Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai. Nak buat pisang goreng yang crunchy dan tak berminyak pula ada caranya. Meskipun ada macam-macam resipi adunan tepung bancuhan pisang goreng, boleh cuba resipi Puan Normala Koriini kongsikan. Resipi pisang goreng panas yang pernah dibuat niaga dan tak putus orang beli. Buat tepung bancuh sendiri tak perlu dan tak perlu tepung segera.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
Kalau tak crunchy tak sah!!!..Nak yang crunchy je semua!!! Kalau Kak Mala goreng pisang atau keledek semua anak-anak beratur tunggu. Cicah sambal kicap dan kena dengan kopi panas!.
Masih ingat satu ketika dulu bisnez jatuh teruk tahun 2008, terpaksa jual rumah jual semua kereta yang ada, sempat niaga tepi jalan dan bukak kedai makan masakan panas.
Kak Mala sempat niaga pisang goreng, keledek, cempedak. Sehari sampai 200kg kadang habis. Nasi Kukus Ayam Rempah pulak 170 ke 250 ekor sehari, resepi dari Tukang Masak Istana bagi. Tapi penatnya Allah saja yang tahu, sebab sebelum tu kita tak pernah niaga kan.
Bertahan hanya 3 tahun kerana Kak Mala dapat cancer lymphoma stage 4 dan terpaksa mengikuti kimotherapi di hospital lebih kurang 8 bulan dan tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menjaga kedai.
Kebetulan cik suami dapat balik buat project dengan government. So semua barang dijual. Ni salah satu makanan yang akak jual walaupun tepi jalan LRT, pisang goreng panas nih sangat ramai yang gemar..kata mereka crunchy dan tak berminyak.
Kak Mala halalkan resepinya untuk semua yang nak niaga.Buatlah semoga terus maju dan berjaya!!Yang penting masa nak goreng minyak kena banyak dan betul-betul panas! Buatlah untuk siapa yang nak niaga!!!.Kak Mala halalkan.
Dulu masa niaga berbagai resepi cuba tapi yang ni resepi terbaik dan customer tak putus beli. Kita jual seperti kita sendiri yang nak makan.
Ads
Resepi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri tak perlu tepung segera.
Bahan-Bahannya:
Bahan yang digaul sebelum letak air :
2 cawan Tepung beras
Secawan Tepung jagung
Setengah cawan Tepung gandum
1 biji Telur C
1/2 sudu teh Serbuk kunyit
4 sudu besar makan Air kapur
Setengah sudu teh Garam
1 sudu besar Mentega
2 Cawan Air
Cara Membuat:
1. Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau kecuali air.
2. Kemudian, setelah digaul masukkan air. agak-agak jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik.Bagi cair sedikit.
3.Sesudah digaul dengan air, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.
4.Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak. Kalau nak pisang atau keledek melekat berkerak kat pisang, minyak panas tu renjis bancuhan tadi selepas tu baru letak pisang atasnya.
Ads
Cuba lah! Kak mala tak tipu, crunchynya boleh tahan 4,5 jam. Sangat tahan lama dan sedap. Buat la, Kak Mala halalkan untuk semua.
Tip Ekstra!
*Jika tak nak pisang goreng dan keledek makan minyak, jangan goreng api terlalu perlahan. Nanti minyak meresap ke tepung.
*Kalau untuk makan sendiri tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu, jadi tambah berlemak.
Ads
* Air kapur kena agak-agak. Jangan terlebih, nanti berbuih dan jangan terlalu sikit.
* Kalau telur A separuh je tak boleh banyak sangat telur sebab nya jika banyak sangat. Rangupnya takkan tahan sampai 4, 5 jam.
MW:Menarik resipi adunan tepung goreng pisang crunchy dan tak berminyak yang dikongsikan ni. Boleh buat untuk makan sendiri di rumah, atau pun di buat niaga.
Sedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.
5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Sebenarnya walaupun tanpa guna ‘oven’ mak-mak tetap boleh bakar kek atas dapur gas.Manalah tahu, bila dah siap kacau adunan semua, tiba-tiba bila nak guna oven, ia boleh rosak pulak! hah, ikut cara ni sebagai penyelamat. Jadi walaupun oven tiada dirumah, ia tak jadi satu masalah.Mak-mak tetap boleh teruskan minat membakar kek dengan cara ini. Salah satu resipi yang boleh dicuba ialah Kek Span Marble Susu.
Berikut perkongsian daripada Puan Farah Nazri sebagai panduan;
“Disebabkan teringin sangat nak makan kek tapi oven takda so hari ni kita try membaking kek span marble susu pakai kuali. Resepi mudah je, saya dapat dari FB. By the way adunan tu saya punya terlebih sebab loyang kecik. Mujur masak dalamnya. Selamat mencuba.
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.
5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.
6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.
7. Siap untuk dihidang!
P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri
Kredit Resepi: Irfan Syazwanshah
Info Ekstra!
Pada yang nak guna kuali tu, lapik dengan pelapik dapur tu je ye dekat bawah loyang. Saya lapik dengan ni je sebab ni je yang ada. Tu pun ambik stove sebelah punya. Jangan risau tak rosak kuali.Saya ada attach gambar cara letak loyang dalam kuali.
Pastikan api sederhana perlahan. Saya buat dalam 45 minit.
Nak tahu masak ke tak kena cucuk tengah-tengah kek tu. Kalau tak melekat tu maksudnya dah masak.
MW: Jadi buat mak-mak yang tiada oven dekat rumah tu, atau oven rosak boleh cuba kaedah yang dikongsikan ini. Kek tetap ‘naik’ dan sempurna kejadiannya.
Kaki ayam banyak khasiatnya terutama buat wanita. Kajian membuktikan kaki ayam ada banyak kolagen. Jika nak cantik dan kekal awet muda, keraplah makan kaki ayam.Ini kerana kaki ayam terdiri dari tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protien, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.
Selain dibuat sup, boleh cuba buat sendiri kerabu kaki ayam yang dikongsikan oleh Puan Whaslinda Wmohdnoor ini. Resipi yang cukup mudah, sihat dan banyak khasiatnya yang tersendiri.
Berikut perkongsian tersebut;
“Rugi kalau ade yang tak makan kaki ayam ni, sedap tuu.”
Bahan-Bahan:
Kaki ayam
Daun sup/daun bawang
Cili padi*(tumbuk)
Limau *ambil air perahan
Tomato
Serai
Halia
Bawang besar/bawang merah
Bawang putih*(tumbuk)
Sos ikan/ kicap sotong
Gula
Garam
Cara Membuat:
1.Rebus kaki ayam sampai empuk/ lembut.
2.Bahan yang tak bertanda * semua hiris, tomato tu buang je die punya biji.
3.Saya guna sos ikan sebab takde kicap sotong dan campurkan semua bahan dan gaul rata.
Tips Ekstra!
“Kaki ayam ni, lepas dah siap rebus, cuci & rendam dengan ais.Ni saya tengok cara-caranya dekat youtube, supaya isi lebih keras, tak hancur sangat, jadi lebih senang bila nak belah tengah untuk buang tulang.”
“Boleh belah guna pisau atau gunting, ayam ni saya cume buang tulang yang tengah tu je, jari-jari tu saya biarkan je ada tulang, sebab malas buang masa nak buang satu-satu.”
MW: Rupanya tips agar kaki ayam tak mudah hancur serta lebih senang dibuang tulang tengahnya untuk dibuat kerabu, adalah dengan merendam kaki ayam yang direbus dengan ais.Jadi buat mak-mak yang suka makan kaki ayam dan nak awet muda, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan sangat senang nak buat kerabu ni.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...