Sup, salah satu hidangan pembuka selera, lebih-lebih lagi bila badan tidak sihat. Terus badan rasa berpeluh dek penangan masakan ini.
Anak-anak pun boleh dibuatkan sup, jika mereka tidak ‘lalu’ makan. Maklumlah makanan berkuah tapi bukan berkuah santan atau gulai. Nanti muak pula.
Masak sup pun adalah paling senang untuk mak-mak sediakan. Walau bagaimanapun, setiap negeri ada bezanya dari segi masakan.
Perkongsian daripada Nur Amalyna Zuraidi ini adalah resipi sup dari negeri pantai timur. Ia juga dipanggil ‘sup darat’. Mungkin sebab bahan-bahan yang digunakan dan cara masakan yang senang sangat. Hanya rebus saja.
Suami baru saja habis kuarantin, tiba-tiba dia minta saya masakan sup yang pernah dibuat sebelum ini.
“Yang. Bi nok makan sup aritu laa”
Selama kahwin 41 tahun, inilah pertama kali saya masak sup untuk dia. Bukan tak nak buat tapi takutnya bila buat tak ada orang nak makan. Rupanya, suami minta buat lagi.
Ads
Sebenarnya, kalau kita ada selesema, demam atau ras atak sedap badan. Sangat bagus untuk buat sup ini. Saya panggil ‘sup darat’ sebab bahan-bahan yang digunakan dan cara nak masak senang sangat.
Cara membuatnya:
1. Ini saja bahannya. Senang sangat. Kalau ada hari malas, masak ini saja pun dah cukup.
2. Selepas itu, masukkan air. Ikut selera masing-masing nak masukkan berapa banyak air. Tap perlu masukkan minyak atau tumis. Terus rebus begitu. Biarkan ia mendidih. Selepas itu, masukkan perasa, garam dan ajinamoto. Ikut selera masing-masing.
3. Biarkan ia mendidih dan masak, bolehlah tumbuk bawang merah dan lada. Selepad itu potong asam limau dan daun ketumbar jawa untuk rasa ‘kick. Nak masukkan daun sup atau ketumbar biasa pun boleh juga.
4. Bila kuah dah masak, tuang saja dalam mangkuk yang ada bawang merah, lada, air asam dan daun ketumbar tadi. Siap.
Ads
Makan semas panas-panas memang berpeluh. Sedap sangat.
Mingguan Wanita : Memang kena dengan selera sangat ni. Nak sedap gandingkan saja dengan ikan goreng. Sedap sangat ni. Boleh cuba nanti.
Menurut Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia, menu puding buih berkuah susu ini boleh dijadikan pencuci mulut yang berkhasiat dan tinggi protein. Ini kerana, bahan utama puding buih adalah telur.
“Sebiji telur mengandungi 7 gram protein bagi setiap sebiji telur.”
Perlu diketahui, “telur yang tidak dimasak atau tidak dimasak dengan sempurna mengandungi Salmonella dan ini tidak digalakkan dan tidak boleh terutama bagi golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.”
“Bagi mengelak keracunan, langkah seperti membasuh telur dengan sempurna dan masak hidangan hingga sempurna boleh diambil.”
Cara Sihat Makan Puding Buih Kuah Custard
√ Bagi pesakit kencing manis, anda boleh memanipulasi menu dengan tidak menambah gula di dalam puding buih dan gantikan Kuah Custard dengan ‘Susu Formula khas’*.
√ Bagi anda yang ingin turunkan berat badan, kalori puding boleh dikurangkan dengan mengurangkan jumlah gula di dalam Puding Buih dan gantikan Kuah Custard dengan Susu Rendah Lemak/Susu Skim.
√ Sekiranya anda seorang atlet dan baru sahaja siap ‘workout’ sebelum waktu berbuka puasa (artikel ditulis dalam bulam Ramadan), anda boleh cuba ambil Puding Buih ini dengan ‘Susu High Protein’ yang ada di pasaran untuk tujuan ‘muscle recovery’.
Selamat Mencuba!
Kredit foto : Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia
RESEPI PUDING BUIH BERKUAH CUSTARD
Puding Buih
1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air (Kisar dengan daun pandan untuk dapatkan warna hijau)
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
Sedikit pewarna ~ optional
¼ cawan gula ~ optional
Caranya:
1) Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih dan sejukkan.
2) Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
3) Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi
4) Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan. Penting bagi bancuhan agar-agar sejuk dahulu supaya apabila dicampur dengan meringue nanti, adunan tidak terasing dan sebati dengan baik.
5) Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar dan tuang agar dalam bekas
6) Sejukkan puding, kukus seketika untuk memastikan adunan dimasak sempurna bersama meringue dan kemudian sejukkan semula di dalam chiller.
Resepi Kuah Custard
2 cawan susu rendah lemak/susu skim/susu sejat
2 cawan air
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla
Caranya:
1) Larutkan tepung custard di dalam air terlebih dahulu.
2) Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
– Sejukkan Puding Buih dan Kuah Custard di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan!
*formula khas untuk kondisi hiperglisemia (gula tinggi dalam darah)
p/s: Please share and dont forget to tag FB Page Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia
MW : Bila mana ada kes keracunan makanan di Terengganu yang jumlahnya sudah mencecah 100 orang, yang dikatakan berpunca daripada memakan puding buih yang dibeli secara online. Lebih baiklah sekiranya, mak-mak yang teringin nak mencuba tu buat sendiri puding buih ini dengan cara selamat yang Dietitian KKM kongsikan ini.
Rupanya mudah ke nak buat Labu Sira Kelantan yang sedap dan manis berlemak ni. Kuah sikit-sikit je sekadar basah-basah je.Labu Sira Kelantan ni pencuci mulut yang sangat popular di negeri pantai timur. Memang sangat sedap, boleh lah buat sendiri di rumah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Aisya ini sebagai panduan.
Bahan-Bahan
Labu
Air Kapur
Gula Melaka
Gula
Garam
Daun Pandan
Santan
Cara Membuat:
1. Buang kulit labu nipis-nipis je dan rendam air kapur 2 jam.
2. Bilas dan cuci daripada rendaman air kapur tadi. Kemudian masukkan labu tersebut dalam periuk beserta daun pandan, gula, nise (gula Melaka) dan garam secubit. Air tak payah letak.
*Kadar kemanisan terpulang pada individu. Tapi labu sira elok manis, tapi jangan manis terlampau.
Buka api gas yang perlahan sahaja.
3. Tengok air daripada labu dah kering-kering sikit, gula dan nise pun dah cair. Masukkan santan pekat dan sedikit je air. Masak lagi sampai la tinggal kuah sikit-sikit.
Mingguan Wanita: Sedapnya Labu Sira Kelantan ni, rupanya kena rendam air kapur dulu 2 jam dan masak masak masukkan santan sikit, barulah berlemak. Boleh cuba buat sendiri nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mempunyai rak dapur sangatlah penting untuk susun barang-barang agar nampak lebih kemas dan teratur. Jika selalu rak dapur kita beli je, dengan idea menarik dan kreatif sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri rak dapur mudah alih pelbagai guna ini semudah ABC. Lebih menjimatkan dan puas hati buat sendiri.Guna kepingan kayu pallet untuk menghasilkan rak dapur ini, bukan sahaja berfungsi untuk letak barang tapi juga mampu menaikkan lagi seri dapur.
Ikut langkah mudah ini;
Bahan-Bahan:
Kayu Pallet (Terpulang kepada pilihan jenis kayu masing-masing)
Paku
Penukul Besi
Alas Rumput
Cara Membuat:
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku. Anggaran panjang dan lebar kayu mengikut anggaran sendiri, jika mahu panjang atau pendek, besar atau kecil.
3. Gosok dgn kertas pasir atau mesin keatas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
** Rak sengaja di susun serong pada bahagian atas dan tegak pada bahagian bawah bagi memudahkan untuk meletak botol-botol.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...