Bagi yang biasa makan di restoran cina muslim atau chicken rise shop, tak lengkap kalau tak makan tofu lembut ini. Rasanya cukup untuk buka selera kita dengan rasa bawang goreng dan kelembutan tofu tersebut.
Harga yang dijual pun boleh tahan juga. Kalau buat sendiri kat rumah, tentu jauh berbeza. Cuma, fikir sedap dan sama ke tak dengan yang biasa kita makan di restoran.
Nak buat tofu lembut ala-ala chicken rice shop ini tidaklah susah sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini. Memang menjadi.
Kalau pergi ke Chicken Rice Shop atau restoran chinese muslim, mesti ada menu ni. Harga yang dijual di restoran dalam RM9-10 kalau tak silap.
Kat pasaraya soft tofu mentah ni dijual dalam RM0.80 – RM1.20. Jadi boleh lah cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
1 blok soft tofu
Kicap cair
Gula
Sos tiram
Minyak bijan
Cendawan shitake
2 ulas bawang putih cincang
2 sudu besar udang kering – dicincang kasar
Halia – dicincang (anggaran saiz separuh ibu jari)
Cara Membuat:
1. Bawang putih, halia dan udang kering.
Ads
2. Kukus dulu tofu ni dalam 10-15 minit. Cendawan shitake tu pilihan.
3. Sambil tunggu tofu dikukus, goreng sekaligus halia, bawang putih dan udang kering sehingga garing
4. Bila dah garing, angkat.
Ads
5. Untuk buat kuah, ambil dalam 2 sudu minyak lebihan goreng tadi, masukkan kicap cair dan sos tiram.
6. Masukkan 50ml air lebih kurang dan masukkan sedikit gula. Didih sehingga larut dan rasa yang mengikuti selera anda. Kalau terlalu masin, tambah air. Kalau kurang masin, tambahla kicap cair atau sos tiram. Bila dah tutup api, titiskan sedikit minyak bijan.
7. Tofu yang sudah dikukus. Buang kan air kukusan itu. Sebab air keluar tu bau cendawan. Tak sedap bau dia.
8. Tuang kuah yang telah dimasak tadi atas tofu
Ads
9. Kemudian, tuang semua bahan yang digoreng garing tadi (halia, udang kering, bawang putih). Tabur daun bawang dan bawang goreng untuk lebih meriah.Kalau nak pedas, hiris cili padi merah.
10. Rasanya memang tiptop! Mudah dan senang..
Mingguan Wanita : Kalau beli agak mahal. Nak mudah dan senang buat sendiri, jimat pun jimat.
Apam mekar, mungkin ada mak-mak yang merasakan susah untuk dapatkan bentuk yang merekah dan ‘tersenyum mekar’ itu. Malah, teksturnya yang lembut dan gebu ini jugalah membuatkan ia sedap dinikmati.
Ada banyak cara yang mak-mak gunakan untuk membuat apam mekar. Ingat, ada bezanya dengan apam nasi dari resipinya. Tapi dari segi bentuk dan warna ia sama saja mengikut citarasa sendiri.
Nak tahu macam mana apam mekar ini ‘tersenyum mekar’ ada resipi dan tip yang diberikan oleh Mala Mansor untuk mak-mak buat di rumah. Hanya 30 minit, sudah boleh untuk anda nikmati bersama keluarga.
Cara membuat :
1. Panaskan air dalam pengukus.
2. Masuk semua bahan kecuali tepung gandum, serbuk penaik dan pewarna kesukaan ke dalam bekas dan mix dengan kelajuan sederhana sehingga semua bahan bertukar jadi warna putih dan ringan. Adunan akan jadi 2 atau 3 kali ganda banyak.
3. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam bekas yang sama. Mix sampai kembang dalam 5 minit.
3. Biar adunan kejap dalam 10 minit.
4. Masukkan ke dalam bekas acuan. Campur warna.
5. Kukus dalam 5 ke 10 minit, ikut besar acuan kita guna.
TIP PENTING:
1. Kukus dengan api besar supaya apam tersenyum mekar.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Siapa suka makan Som Tam bolehlah cuba Som Tam Epal Ala Thai. Biasanya buah betik muda adalah bahan utama dalam membuat Som Tam. Apa kata kali ini kita tukar kepada buah epal.
Cara buatnya senang sahaja. Hiris epal dan kemudian masukkannya ke dalam bahan-bahan lain yang telah ditumbuk hancur. Gaul semuanya sekali. Siap boleh dimakan.
“TERIMA KASIH Bunga Sakura atas perkongsian resepi, habang pakai apa yg ada jer. Niat lah memasak kerana Allah,in Sha Allah dipermudahkan, kerabu dapat pahala pun dapat.
#CookingFromHeart. Alhamdulillah,terima kasih sentiasa follow habang di Facebook Boleh juga ke Instagram habang di @muhamadmuktaminabdulkarim . Semoga persahabatan terus dirahmati Allah,amiin.”
Sila like & follow page di, “Resipi & Dekorasi Muhamad Muktamin” untuk lebih lagi idea masakan beserta resipi bergambar dan juga ilham deko kediaman.
Resipi Som Tam Epal Ala Thai
Bahan-bahan
3 biji epal (resipi ni habang tak guna betik muda)
3 sudu besar kacang digoreng *habang goreng tanpa minyak
3 sudu besar udang kering halus *direndam sekejap
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar *ini habang yg taruk,takde pun takpe
5 biji cili padi merah *cili besar pun boleh je kalau tak tahan pedas
2 biji cili padi hijau *boleh tambah
Sedikit kacang panjang dipatah-patahkan/dikerat 1 inci
3 sudu besar gula kabung Siam (habang guna gula melaka je)
3 sudu besar jus limau nipis *kurang/lebih ikut selera
2 sudu sos ikan
5 biji tomato *habang pakai tomato cherry potong dua
Garam sedikit
*Boleh juga tambah air asam jawa
Rasa badan tak sihat? Macam nak demam? Mungkin keadaan cuaca sekarang ni yang buat ramai yang rasa seram rasa sejuk nak demam. Ha..apa kata panaskan badan dengan sup Siam ni. Dikatakan sup ini sangat sesuai dimakan oleh orang yang demam. Boleh buat berpeluh kerana ada lada sulah di dalamnya.
Rasa Sup Yang Unik
Sup Gai Mun Farang ini salah satu sup yang terdapat di negara Thai. Rasanya tak sama dengan sup ayam yang biasa kita masak.
Sup ini atau dalam bahasa Melayu Sup Ayam Dengan Kentang ini memang sedap serta penuh aroma yang membangkitkan selera. Lebih-lebih lagi pada musim hujan yang sejuk sekarang ni. Boleh makan macam tu saja atau dimakan dengan nasi putih panas-panas pun sedap.
Rasa Unik Sebab Ada Sos Ikan
Sebelum tu sedikit informasi, perkataan ‘Farang’ digunakan oleh orang di Thailand untuk menggelar individu berkulit putih. Di sini ianya merujuk kepada kentang yang banyak digunakan dalam masakan kaum ‘Farang’ itu sendiri.
Selain itu, bezanya juga, ayam akan diperap terlebih dahulu dengan sos ikan (Nam Phla) sebelum dimasukkan ke dalam sup. Selamat mencuba ye!
RESIPI SUP GAI MUN FARANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong (boleh juga guna bahagian drumet atau drumstick saja)
Perapkan ayam dengan Nam Phla (sos ikan) terlebih dahulu sebelum siapkan bahan lain agar perapan lebih mesra.
Panaskan air sampai mendidih. Setelah air mendidih, masukkan hirisan bawang Holland, tangkai daun ketumbar, daun bawang dan bawang putih.
Setelah sup mendidih, masukkan kicap cair. Tapi jika tak ada, kicap pekat pun boleh.
Masukkan ayam satu persatu ke dalam sup tadi. Bila sup berbuih, boleh buang buih itu menggunakan penapis kalau inginkan ‘clear soup’. Rasa kuahnya. Sos ikan sudah masin, jadi tambah garam jika perlu. Perasakan dengan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar ia mereneh.
Apabila sup sudah menggelegak, masukkan kentang (mun farang). Biar 10 minit smpai kentang masak. Masukkan pula hirisan tomato. Masak hingga tomato lembut dan masak.
Tambahkan Lada Sulah. Sebab itu sup ini untuk orang sakit atau demam sangat sesuai. Tambahkan daun ketumbar. Biar je ia mereneh. Siap!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...