
Isi Kandungan
ToggleTak sangka dengan hanya menggunakan 3 bahan dah boleh hasilkan muffin yang sedap. Malah rasanya ala-ala scones, lembut dan tak manis sangat. Boleh juga makan dengan jem, sapuan coklat dan nuttella ikut citarasa. Anak-anak mesti suka.
Boleh cuba buat sendiri resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Aliah Yahaya ini.
Resepi ni selalunya bila anak- anak mintak dengan tetiba. Muffin 3 bahan.Boleh la try nanti.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1 cawan Tepung Naik Sendiri (self rising flour)
3 sudu besar Mayonis (apa-apa brand pun boleh asalkan mayonis yang putih ni)
1/2 cawan susu segar (Fresh milk ye )
Cara Membuat:
1.Mula-mula masukkan tepung naik sendiri dalam bekas.
2.Kemudian masukkan pula mayonis.
3.Gaul tepung naik sendiri dan mayonis. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan pula susu segar.
5. Gaul asal sebati. Jangan lama sangat. Kejap je. Ingat ! Asal sebati . Stop ! Jangan gaul lagi. Jangan over mix. Nanti keras , teman tak jamin.
6. Scoop kan pakai scoop aiskrim . Dapat dalam 6-7 cup je.
7. Gini . Acuan takde . Belasah je ape yang ade. Kita buat dia.
Bakar 200°C /20 minit .

8. Siap. Rasa dia macam ala-ala scones pun ada. Tapi lembut. Tak manis sangat . Boleh je tukar flavour kalau nak.
Tip Ekstra!
- Kami suka yang plain . Boleh je makan dengan nutella/jem. Macam-macam. Ikut suka .
- Tak letak gula. Rasa manis dia light. Lepas bakar boleh makan dengan jem/choc spread.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di sini:
Scone Resipi Paling Senang Dibuat, Jadi Macam Dijual Dekat Kafe!
Muffin Honey Butter Guna Air Fryer,Set Suhu 180° 15 Minit Siap!
MW: Mudahnya resipi muffin ni, hanya guna 3 bahan je. Sangat lembut dan gebu. Boleh cuba buat dengan anak-anak di rumah nanti.
Sumber: Aliah Yahaya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara Betul Dapatkan Kulit Durian Crepe Yang Nipis, Gebu Bak ‘Bantal’

Isi Kandungan
ToggleNak hasilkan surian crepe ini tidaklah sukar. Filling kastard dan duriannya pun mudah saja nak buat. Yang jadi masalah buat mak-mak ialah buat kulit durian crepe yang nipis.
Kalau tak kena gaya, crepe tu atau kulitnya akan jadi macam kuih ketayap atau lempeng tebal. Tak sedap nanti bila dimakan dengan filling kastard durian tu.
Ini cara nak hasilkan kulit yang nipis. Resepi perkongsian Tahrunnisah Jali ini terbaik untuk dicuba.
“Resepi Durian Crepe versi tahrunnisah Jali ini untuk mereka yang baru nak berjinak dalam membuat Durian Crepe dan memudahkan rakan-rakan mempelajarinya.”
Bahan-bahan Untuk Kulit/Crepe
(akan hasilkan 18 – 20 keping crepe)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
Sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210 ml)
1/2 cawan susu segar (130 ml)
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning @ jenis serbuk isi sikit je ya
Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
Isi durian yang dihancurkan

Filling Whipping Cream
500 gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
6 Cara Dapatkan Kulit Durian Crepe Yang Nipis
1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu.
2. Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen
vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan
pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan je ya..kemudian tapis.
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan dengan minyak. (saya guna tisu paper).
4. Dah panas pan tu..angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.
5. Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi. Kemudian letak balik atas dapur (saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu. Just layang-layangkan /lenggangkan je sehingga memenuhi permukaan) kejap je letak atas dapur ya kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebab ia nipis mudah sangat masaknya.
6. Ulangi hingga habis. boleh ditindih-tindih kulitnya insya-Allah tak melekat

Cara Buat Filling Kastard + Durian
1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4 sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga
kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan
masukkan ke dalam piping bag. Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tak cair

Cara Buat Filling Whipping Cream
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500 gm whipping cream,
tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda
sudah manis abaikan gula icing tu.
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam
piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tak mencair.
Masa Untuk “Membantalkan Durian Crepe”
1. Sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dalam gambar), kemudian letak pula filling kastard + durian. Letak semula whipping atas kastard tadi.
2. Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.. haaa dah siap masukkan dalam freezer kejap.
3. Dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru keluar dari freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat) dan boleh dimakan. Jangan keras sangat kang tercabut gigi cari saya plak) Selamat Mencuba
Sumber/Foto/Video : Tahrunnisah Jali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tips Jimat Barang Basah, Bajet Rm150-RM200 Je Sebulan, Beli Borong Namun Kekal Segar!

Isi Kandungan
ToggleZaman ekonomi sekarang memang serba serbi kena lebih berjimat.Macam-macam cara mak-mak boleh jimatkan perbelanjaan barangan basah antaranya dengan pembelian secara borong di pasar berbanding beli secara harian. Namun perkara yang menjadi masalah bila barang basah yang dibeli secara borong atau dalam kuantiti yang banyak ni, jadi kurang segar dan tak berapa nak sedap bila dimasak nanti.
Menurut perkongsian Puan Fieya Badar, sebenarnya mak-mak boleh lebih jimatkan bajet barang basah dengan pembelian borong serta cara simpanan yang betul demi memastikan ia kekal segar dan rasanya tetap ‘manis’ setelah dimasak nanti.Malah peruntukan beliau hanya Rm150-RM200 je sebulan untuk 3 minggu dengan 5-6 orang satu rumah. Memang jimat!
Mak-mak boleh cedok tips yang beliau kongsikan ini.
“Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.Untuk barang basah kami peruntukkan rm150-rm200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.”
Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?
Meh nak ajar ye.
Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.
Daging
1. Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasor besar baru sekitar rm24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu. Balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis. 1 bekas aku hiris kuib. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha. Sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.
2.Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.
3.Nak masak. Keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatai pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih-bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jegung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.
Ikan
1.Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.
2.Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol ikan nyok-nyok. Ikan pari. Ikan patin.Kalau aku beli. Siang. Basuh. Then simpan tanpa bubuh air.
3.Ikan temenung. Ikan sardin. Ikan sebelah. Siang bersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.
Udang/sotong
1.Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.
2.Nak masak sama gak macam ku cakap kat atas tu hokeh.
Ayam/itik
Tak payah letak air. Kau basuh bersih-bersih. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.

Sekian.
Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki.
Nnt i up belah sayur lak.
Tip Ekstra!
- Yang bekerja kan. Malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.
- Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3jam lebih kalau sorang basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.
- Kami sopping kat pasar Bukit Mertajam. Setelah duk penang la. Dulu kat kl kami pegi pasar malam kampung pandan/pasar tani pun berlambak yang murah-murah. Kat perak kami pegi pasar kemunting.
Ha ikutlah. Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki.
3minggu makan ni 5-6 orang satu rumah.
Bajet 150-200
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!
Sumber: Fieya Badar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Nasi Lebih Cepat, Sihat & Cantik Berderai, Beras Biasa Pun Boleh!

Selalunya kalau masak nasi guna beras biasa mesti tak cantik berderai. Ada masanya terlebih lembik atau keras sebab sukatan air tak berapa nak betul. Tapi, kalau beras basmathi, elok je kejadiannya.
Jangan risau, mak-mak boleh saja nak pastikan nasi cantik berderai dan sihat dengan guna beras biasa. Rasanya lagi cepat masak kalau ikut perkongsian Kuih Noni Talam ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cantik Kejadian MASAK NASI Atas Dapur, Ikut TIP Dari Chef Korea!
Masak NASI Putih Lebih Sedap, Wangi, Elok Cantik Berderai, Letak 3 Bahan Ni
Nasi Cantik Berderai Guna Beras Biasa
Dalam perkongsian video tersebut, ditunjukkan cara masaknya.
Caranya:
1. Masukkan sukatan beras yang ingin dimasak.
2. Basuh beras seperti biasa sehingga air beras itu jadi jernih.
3. Selepas itu, masukkan air. Pastikan air banyak atau separuh periuk. Masak di atas api dapur.
4. Masak selama 5 minit atau sehingga beras itu kembang.
5. Bila dah kembang, matikan api dan tapis beras tersebut. Kemudian, masukkan semula ke dalam periuk nasi.
6. Selepas itu, masukkan air dengan paras beras saja. Jangan lebih.
7. Masak semula dalam periuk nasi lebih kurang 10 minit. Apabila masak, biarkan seketika lebih kurang 2-3 minit.
8. Hasilnya.

Mingguan Wanita : Biasa lepas basuh beras terus masak dalam periuk nasi. Kalau nak cepat mak-mak boleh cuba cara ini. Hasilnya pun cantik berderai.
Sumber: Kuali Noni Talam
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI