Hebatnya ibu 4 anak ini, berniaga kerepek ubi dan keledek biru sehingga tembusi pasaran Perth, Australia. Terkini, bakal melebarkan sayap jualan kerepek ke negara China pula.
Usahawan berjaya, Siti Noraini Markom, 57, mula kenal apa itu berniaga dari arwah ayahnya, Haji Ridhuan yang ketika itu menjalankan Perusahaan Haji Ridhuan Dan Anak-anak.
“Semakin ayah lanjut usia, syarikat makin sukar mendapatkan modal pusingan, membuatkan mereka menukar nama perniagaan menjadi Ani Biskut.
Waktu mula berniaga, saya buat makanan biskut tradisional Melayu seperti biskut kelapa, kuih goyang, kuih ros dan love letters. Tapi banyak permintaan yang mahukan kerepek, jadi saya terus terlibat dalam perniagaan kerepek.
Ketika berniaga 29 tahun lalu, saya masih muda remaja. Alhamdulillah, saya dapat bantuan kewangan dari Agrobank dan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian terutama berkaitan tanah untuk bercucuk tanam,” cerita Noraini.
Sekitar tahun 1989, syarikatnya memulakan operasi. Namun, pasaran ke luar negara mula ditembusi kira-kira 10 tahun yang lalu di bawah jenama Ani Biskut.
Usahakan Tanaman Keledek
Perkara paling penting dalam perniagaan kerepek yang semakin berkembang maju ini adalah memastikan bekalan mentah sentiasa ada. Sebab itulah, Noraini meminta bantuan suami, Mohd. Nor Sukimi, 58, bercucuk tanam bagi memastikan bekalan bahan mentah yang diperlukan tak terputus.
“Selama ini pun saya bercucuk tanam atas tanah tanaman kekal milik Jabatan Pertanian. Masa itu, saya tak ada tanah atau ladang untuk bercucuk tanam. Jadi, saya menyewa. Alhamdulillah ia serba sedikit dapat membantu saya dari segi bahan mentah sedia ada,” katanya.
Namun, adat berniaga ada jatuh bangunnya. Noraini juga pernah berdepan dengan masalah bekalan bahan mentah ketika negara dilanda fenomena El Nino.
“Semua tanaman saya, ubi keledek tak menjadi, bila panas dia mati, dilanda hujan dan banjir. Masa itu bahan mentah terpaksa diambil dari tempat yang jauh seperti Perak, Kelantan dan Thailand.
Kalau ikutkan tanaman keledek ini agak sukar dan susah. Sebab itu, saya minta suami tanam tanaman itu untuk saya. Dia berusaha bersungguh-sungguh sampai menjadi.
Ads
Sebenarnya kalau kita ambil dari tempat yang jauh, harga kos bahan meningkat dari sepatutnya. Susah untuk saya berniaga. Syukurlah dari tahun lepas sampai tahun ini tanaman ubi dan keledek mula menjadi.
Walaupun zaman sekarang ini bahan mentah ubi agak kurang dan ramai teman-teman saya tak lagi menggoreng, saya masih menggoreng ubi.
Sebab bekalan dari tanaman suami saya tadi agak konsisten. Itu yang kena jaga bahan mentah saya baik-baik. Jadi saya boleh melebarkan sayap.”
Kerana Kerepek Pernah Hampir Disaman
Ketika awal berniaga dulu, pekerjanya hanya 2 orang. Jadual kerja pun dilakukan secara giliran hari. Masa itu untuk edaran di negeri Selangor, Noraini sudah ada 300 buah kedai.
“Dari 300 itu ada yang nakkan kerepek. Macam biskut, perjalanannya agak lambat berbanding kerepek. Ia bukan makanan harian tapi untuk semua orang. Permintaan juga amat menggalakkan.”
Akuinya, pasaran ke luar negara berlaku secara spontan. “Rezeki tak dirancang, benda itu datang tanpa bantuan sesiapa. Kita sama-sama dengan distributor. Manakala agensi kerajaan beri khidmat nasihat.
Sebenarnya perniagaan kerepek ubi dan keledek biru ini terlalu bagus. Tapi orang Malaysia tak suka makan keledek biru. Saya pun tak tahu kenapa. Sedangkan ia banyak antioksidan untuk melawan kanser.
Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana. Dan di Perth, Australia saya dah bekalkan kerepek ubi dan keledek biru lebih 10 tahun. Setiap 2 bulan sekali akan hantar stok barang ke sana,” katanya bersungguh-sungguh.
Ads
Barangan yang dihantar ke luar negara perlu dijaga kualitinya. Tak mudah sebenarnya untuk tembusi pasaran luar.
“Banyak pengalaman perit yang terpaksa dilalui. Antaranya seperti pengguna kerepek mengadu gatal dan bengkak-bengkak muka malah saya hampir nak disaman.
Baru-baru ini, penguatkuasaan di Australia agak ketat. Makanan yang nak masuk ke sana kena dihantar ke makmal dahulu.
Proses itu amat memakan masa. Sebab itu kena berhati-hati dan paling penting jaga kualiti. Inilah yang kami tekankan agar pelanggan boleh terus merasa kenikmatan kerepek yang segar dan menarik.”
MAHA 2018
Bukan saja pelanggan dari luar negara, pelanggan tempatan juga boleh merasai keenakan kerepek buatan Noraini. Caranya, datang ke ekspo MAHA 2018 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MOA) selama 11 hari di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bermula dari 22 November hingga 2 Disember 2018.
Istimewa untuk pengunjung MAHA 2018 ini, mak-mak bakal menikmati segala yang terbaik ditawarkan oleh industri pertanian dan makanan Malaysia.
Ads
Ini termasuk hasil pertanian segar, hidangan popular, buah-buahan tempatan dan eksotik, serta menyelami pengalaman pertanian di pelbagai laman yang disediakan.
Kesusahan Ini Demi Untuk Anak-anak
Bermula di Kampung Kundang, Tanjung Sepat, Kuala Langat Selangor, hari ini wanita ini bukan saja cemerlang mempromosikan makanan tempatan kepada negara luar, malah mengekalkan edaran kerepek di pasaran tempatan.
Untuk pasaran tempatan, produknya diedarkan di Agro Bazar di Kampung Jawa, Klang bawah FAMA, showroom miliknya dan 3 orang pengedar di kawasan-kawasan setempat.
Biar apa juga rintangan, perjuangannya perlu diteruskan. “Komitmen kita terlalu banyak lagi yang belum selesai, pelanggan ramai, begitu juga kawan-kawan. Jadi pengalaman demi pengalaman inilah saya anggap satu yang baik untuk maju ke depan.”
Tiada istilah hangat-hangat tahi ayam, Peladang Jaya Wanita tahun 2016 dan penerima anugerah Perdana MAHA 2016 ini menghasilkan pengeluaran 500kg kerepek sehari.
Kekuatannya selain suami, 4 orang anak; Nurshafikha, Nurshaqira, Muhammad Shafiq dan Nursholeha itulah tulang belakangnya.
“Pandang mereka hati saya sejuk. Sejujurnya penguat semangat yang paling utama ialah arwah ibu bapa saya. Tanpa dia saya tiada, malangnya bila saya dah sampai ke tahap ini mereka tiada.
Kini saya turunkan amanah kepada anak-anak. Perjuangan saya untuk anak-anak dan keluarga. Kesusahan yang ada ini, saya kuatkan untuk anak-anak.”
Sebelum mengakhiri bicara, Noraini tak lupa berkongsi rasa terima kasih kepada para pekerja, pegawai di jabatan, agensi kerajaan malah FAMA yang banyak menyokong kejayaan perniagaannya pada hari ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Watie nafi jalin hubungan dengan Shuib ketika arwah Sarah masih hidup. Isteri Shuib, Watie Hanifiah menjelaskan dirinya tidak pernah menjalin hubungan dengan Shuib ketika Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup.
Seperti yang diketahui ramai, gosip bertebaran apabila ada yang mendakwa wanita yang juga ahli perniagaan itu sudah mengenali Shuib lebih awal. Watie yang mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, pada 23 Jun lalu menepis fitnah yang bertebaran itu.
Watie Nafi Jalin Hubungan Dengan Shuib Ketika Arwah Sarah Masih Hidup
Wanita itu menerusi perkongsian di Instagram Storiesnya menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya yang bertanya tentang hal tersebut.
Pemilik nama sebenar Fati Nimmatul Adawiyah Hanifiah itu turut mendedahkan dirinya mula berkenalan dengan Shuib bulan selepas pemergian Allahyarham Sarah pada Disember 2021.
“Aiyok, tanggunglah dosa siapa yang fitnah tu. Kami tak pernah kenal pun. Dia mengurat selepas dia bergelar duda,” jawab Watie.
Tunjukkan Bukti Shuib Minta Nombor Telefon Watie
Watie juga turut memberikan bukti tangkap layar mesej langsung dalam laman sosial daripada Shuib yang meminta nombor telefonnya. Bukan itu saja, malah Watie juga turut berkongsi Shuib meminta dirinya memperkenalkan diri pada anak-anak dengan cara yang sangat istimewa.
“Dia buat kejutan, minta saya belikan hamster dan kura-kura untuk anak. Selepas itu hantarkan bawah rumah.
“Masa ini pertama kali saya tahu alamat rumah dia.
“Sekali bila dah sampai dia kata awak kena bagi sendiri pada anak-anak,” tulis Watie.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Shuib, Watie kelihatan begitu mesra melayan anak-anak tirinya. Untuk rekod. Shuib dan Arwah Sarah telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Akhirnya wajah bayi kesayangan rakyat Malaysia ini sudahpun didedahkan oleh ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam instagram miliknya. Kenapa agaknya si comel pipi merah ini begitu istimewa bukan saja pada ibu dan ayahnya malah seluruh rakyat Malaysia.
Haa.. inilah sebabnya. Maklum Datuk Seri Siti Nurhaliza malam ini nama sebenar Si Comel Pipi Merah yang selama seminggu ini menggunakan gelaran Fatimah Az-Zahra akan didedahkan kepada umum.
Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum,
“Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.”
“Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.“
Inilah Penyejuk Hati Kami – Datuk Seri Siti Nurhaliza
Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami.
“InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami”
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga memaklumkan para peminatnya boleh menonton secara langsung majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik bayinya itu sekitar jam 9 malam ini.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini. Dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.”
Tanggal 19 Mac 2018 bersamaan hari Isnin lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan bayi perempuannya itu di sebuah pusat perubatan jam 8.17 pagi.
Bayi seberat 3.55 KG itu dilahirkan secara pembedahan. Sepanjang tempoh itu, suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa begitu setia di sisi bagi memastikan isteri dan anaknya dalam keadaan sihat dan selamat.
Datuk Azizulhasni hampir “dilarang” bertanding di Eropah, gara-gara tunjuk sokongan terhadap Palestin.
Perkongsian Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mengenai satu peristiwa pada tahun 2014 di laman Instagram miliknya hari ini jelas menunjukkan semangat solidariti dirinya terhadap keadaan di Gaza sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, beliau hampir dilarang untuk bertanding dalam sebuah kejohanan besar di Eropah gara-gara mempamerkan sokongan terhadap negara Palestin.
Datuk Azizulhasni Hampir “Dilarang” Bertanding Di Eropah
“Pada Julai 2014, saya hampir ditendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.
“Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej ‘Save Gaza’ di atas glove (sarung tangan) yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.
“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi, lagi memburukkan keadaan ketika itu di bulan Ramadan, bulan suci umat Islam,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.
Menurut Azizulhasni, antara alasan pihak penganjur yang mahu membatalkan penyertaan beliau adalah kerana menyampaikan mesej berbaur politik di pentas sukan.
“Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza. Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia, namun apabila giliran mereka semuanya boleh pula.
“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai ‘freedom of speech’ (kebebasan bersuara) dan juga ‘humanitarian support’ (sokongan kemanusiaan),” katanya.
The Pocket Rocket Man ini juga meminta seluruh umat dunia untuk terus memberikan semangat dan doa buat saudara di Palestin dimana mereka ketika ini sedang bergelut dengan ancaman perang yang besar.
“Teruskan memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka disana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.
“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” pesannya yang disampaikan melalui laman Instagram miliknya.