Jam 5.59 petang tadi, pelakon Hanis Zalikha selamat melahirkan anak keduanya, bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Berita gembira ini dikongsikan suami Hanis sendiri, Hairul Azreen di instagram miliknya. Katanya, “Assalammualaikum, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.”
“Di bulan Ramadan ini isteri saya, Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Bintu Hairul Azreen pada petang tadi, 5.59 pm.”
Hairul juga menyatakan rasa terima kasih kepada Hanis yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Thank you Mommy, Hanis Zalikha.Thank you sayang. Thank you my bam bam.”
Lihat foto yang dikongsi Hairul, ketara betul kecomelan Alisa Aisyah ini. Si comel ini juga sudah ada akaun instagramnya sendiri, @thealisaaisyah. Malah ramai rakan artis dan follower kedua selebriti ini mengucapkan tahniah di atas kelahiran permata hati kedua mereka.
Ketika Trimester Ketiga Hanis Pernah Diuji Bayi Tak Aktif
Dalam perkongsian Hanis yang terdahulu, semasa hamilkan Alisa di trimester ketiga, dia pernah diuji bayinya tidak bergerak aktif. Masa itu, dia cuba berpuasa. Rasa ok saja, rupa-rupanya bila dikira gerakan bayi, jumlah tendangan yang selalu bayinya buat tak aktif macam selalu.
Dan ini nasihat Hanis.
Ads
“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.”
“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan.”
“Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata, “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya.”
Ads
Rupanya Mak Hamil Yang Nak Puasa, Kena Alert Kiraan Tendangan Anak
Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.
Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time-time baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.
Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita. Hanis juga berkongsi info tentang fidyah dan qada yang sumbernya diambil dari dari zakat.com.my.
MW :Tahniah untuk Hairul Azreen dan Hanis Zalikha di atas kehadiran bayi kedua dalam bulan Ramadan ini. Selamat berpantang buat Hanis.
Hasrat pelakon dan usahawan, Che Ta atau Rozita Che Wan meraikan ulang tahun perkahwinan ke -10 11 Disember lalu terbantut selepas dia disahkan positif COVID — 19 baru-baru ini.
Isteri kepada Zain Saidin itu bagaimanapun reda dengan ujian menimpanya.
“Ikutkan semua persiapan nak raikan ulang tahun perkahwinan ke -10 itu sudah siap. Jemputan, lokasi majlis, solekan, busana pun sudah diatur.
“Tapi malang tak berbau, pada 8 Disember lalu saya melakukan ujian kendiri COVID-19 dan keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong.
“Saya pun tak mahu risikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya kepada pihak media.
Rozita Che Wan positif COVID-19
Ditanya mengenai keadaannya kini yang melakukan kuarantin kendiri di banglo mewah di Damansara, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.
“Nak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam nak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.
“Pada 9 Disember lalu, saya buat lagi ujian kendiri COVID-19 dan masih positif. Harap semua akan baik-baik saja selepas ini.
“Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi ‘nyah’ dalam hidup kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Ta baru saja selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan depan.
“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu di kalangan artis sebagai ‘chef’ masakan.
“Selepas itu, saya akan jadi juri program The Mask Singer musim keempat. Selain itu saya akan lancar produk terbaharu ByRCW awal tahun depan,” katanya yang baru-baru ini turut menerima anugerah dari Bumiputera Business Excellence Award 2023.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi yang baru saja mendirikan rumahtangga dengan Ashira, Bad Indigo memohon doa dari orang ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar dan berharap agar luka yang dialami sembuh.
Bad Indigo Mohon Doa Ramai
Baru-baru ini menerusi perkongsian sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menerangkan tentang kesakitan yang dialami.
“Day no 3 at PPUM..still unsure..still waiting. Yang pasti dah tiga hari away from family…especially my wife @ashiraaziz … miss u like crazy sayang .
Kini masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Bad amat menghargai doa-doa dari isteri dan ahli keluarga.
“Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak dan keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” ungkapnya lagi.
Sementara itu Ashira juga memberi kata-kata semangat kepada suaminya dan berharap Bad dapat sembuh dan pulang ke rumah segera!
Lama tidak mengikuti perkembangan Juara Akademi Fantasia (AF5), Norsyarmilla Jirin,32 atau lebih dikenali Mila Jirin ini. Selepas berkahwin penyanyi ini, dilihat memperlahankan kerjaya seni dan menumpukan perhatian dalam perniagaan,iaitu Katering dan Perancang Majlis Perkahwinan.
Tutup Aurat Sempurna
Pada penghujung Januari tahun lalu, penyanyi ini berkesempatan menunaikan umrah bersama keluarga di tanah suci.Sekembalinya ke tanah air pada awal Februari, Mila Jirin memberitahu dia banyak memikirkan tentang istiqamah dalam penjagaan aurat sempurna.
Mila berkata setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.Perkara ini diluahkan didalam posting Instagram penyanyi ini baru-baru ini.
Berikut perkongsiannya;
“Semenjak balik dari #Umrah2019 dengan @bizmillatravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang “ISTIQAMAH”.Hati seperti berbicara dengan diri sendiri “Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya.Kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???”
“PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya. BENAR…MALU nya pada ALLAH.Waktu mengerjakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya.Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat.Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya Allah.”
Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah.
Mila merujuk cara berpakaian yang betul bagi wanita Islam mengikut kehendak agama. Seharusnya ia menutup aurat dengan sempurna, memakai pakaian longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh badan.Rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Lebih Tahu ini telah mendirikan rumahtangga pada 11 November 2015, dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38, yang juga pengurusnya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.
Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.
MW: Mingguan Wanita turut mendoakan agar Mila Jirin kekal istiqamah dan berusaha menjaga aurat dengan sempurna. Pesanan juga buat diri kita, sentiasalah berusaha menjaga aurat dengan sempurna walau dimana sahaja kita berada, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama.