Kalau mak-mak pening nak fikir masak apa, resipi nasi goreng boleh jadi pilihan pertama. Inilah masakan paling mudah dan cepat. Anak-anak pun memang laju kalau makan ini.
Kali ini, Ida Shahida berkongsi nasi goreng sekolah. Sesuai sangat untuk anak-anak. Tak perlu guna bahan yang banyak, hanya tambah telur saja. Ini pun dah cukup menyelerakan.
Katanya, inilah resipu paling sedap yang pernah makan. Percaya atau tidak, cubalah resipi yang dikongsikan ini.
Jangan ubah apa apa.
Insya Allah, masakan ini anda akan jadi yang paling sedap anda pernah makan.
Percayalah dan cubalah…..
Ads
JOM BELAJAR CARA NAK BUAT NASI GORENG DAN macam mana nak bagi nasi goreng tu masak betul-betul, barulah sedap.
Nasi goreng sekolah lagi sedap kalau dimakan bersama cili jeruk atau sambal belacan.
*PETUA BUAT NASI GORENG YANG SEMUA ORANG PERLU TAHU***
(Apa tandanya nasi goreng dah masak?
Bila nasi goreng anda sudah mengeluarkan asap yang banyak baru lah tandanya nasi goreng anda dah ‘ masak’
Dulu waktu anak anak sekolah setiap hari saya bekalkan mereka nasi goreng ini lah….sangat mudah dan cepat.
Kalau tak ada lauk nak makan atau tak tau nak masak apa atau malas nak masak, masak nasi buat nasi goreng ni….telur 2-3 biji…dah sangat sedap…mesti habis dimakan.
Senang ja…anda goreng lah nasi tu sampai nasi goreng itu berasap…baru tanda nasi goreng tu dah masak dan jadi sedap! Kalau nasi goreng tidak berasap maknanya nasi goreng itu belum masak lagi!
Ads
BUAT NASI GORENG KENA GUNA API KUAT SEKALI
Lagi satu, setelah telur dimasukkan ke dalam minyak ia perlu dikacau cepat cepat supaya telur jadi hancur dan dapat masak sempurna. Sebab kalau telur masak sempurna nanti nasi goreng ini tidak akan berbau hanyir.
Buat nasi goreng style ini cepat siap mudah dimasak. Sebaiknya nasi sejuk atau masak nasi dengan air yang sedikit supaya nasi jadi lerai satu satu walaupun baru dimasak.
Jangan guna nasi yang lembik untuk buat nasi goreng ya….melekat lekat jadinya. Rasa pun tak sedap!
NASI GORENG SEKOLAH
Kalau nak paling senang buat macam ini-
1. Kena buka api kuat sekali
2. Panaskan minyak
3. Tumis bawang putih
4. Masukkan telur dan kacau supaya hancur dan sempurna masaknya.
5. Masukkan nasi
6. Bila dah berasap masukkan garam dan serbuk perasa/ajinomoto dan sedikit lada hitam.
7. Kacaulah sampai berasap ( api mesti kuat sekali).
Ads
Tip: Nak pedas boleh letak potongan cili kering semasa menumis bahan.
Mingguan Wanita : Inilah masakan paling senang dan sedap. Kena cuba.
Tak perlu nak susah-susah buat sarapan pagi ni, mak-mak boleh cuba buat resipi Pizza tanpa uli ni yang cara yang paling mudah.Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini tak lagi. Mak-mak boleh guna roti paratha je sebagai ‘base’ untuk pizza.
Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, resipi pizza paratha ni mesti anak-anak suka dan boleh buat sendiri je.
Bahan-Bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Info Ektra:
Selain sosej, boleh juga gantikan dengan udang, hirisan ayam, daging dan sebagainya tetapi sebaiknya masak dulu hingga separa masak.
Guna 3 jenis topping sahaja. Ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.
Pelam Telur juga sebenarnya boleh dibuat sambal, hanya perlu dicampur dengan ikan goreng dan cili padi sebagai bahan utama. Ia boleh dinikmati sama ada dimakan dengan nasi atau ratah begitu sahaja pun sedap.Jadi jika ada stok pelam telur yang banyak dekat rumah tu, mak-mak bolehlah cuba resipi ini sebagai pembuka selera. Gerenti makan bertambah-tambah nanti.
Berikut merupakan resipi asal perkongsian oleh Marizah Miza;
Bahan-Bahan:
Cili padi (ikut tahap kepedasan)
Ikan (apa-apa jenis ikan)
Garam
Asam
Pelam Telur(dicincang kasar)
Cara Membuat:
1.Rebus ikan secukup rasa dengan garam dan asam.
2.Kemudian goreng garing ikan tersebut.
3.Tumbuk cili padi dengan sedikit garam. Kalau guna ikan rebus dah masin, tak perlu letak garam lagi masa tumbuk cili.
4.Apabila cili padi dah lumat, letak isi ikan rebus yang dah digoreng tadi.
5.Tumbuk kasar bahan-bahan tersebut.
6.Kemudian, tambah pelam telur yang dah dicincang kasar tadi.Tumbuk manja-manja je, jangan sampai lumat dan gaul sebati.
Siap!
Sambal pelam telur ini boleh dimakan bersama nasi putih atau diratah begitu sahaja.Saya suka ratah! Fuhh.
Setiap kali masak sambal nasi lemak, mak-mak akan berdepan keadaan sambal merecik di sekitar dapur. Kalau tak banyak pun, tetap ada. Ada cara macam mana nak bagi masak sambal tak merecik ke dinding.
Peniaga ini, Laelatul Amaroh berkongsi petua. Katanya sepanjang berniaga nasi lemak tak pernah lagi dia masak sambal merecik dan dia ada petuanya.
Petua Masak Sambal Tak Merecik
“Baru je siap buat sambal nasi lemak, 6 tahun sudah jadi si penjual nasi lemak. Tak pernah buat sambal besepah mercik penuh dapur.
Cara saya, masak sambal dengan api perlahan & tutup kuali dalam anggaran masa 3 jam, siaplah sambal tu.”
Ini Cara Masak Sambal Nasi Lemak
Basuh cili dan rebus, gunting-gunting tapiskan biji.
Blend cili dengan sedikit air, minyak dan bawang besar.
Belacan dan udang geragau, daun pandan.
Minyak untuk menumis secukupnya.
Potong-potong bawang besar, bawang putih,tumis sampai layu, masukkan belacan dan udang geragau, daun pandan. Tumis lagi sampai wangi barulah masukkan cili.
Masak dengan api perlahan (kacau selalu)
Tunggu sehingga pecah minyak, barulah masukkan gula, garam, air asam jawa dan Aji.
Masak sehingga sambal jadi merah kehitaman, sebatikan rasa dan tutup api.
Tips : Masa yang diambil untuk masak sambal. Jika kuantiti sambal yang banyak anggaran dalam 3 jam. Jika sikit, untuk makan sendiri tunggu sampai sambal pecah minyak saja.
Mingguan Wanita : Begitu caranya, harap yang selalu masak sambal merecik ke dinding dapur bolehlah cuba tip yang diberikan ini.
Macam min, kalau nak bagi tak merecik ke dinding, min gunakan splatter screen. Gajet dapur ini pun membantu elak sambal terpercik ke dinding.
Min guna splatter screen macam ni. Boleh beli di DIY, shopee atau Lazada. Boleh dapat harga bawah RM10.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...