Rezeki setiap orang berbeza. Jangan ingat rezeki yang diberikan itu hanyalah duit semata-mata. Ada banyak cara rezeki yang diberikan olehNya.
Selalu kita fikir, rezeki kita tak ada, duit sentiasa tak cukup, jodoh belum sampai, anak belum ada walaupun sudah berkahwin berpuluh tahun dan hanyalah kais pagi makan pagi. Mulalah rasa beruntungnya orang lain kerana diberi segala-galanya.
Usah bersedih dan jangan ingat rezeki yang diberikan olehNya hanyalah duit semata-mata. Sebenarnya banyak cara rezeki yang Dia beri, keluarga kita sentiasa aman damai, ank-anak sihat, dan maam-macam lagi. Tak perlulah sedih atau bandingkan dengan orang lain.
Ketahuilah, setiap orang diberi ujian yang berbeza-beza. Bersyukurlah. Inilah yang dikongsikan oleh Shauqi Hasan.
Waktu-waktu macam ini la sebenarnya Allah nak bagi kita sedar, tak semua rezeki tu berkisarkan tentang duit.
Ada yang hidup sekadar cukup, tapi alhamdulillah rumahtangga rukun.
Malah, ada yang hidup tak mewah, tapi keluarga semuanya sihat, tak ada yang sakit teruk.
Ads
Ada yang serba-serbi cukup, tapi sudah tidak ada keluarga untuk beraya bersama.
Yang kita nampak, duit kita tak pernah lebih, hanya sekadar cukup-cukup.
Tapi yang kita tak nampak rupanya Allah dah gantikan dengan keselamatan dari bahaya.
Allah Gantikan Dengan Lebih Baik
Nampak macam duit tak pernah lebih.
Tapi pada masa yang sama duit kita juga tak pernah keluar untuk kejap-kejap baiki kereta, lepas itu kena baiki rumah, kemudian ada masa kena bayar bil hospital.
Maknanya, bukan Allah tak bagi kita lebih duit tapi Dia dah gantikan dengan menjauhkan kita dari musibah yang lebih dashyat.
Orang yang terima ujian mati anak akan cakap “Kalau yang hilang itu harta benda, tak apa tapi aku hilang anak”.
Ads
Orang yang sakit tak sembuh-sembuh akan cakap “Duit banyak pun tak guna kalau hidup habis kat hospital saja”.
Hakikat yang sebenarnya, kalaulah ujian tu boleh dipilih-pilih, tak ada seorang pun nak diuji.
Semua pun nak hidup selesa tanpa masalah.
Sebab itulah Allah turunkan ujian berbeza-beza.
Dan hanya Dia saja yang tahu tahap kesanggupan kita.
Sebenarnya bila kita diuji dengan sesuatu urusan, di situlah sebenarnya kelebihan kita yang tak ada pada orang lain.
Ads
Semua akan diuji, no exception.
MW: Betul sangat. Setiap kita diuji cara yang berbeza-beza dan Dia lebih tahu orang itu mampu atau tidak laluinya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila lama tak jumpa, mesti rindu bertaut. Lebih-lebih lagi nak ziarah rumah adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan. Inilah masa untuk bertanya khabar dan luangkan masa bersama orang-orang yang sudah lama tidak ketemu.
Apa pula perasan tuan rumah, tatkala ada yang datang ziarah secara mengejut. Kalau datang beritahu awal, bolehlah tuan rumah sediakan makanan istimewa sedikit. Tapi, kalau datang mengejut, bimbang hanya air saja yang mampu dihidangkan.
Walaupun itu tidak menjadi persoalan tapi sebagai tuan rumah tentu rasa tidak selesa, bila ada orang datang ziarah rumah kita. Kalau adik beradik munkin boleh pejamkan mata. Apa yang ada saja. Bila kawan atau sanak saudara boleh timbul rasa segan.
Itu bagi pihak tuan rumah, bagi pihak orang yang datang ziarah, walaupun ingin memberi kejutan tapi ia mungkin rasa tidak selesa pada tuan rumah. Mana tahu, keadaan rumah yang tidak bersedia, anak bersepah itu ini dan sebagainya.
Jadi, apa yang terbaik untuk kita nak datang ziarah, waima rumah adik beradik, sanak saudara atau kawan sekalipun, elak dari datang pada waktu yang dikongsikan oleh ustaz Firdaos Rawi. Boleh dijadikan ingatan nanti.
Memang satu amalan yang dianjurkan bila kita datang berkunjung ke rumah sanak saudara, kawan, jiran sekalipun. Apatah lagi lepas lama tak berjumpa.
Dalam amalan ziarah ini, ada beberapa perkara yang boleh kita buat.
3 Waktu Sebaiknya Dielakkan untuk berziarah.
a. Sebelum Subuh
b. Waktu tengah hari
c. Selepas isyak
Waktu ni biasanya waktu rehat. Kecuali kalau memang ada jemputan kan. Macam majlis kahwin dan sebagainya.
3 Perkara perlu dibuat ketika makan. a- Elakkan komen negatif. “Maaf, masin sikit mee ni.” Adalah lebih baik diam sahaja.
b- Ambil makanan yang lebih dekat terlebih dahulu. c- Makan dengan sopan.
5 Perkara perlu dijaga ketika ziarah
a- Pandangan mata. Masuk rumah sebaiknya mata jangan melilau. “Uiiii almari baru.”
b- Minta izin kalau nak balik. Jangan tiba-tiba hilang je. “Mana dia? Tadi ada elok duduk depan ni.”
c- Mohon maaf sebelum balik. Mana tahu ada tersalah kata masa berziarah.
d- Elakkan bermegah dengan apa yang kita ada. “Aku baru beli kereta Honda yang terbaru tu. Kau ada?”
e- Jangan ziarah terlalu lama.
Ziarah ini tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan. Dan kelebihan mengeratkan hubungan ini antaranya adalah rezeki diluaskan dan umur panjang.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim.” (Riwayat Muslim)
Mingguan Wanita: Tak salah pun beritahu untuk datang pada waktu-waktu sekian, bukan nak minta tuan rumah sediakan makanan yang sedap-sedap, cukup hanya harap tuan rumah bersedia dengan kehadiran ini.
Kucing, binatang yang boleh membuatkan kita hilang stres bila melihat keletah dan kecomelannnya. Bagi tuannya atau pemilik, tentulah ia menjadi penghibur di kala suka dan duka.
Mungkin tak semua akan suka kucing. Ada sesetengahnya fobia dengan kucing dan tak kurang juga yang suka pelihara sampai berpuluh-puluh ekor sebagai peneman di rumah.
Tanpa kita sedar, kucing inilah membawa rezeki dan sentiasa mendoakan tuannya. Namun, ada satu lagi yang mungkin kita tak tahu, ia melindungi tuannya dari terkena sihir.
Dalam perkongsian Nabhan Aziz dalam video tiktoknya ada memberitahu bahawa istimewanya kucing adalah melindungi tuannya. Ia menjadi tanda isyarat sebelum tuannya terkena sihir.
Jelasnya, kucing menjadi salah satu binatang yang dibenarkan dibela dalam rumah dan pastinya binatang belaan khusus untuk orang Islam.
Istimewanya kucing, pemilik dapat isyarat daripada kucing jika kalau ada sihir atau berlaku perkara yang tidak baik pada diri dan keluarganya.
Dalam perkongsiannya juga menjelaskan bagaimana beliau dan rakannya membuat rawatan di sebuah keluarga yang mempunyai banyak kucing.
Apabila dibaca ayat ruqyah, tiba-tiba kucing mula memberi tindak balas. Kebanyakan yang ingin merawat sihir, kucing itu akan muntah dan kucing miliknya banyak yang mati.
Apabila diperiksa, ada sihir yang berlaku dalam rumahnya dan kesannya, kucing miliknya menanggung.
Jadi, buat pemilik kucing, hargai an sayangilah kerana ia bukan saja menjaga, mendoakan tetapi ada pahala di akhirat nanti.
Mingguan Wanita : Bukan setakat membawa rezeki tetapi ia juga mendoakan tuannya. Sayangi dan hargailah si bulus anda.
Meminjam duit, memang suatu perkara yang agak memalukan, lebih-lebih lagi bila nak berhutang dengan ahli keluarga atau kawan sekalipun. Itu pun bila sudah terdesak dan tak mampu berbuat apa-apa.
Sesetengah orang, hilang rasa malu bila nak meminjam duit, demi untuk kelangsungan hidup. Tapi, bila dah pinjam, janganlah terlalu lama. Ada duit lebih bayarlah hutang. Kadang-kadang orang yang bagi pinjam duit tidak sampai hati untuk minta bayar balik.
Kadang-kadang, kita yang beri hutang pun tak kisah untuk orang yang meminjam duit nak bayar bila-bila. Tapi janganlah sampai buat-buat lupa. Tak kiralah hutang banyak mana sekalipun, waima RM1 pun wajib kita bayar.
Boleh dikatakan kalau bab berhutang ini menyebabkan hilang kawan atau mungkin putus saudara. Semuanya gara-gara berhutang atau meminjam duit.
Kalau dah niat berhutang, kenalah bayar, jangan sampai orang yang beri pinjam duit itu seperti mengemis untuk minta duit sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh Aziz Mohd ini. Moga ia memberi panduan buat semua.
Sekitar 4 tahun lalu, sahabat saya meminjam duit, tidak banyak sekitar RM1000.. Dengan alasan untuk mengubati anaknya dan berjanji akan dibayar bila dapat gaji.
Saya berikan dengan niat menolong. Sebulan kemudian, bila tiba waktu gaji, saya menunggu dengan harapan sahabat saya akan melunasinya.
Bulan pertama tak ada khabar hinggalah bulan ketiga. Sampai suatu saat, saya melihatnya menggunakan motor baru dan baru sahaja selesai membeli belah di sebuat pasar raya. Saya nampak, banyak barang keperluan yang dibelanjakan.
Keesokan harinya, saya cuba hubungi dengan niat bertanyakan khabar. Namun, telefon saya tidak di angkat. Saya wassap tetap tidak dibalas.
Hinggalah 5 hari kemudian. Ketika berada di satu tempat, dengan tidak sengaja berjumpa dengannya.
Seperti biasa, saya bertanyakan kabar dan akhirnya bertanya.
“Bro, aku nk guna duitlah, boleh tak bayar hutang aku,”
Dengan lemah lembut dan penuh senyuman. Namun, dia membentak saya dengan kasar sambil berkata:
“KALAU AKU ADA DUIT, AKU SUDAH BAYARLAH.. TAK PERCAYA SANGAT”
lalu dia berlalu pergi.
Sekitar 2 minggu kemudian, saya ke tempat kerja dan tak sengaja melihat dia sedang mengeluarkan duit dari mesin ATM dan duit yang dikeluarkan itu agak bantyak.
Sudah banyak kali saya melihat kehidupannya yang mewah tatapi tidak pula mampu untuk membayar hutang.
Sehingga sekarang, sudah 4 tahun lebih, saya pun sudah tidak berharap hutang itu akan dibayar. Sebabnya, setiap kali saya hubunginya, tidak ada jawapan dan dia selalu menggelak.
Saat itu, saya seperti pengemis yang meminta minta duit saya sendiri…
Jangan Kecewakan Orang
Saya hanya ingin semua yang pernah berhutang agar segeralah membayarnya. Ini kerana kekecewaan orang yang kita hutang itu sama seperti apa yang saya alami. Sentiasa menunda-nunda untuk membayar hutang.
Hiduplah dengan apa yang kalian miliki dan jangan memaksakan diri meraih kemewahan dengan cara menyusahkan orang lain.
SEDERHANA dengan HORMAT…
Jauh lebih MULIA…
Dari KEMEWAHAN sebuah PINJAMAN..
MW: Sebolehnya kita mahu menolong orang tapi kalau sudah terkena seperti ini, rasa serik pula untuk bagi hutang pada orang.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan