta Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah(TAFF). Selain itu, Baginda juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz(YIA) dan juga merupakan Penaung Diraja AP di Hong Kong.
Kami di Mingguan Wanita merafak sembah takzim setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Semoga perlantikan ini dapat lebih menyumbang jasa dan bakti buat negara dan rakyat. Daulat Tuanku!