Coklat almond ball, bunyinya macam susah nak buat kan! Mesti banyak bahan yang diperlukan. Tapi, rasanya memang tak perlu cakap, sedap sangat.
Mungkin kalau nak beli kat kedai, hatrga coklat almond ball agak mahal, berbaloi dengan bahan yang digunakan. Tambahan pula, anak-anak memang suka makanan yang berasaskan coklat ni.
Rupanya, nak buat coklat almond ball ini tidaklah susah sangat. Asasnya adalah kek coklat. Manakala bahan untuk almond ball ini mengikut citarasa mak-mak.
Kali ini, Azlina Ina Fans berkongsi resipi untuk membuat coklat almond ball. Katanya, kalau nak sedap, maklumlah buat sendiri, bahan-bahannya tak perlulah sukatan pun. Makin banyak, makin sedap.
Resipi mudah ini boleh juga untuk buat jualan. Biasanya dijual dengan harga RM3 satu biji dan saiznya agak besar. Tapi kalau untuk makan sendiri, buat saiz kecil-kecil pun ok, dah comel. Paling penting, ia memang sedap.
1. Inilah hasilnya, letak atas tray dan sejukkan. Kalau nak masukkand dalam paper cup pun boleh dengan saiz 4.5 cm paper cup.
2. Ini resipinya:
KEK COKLAT – pakai blender
Ads
5 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovalate
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
Blender sebati.
Dalam bekas berlainan:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara-caranya:
a) Tuang bahan blender dalam bekas yang ada tepung tadi dan kacau sebati. Tambah air panas 1/2 cawan dan gaul rata.
b) Siap boleh kukus atau bakar. Jadikan kek coklat dan biarkan sejuk.
c) Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas dan pecah dan ramaskan sehingga kek hancur. Tambahkan badam nip yang dibakar dan coklat chips.
d) Tak ada sukatan dan tak kisah nak masuk berapa banyak. Kalau nak sedap masukkan lebih.
3. Cairkan 500gm marjerin.
4. Gaul kan coklat chips dan almond tadi. Tuangkan sedikit demi sedikit marjerin cair tadi sambil gaul. Cuba kepalkan dan bila ia tidak berderai, maknanya ia sudah menjadi.
Ads
5. Bulat-bulatkan dan lapik di atas baking paper.
6. Ganace boleh sediakan awal
500g coklat dark atau milk compound beryls
500ml whipping dairy
3 sudu besar marjerin
Cairkan dalam pengukus atau oven whisk. Sebatikan.
Bila sejuk, masukkan ball tadi.
7. Letak atas coklat rice dan golek-golekkan.
Ads
8. Siap. Mudah sangat . Pastikan coklat rice itu penuh dan menutupi semua coklat ball.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Sedap sangat ni. Puas hati kalau dapat buat sendiri.
Pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza atau nama sebenarnya Nur Dayana Binti Kamsun Baharin, 26 ini ada bakat pro bab bab masak memasak. Akhir-akhir ini Dayana rajin berkongsi masakan hasil air tangannya.
Bukan itu saja, dia juga berkongsi resepi cara membuat setiap lauk pauk yang dikongsikan dengan para peminatnya di instagram.
Punyalah rajin Dayana Roza ni, siap beri resepi lagi dekat follower instagramnya. Antara yang menarik perhatian tentulah resepi Dayana ni memang ‘syok’ sungguh dengan tambahan petai. Itu yang menambah selera kan.
“Umi takde so boleh la masak lauk ni. Sebab Umi tak makan sotong masak hitam ni. Petai saja tambah so ada la sayur. Sapa tak pernah try la.
“Buat pedas-pedas sikit memang sedap. Tapau sikit nak pergi fishing.” Kongsi Dayana Roza lagi.
Menu Lauk Pauk Hasil Air Tangan Dayana Roza
Sotong Masak Hitam Dan Petai
Sotong
Dakwat sotong 2
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia
Serai dititik
Asam keping
Petai
Gulai Tempoyak Udang Galah Dan Pucuk Ubi, Petai
Udang galah (hasil memancing)
Tempoyak
Bawang merah
Kunyit hidup
Cili padi
Santan
Daun kunyit
Serai
Pucuk ubi
Petai
Sambal Hijau Petai Ikan Bilis
Petai 4 tangkai
Ikan bilis goreng
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 5 ulas
Halia sikit gila ( blend dengan bawang )
*Untuk kurangkan bau petai kuat sangat kat sambal
Cili padi hijau yang tak pedas sangat tu agak-agak lah you nak pedas mcm mana.
I letak 25 cili (blend)
Caranya:
1. Tumis semua then masukkan asam keping 1, I suka tumis sambal lama so jadi lagi sedap.
2. Kalau kering masukkan air sikit, masuk bawang besar yang dah hiris (I guna sebiji) then garam gula ikut sesedap rasa baru masukkan petai & bilis.
3. Sikit je supaya ada rasa bilis tu. Yang lebih ikan bilis. I jenis asingkan supaya dia crunchy time makan dengan nasi panas-panas.
Sambal Tumis Ikan Kurau Style Orang Kampung
Jangan tanya mana ikan masin tu sebab dah tenggelam dalam sambal. Bawang lebih sebab sedap ratah manis-manis rasa bawang tu.
Comel Je Bila Sheila Rusly Tanya Gini
“Nak ganti mama buat Ketuk-ketuk Ramadan ke?”
Dan ada juga peminat Asam Pedas Untuk Dia masih ingatkan watak Anin Sofea malah request asam pedas dari Dayana Roza.
Yang rindukan lakonan Dayana Roza bolehlah layan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf terbitan JS Pictures Sdn Bhd pada bulan Ramadan nanti.
Nah, idea resepi bebola kentang kali ini daripada seorang lelaki yang suka memasak, saudaraFaizal Farrel Kadir. Cuma menggunakan bahan mudah, mak-mak boleh cuba sediakan petang nanti.
Sesuai buat yang jenis kurang gemar makan nasi, khasiat kentang pun sama bagusnya. Nak buat menu untuk anak di bulan Ramadan nanti pun OK.
Kata pemilik resepi ini, bebola kentang ini bukan anak-anak saja suka, malah orang dewasa pun boleh berebut sama.
Bahan:
Kentang
Daun Kucai
Maggi secukup rasa
Serbuk Kari
Tepung Jagung
Telur
Serbuk Roti
Garam
Cara Buat Bebola Ketang:
Kentang direbus bersama garam, bila dah empuk lenyek.
Kemudian letak garam, daun kucai, maggi cukup rasa, serbuk kari dan tepung jagung.
Bulatkan comel-comel dan celup telur, lepas tu golek dalam serbuk roti.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Haaa… dah siap dan boleh hidangkan.
Selamat mencuba mak-mak yang super busy!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je rupanya nak buat sos tomato sendiri yang bebas pengawet tiruan tapi rasanya sama macam beli di kedai. Hanya guna tiga bahan je iaitu tomato, gula dan cuka.Sos tomato ni biasanya dijadikan sos pencicah untuk anak-anak, rasa masam, manis dan pedas.Makanan untuk anak-anak ni eloklah mak-mak buat sendiri, lebih terjamin kebersihannya, bebas pewarna tiruan dan lebih menjimatkan.
Berikut resipi untuk buat sendiri sos tomato yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah sebagai rujukan mak-mak;
“Rasanya dah setahun tak beli sos tomato. Alhamdulillah boleh buat sendiri je sos tomato. Senang sangat. Guna 3 bahan je. Yang penting bebas dari aditif atau pengawet tiruan.”
Bahan-Bahan :
5-6 biji Tomato Masak Ranum
3 sudu besar Gula
3 sudu besar Cuka
1.Pilih tomato yang masak ranum macam merah mak ngah kau. ? Kemudian terjunkan tomato tadi dalam periuk berisi air sampai tenggelam.
2.Rebus tomato tadi sehingga pecah kulit. Lebih kurang 5 minit macam tu la.
3.Kemudian korang kupas kulit tomato yang terkeluar tadi.
4.Isi kan dalam blender mahal korang. Tak perlu masukkan air.
5.Kisar lebih kurang 3 minit pun dah cukup.
6.Tapis guna penapis santan untuk asingkan biji tomato dan masukkan terus ke dalam periuk. Kemudian masak sehingga sedikit pekat sebelum masukkan gula dan cuka. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
7.Tadaa. Lebih kurang 30 minit dah siap sos tomato kita. Anak-anak nak cicah ayam goreng boleh. Mak-mak pulak nak buat masak merah pun boleh.
Dah siap, sebijik rasa macam sos tomato dalam botol yang dekat kedai tu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...