Resipi sambal belacan, kadang fikir macam mana kedai siam buat sebab rasanya beza dengan kita buat kat rumah
Tambah-tambah, kalau makan kat kedai makan terutamanya kedai siam atau masakan pantai timur mesti ada set lengkap dengan sambal belacan dan sup kosong. Ini hidangan wajib yang diberikan.
Rasa sambal belacan dekat kedai makan ini, lain sungguh. Kadang-kadang tertanya-tanya apa resipinya.
Inilah resipi perkongsian daripada Afy AL Habibi. Mak-mak boleh cuba buat di rumah. Kalau rajin boleh buat stok lagi.
Resipi Sambal Belacan Kedai Siam
Rasa seronok sangat sebab tadi boleh buat sambal belacan macam makan dekat kedai Siam tu. Cikgu suka makan sambalnya sebab ngam kalau oder nasi goreng atau set panas mesti mintak sambal belacan lebih cicah timun. Serius memang jadi.
Jika suka makan kuih tart tapi malas nak cetak atau sepit adunan, boleh cuba resipi kuih lama ‘Biskut Datin’ ni. Nak buat memang lebih senang dan cepat siap, tak renyah.
Boleh cuba resipi ‘Biskut Datin’ seperti yang dikongsikan oleh Bam Azimadini.
Mula-mula terjumpa biskut ni masa ikut pergi beraya rumah orang. Dalam hati berkata.. rasa macam kuih tart sebab ada jem nanas dalamnya. Agaknya orang ni malas nak cetak, nak sepit sebab tu dia masuk je dalam paper cup lepas tu leperkan.
Kemudian terjumpa posting dalam group ini juga.. rupa-rupanya biskut ni memang ada nama sendiri.. BISKUT DATIN. Hebat juga nama bukan calang-calang.
Beli jem nanas masa nak raya 2021 konon nak cuba buat tapi mood kendur sebab anak-anak tak boleh balik raya sebab pkp. Tangguh ke Raya Haji.. masih lagi pkp. Tangguh ke Deepavali pun tak menjadi. Tunggu pulak Krismas pun tak buat. Akhirnya.. buatlah juga dah masuk 2022. Panjang mukaddimah
1. Ayak tepung.
2. Kacau butter + gula.
3. Masukkan vanila dan telur.
4. Masuk susu dan tepung, sebatikan doh.
5. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan letak di tengah paper cup. Tekan doh pada kertas supaya leper.
6. Letak inti di tengah, lipat 2 paper cup jadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper.
7. Bakar hingga masak lebih kurang 20 minit.
Sambal Telur Hancur Cili Kering ini sangat simple kan? Tapi, masakan ringkas macam nilah yang boleh buat kita makan nasi berpinggan-pinggan. Kalau dah tak tahu nak masak apa lagi dan nak masak sesuatu yang ringkas tapi sedap, ha..sambal ni memang pilihan paling tepat. Nak lebih bangkit selera, buat lagi pedas.
Bagi mak-mak yang dah mula kerja dan terkejar-kejar nak masak apa bila balik kerja, boleh cuba resipi ni. Memang sedap dan tak ambil masa lama nak masak. Makan pula dengan nasi putih panas-panas..pehh!! Berpeluh dahi!
Sambal ini juga sesuai kalau masak untuk sahur. Bulan Syawal ni tentu ramai yang ambil peluang untuk puasa ganti dan puasa sunat Syawal. Boleh makan juga dengan bubur nasi.
Jom Cuba Resipi Sambal Telur Hancur Cili Kering Ini!
Sedikit cili kering – potong dan rebus sekejap
Sedikit ikan bilis
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Garam dan gula
Serbuk perasa (pilihan)
Minyak masak
Cara memasak:
Mula-mula, goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.Kemudian goreng bawang besar dan bawang putih. Angkat dan toskan. Setelah itu, goreng cili kering hingga separuh garing. Angkat dan toskan.
Tumbuk semua bahan yang dah digoreng tadi iaitu bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Kemudian tumbuk cili kering yang dah digoreng (Nak lumat atau tak terpulang pada selera masing-masing).
Gunakan lebihan minyak menggoreng bahan-bahan tadi, masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis. Goreng hingga terbit bau, cili dan bawang masak sepenuhnya. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
Masukkan telur ke dalam tumisan tadi dan biarkan hingga telur masak. Jika suka telur kuning gedik, jangan hancurkan telur kuning itu. Yerpulang pada selera anda.
Akhir sekali, siap untuk dihidangkan bersama nasi panas. Mesti curahkan kicap lemak manis untuk lebih uuummpphhh! Selamat mencuba…
Sambal bilis crispy, salah satu kudapan yang sangat digemari oleh sesiapa saja. Nak makan dengan nasi atau nak ratah macam tu pun boleh. Sedar-sedar boleh habis satu botol.
Kalau beli kat kedai, harga sambal bilis crispy pun boleh tahan juga harganya. Sedangkan kalau buat sendiri kat rumah, berapa sangat modalnya. Cuma yang tak pasti tentang rasa sedap dan kemenjadiannya sama atau tidak macam beli kat kedai.
Kali ini, Ziela Mazlan berkongsi resipi paling mudah dan senang untuk kita buat sambal bilis crispy. Caranya senang sangat dan gerenti sama macam beli kat kedai.
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Bawang goreng
Cili kering goreng (blend kering)
Kiub ayam
Garam dan gula
Cara Membuatnya:
1. Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas, minyak tu agak-agak dan ikut anggaran sendiri seperti nak buat sambal. Kacau sebati dengan api sederhana.
2. Masukkan cili kering goreng yang dah di kisar (Boleh kisar dengan chopper). Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Pastikan cukup rasa.
4. Padamkan api dan biar sambal betul-betul sejuk, barulah masukkan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan bawang goreng tadi. Gaul sebati dan siap.
p/s: Bila dah makan, rasanya sama dengan yang kita beli kat luar. Memang puas hati kalau buat sendiri. Cara nak sediakan pun sangatlah mudah.
Mingguan Wanita : Memang sedap sangat ni. Sambil-sambil tengok tv pun boleh habis ni.
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar...