Percayalah ibu ayah, anak-anak yang lahir itu asalnya bersih ibarat kain putih. Ibu ayahlah kemudian mencorak keperibadian mereka.
Dalam membesarkan anak-anak, rezeki macam mana yang ibu ayah bawakan dalam rumah setiap hari. Dari sumber yang halalkah, haram atau syubhah.
Bagaimana ibu ayah mengasuh mereka dari kecil. Didikan yang bagaimana? Jika dirasakan sudah tersilap didik, selagi nyawa dikandung badan.. wahai ibu ayah masih belum terlambat untuk memperbaiki diri.
Hayati pesanan Bonda Nor yang begitu dekat di hati.. kerana akhir-akhir ini persoalan sebegini begitu dekat dengan diri kita.
Asalnya Mereka Hanyalah Sehelai Kain Putih
Yang terjoget-joget di khalayak ramai tanpa segan silu itu, jika dahulu diasuh dengan betul mungkin hari ini seorang Al-Hafizah.
Yang sedang menyombong hingga dikeji penduduk bumi itu, jika diasuh dengan baik, mungkin hari ini sedang dipuji seisi langit.
Asalnya mereka hanyalah sehelai kain putih…
Dulu saya memang garang dengan anak-anak. Tegas! Apabila anak-anak mula membesar, saya lihat dia layan adik-adik, rasa macam lihat cermin. Nampak watak sendiri. Yang kasar, yang keras.
Ads
Menangis saya hayati hadis Nabi, tentang anak-anak ibarat kain putih.
Merintih saya sendiri-sendiri. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni?’
Proses Nak Betulkan Anak Bukannya Mudah
Sungguh, proses nak betulkan situasi, tak mudah. Yang pasti, proses nak betulkan anak-anak ialah proses membetulkan diri sendiri.
Mujahadah!
Namun berbaloi. Pelan-pelan, situasi mula berubah. Alhamdulillah, Allah tunjukkan pada saya betapa Allah sentiasa bantu setiap hamba yang ingin perbaiki kesilapannya. Sungguh, Dia Maha Pengampun!
Sebab tu, tulus daripada hati saya, nak ajak semua ibu bapa banyakkan muhasabah diri.
Apa makanan yang kita sumbat ke mulut anak kita? Duit haram atau halal atau syubhah?
Rezeki macam mana yang kita bawa pulang ke rumah? Duit hasil kita berlakon, menyanyi, berpakaian seksi, duit riba, duit rasuah?
Apa yang anak-anak kita lihat kita buat setiap hari? Pergaulan bebas, minum arak, parti, tengking orang sana sini?
Allah…
Mereka cuma kain putih. Terlakar padanya setiap warna yang ada di sekitar mereka, yang kita dedahkan pada mereka, setiap hari.
Maka, jika lihat anak-anak mula liar, semakin liar, semakin liar, kita yang perlu lebihkan istighfar, berlapis-lapis istighfar. Kena minta ampun pada Allah. Kena minta maaf pada anak-anak kita.
Kasihan anak-anak kita.
Ads
Mereka asalnya hanya kain putih… yang sudah dirosakkan!
Maka, wahai ibu bapa, jika benar kerosakan yang berlaku adalah angkara kita, berasa malulah dengan Allah. Sujudlah mengakui salah.
‘Ya Allah, apa aku dah buat ni? Apa yang sudah kucontengkan pada kain putih yang Kau beri?’
Allah … selagi masih bernyawa, perbaikilah!
#BondaNor
Mingguan Wanita :Anak ibarat kain putih, ibu ayahlah yang mencorak mereka mahu menjadi seperti apa.
Ini bukan mengharapkan anak lelaki buat kerja-kerja rumah dan memasak sepanjang hidupnya, tetapi menjadikan dia manusia yang serba boleh. Dia boleh menukar tayar, boleh memanggang daging, mencuci pakaian, memotong rumput di halaman rumah dan sebagainya.
Nak tahu cara mudah nak mendidik anak lelaki biasa dengan semua kerja rumah ini macam mana? Semak perkongsian daripada doktor Taufiq Razif ini…
Biasakan Anak Lelaki Buat Kerja Rumah
Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.
Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!
Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!
Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi.
Sebab tu la :
+ jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
+ kena berani suruh anak lelaki buang sampah
+ kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
+ kena biasakan anak lelaki memasak
+ kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata
Ini semua adalah persediaan hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.
Taufiq Razif
Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernikahan adalah komitmen seumur hidup, oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jika dikurniakan pasangan yang baik, bahagialah kehidupan rumahtangga seperti berada di syurga. Begitulah sebaliknya.
Bukan mudah memilih pasangan sebenarnya kerana kadang kala hubungan cinta yang terjalin bertahun lamanya sekali pun tidak mampu menjamin rumahtangga bahagia selamanya. Berserahlah pada Allah adalah sebaik-baiknya.
Assalamualaikum sahabat followers yang bonda sayangi..semoga hari ini membawa kegembiraan yang berpanjangan..
.
Poster bonda pada pagi ini..
Pernikahan itu merupakan komitmen seumur hidup..!
Dan percayalah bahawa sebuah pernikahan itu sebenarnya tidak seindah video dan gambar-gambar yang kita lihat… Pasti ada turun, naiknya..
.
Kita tidak tahu sebenarnya sudah berapa banyak bahagian videonya yang telah diedit dan kita juga tidak tahu berapa kali bahagian yang dibuang dan akhirnya dipotong. Tahu-tahu video dan gambarnya gah dan cantik dijadikan sebagai moment indah..
.
Kita tidak tahu proses jatuh bangun dan kemelut di sebaliknya..
.
Dan akhirnya… Bila gambar dan video siap diedit yang kita lihat cantik dan mewah itu adalah satu penipuan di sebalik ingin menutup celanya. Dan itulah yang membuatkn ada perasaan pada sesetengah orang yang hendak cepat-cepat bernikah.
Pernikahan Bukan Sekadar Majlis Gilang Gemilang
Ingat ya! Pernikahan bukan hanya dengan sebuah majlis yang meriah… Selepas daripada itulah bermulanya sebuah kehidupan yang sebenar…
.
Jangan hanya melihat pada majlis itu cantik, lancar, bajunya cantik, gambar dan videonya romantik tidak ada kemelutnya..
.
Pastikan kita kenal betul-betul siapa manusia yang akan teman kita sepanjang hayat… Carilah yang betul-betul… Sebab pasangan kitalah yang akan tahu baik, buruk kelakuan kita..
Dapat pasangan hidup yang baik… buat dunia kita seperti di syurga… Tetapi bila sudah tersalah memilih pasangan membuatkan kita seperti di neraka dunia..!
MW: Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur kepada betapa gahnya majlis, betapa besarnya rumah atau berapa banyak hartanya. Sebaliknya rumahtangga yang bahagia adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila seorang suami buat yang sepatutnya termasuklah tunaikan tanggungjawab dan menghormati isteri, isteri pasti berganda buat kebaikan untuknya. Percayalah, isteri akan lebih menghargai suami bila suami menjaganya dan anak-anak dengan sempurna.
Segala-galanya bermula daripada suami, jika suami seorang yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab mengikut kemampuannya, pasti anak dan keluarga bertambah bahagia.
Kita buat baik dengan dia, dua kali ganda dia buat baik dengan kita…
Kita hormat dia, pasti dua kali ganda isteri hormat kita…
Jika Kita memuliakan dia, dua kali ganda dia memuliakan kita…
Kita tak berkira dengan dia, dia lagi tak berkira dengan kita…
Senang saja nak ambil hati isteri ini sebenarnya… Kita hanya perlu buat apa yang sepatutnya seorang suami buat, selebihnya dia akan cover atau tutup rapat apa yang kita tak sempat, tak mampu atau terlupa nak buat…
Bila dia tahu suami dia balik lambat sebab cari rezeki untuk keluarga, dia tak akan bagi rumah nampak bersepah bila suami dia sampai ke rumah…
Bila dia tahu suami dia penat bekerja, dia tak akan bagi anak-anak bising atau kacau suami dia tengah berehat…
Kerja rumah, yang mana sempat dan larat untuk dia buat, dia akan buat bagi habis sebab dia tak nak suami dia nampak, lepas itu suami dia pula yang buat…
Asbab dapat suami yang baik, rajin, ringan tulang, suka membantu, bertimbang rasa, hormat dia dan memuliakan dia sebagai wanita yang bergelar isteri…
Suami pula tak pernah abai hak dia, tanggungjawab dia setakat kemampuan yang dia ada…
Kalau kita suami yang macam ini, kita akan beruntung sebab isteri akan memudahkan hidup kita… Kalau kita belum jadi suami yang macam ini, maka belum terlambat untuk jadi…
Semoga bermanfaat…
MW: Renung-renungkan ya, segalanya bermula dengan kerjasama dan pemahaman suami, isteri. Jika masing-masing tahu tanggungjawab, sudah pasti rumah tangga bertambah bahagia. Hubungan suami, isteri juga akan bertambah erat. Insyallah.