Biasa kalau mak-mak nak cepat, mesti akan guna bancuhan tepung segera bila nak menggoreng pisang, keledek atau cempedak. Tapi hasilnya, kadang-kadang tidak seperti yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, ada juga mak-mak selesa menggunakan bancuhan tepung sendiri untuk menggoreng. Tepung yang digunakan pun mestilah sesuai untuk menggoreng.
Kadang-kadang, bila guna bancuhan tepung atau sendiri tidak sama seperti yang dijual di gerai. Ada yang serap minyak sampaikan habis setengah botol minyak. Tak kurang juga makanan yang nak digoreng itu jadi lebik dan sebagainya.
Salah satu makanan bergoreng yang dikatakan ‘harga kayangan’ tentulah cempedak. Maklum saja ada yang jual satu biji cempedak goreng dengan harga RMl. Adakah sebab bancuhan tepung yng lain dari lain, tidak serap minyak dan paling penting ranggup sampai ke petang.
Inilah yang membuatkan mak-mak ingin mengetahui rahsia apakah yang digunakan untuk pastikan bancuhan tepung menggoreng itu ‘menjadi’. Paling mudah, dapat masak sendiri di ruma, barulah puas hati.
Kali ini Zaky Mat Ali berkongsi cara mudah untuk membuat bansuhan tepung sendiri. Mak-mak kena ingat, tepung yang nak digunakan bukan semua boleh dibancuh. Begitu juga dengan tepung beras, ada banyak capnya dan kena sesuaikan dengan apa yang mak-mak nak masak.
Siapa suka cempedak goreng? Memang nikmat makan panas-panas lepas digoreng.
Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Dikongsikan resipi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
300 gram tepung beras 2 biji telur 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil kapur makan Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Caranya:
Campurkan ke semua bahan di atas. Pastikan adunan tidak terlalu cair sangat. Bolehlah masukkan pisang, ubi, keledek atau cempedak. Goreng dalam minyak yang panas.
Jenis Tepung Beras
Tepung Beras Gajah Seekor
Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Ads
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita, kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
Sesuai untuk buat laksa
Ini biji cempedak jangan dibuang. Boleh rebus letak sedikit garam.
Ads
Mingguan Wanita : kalau tepung segera tak kena dengan selera kita, boleh buat sendiri bancuhan tepung, baru puas hati.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jangan tak tahu, rupanya kulit limau yang kita buang begitu saja selama ini pun ada fungsinya. Pada kita, ia nampak biasa tapi berguna untuk tanaman kita.
Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, pasti tidak akan terlepas dengan serangan serangga pada pokok tanaman kesayangan. Tak tahu cara nak tangani, pokok pun boleh mati. Sedihnya, tak dapat nak makan hasil dari tanaman tersebut.
Kalau dah cuba pelbagai cara, apa kata cuba cara ini pula. Katanya, kulit limau boleh dijadikan pati untuk semburan pada pokok yang menjadi serangan serangga. Malah, ia juga boleh dijadikan nutrien pada pokok tanaman itu sendiri.
Jadi, lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Paling penting ia 100% organik. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Masukkan sedikit air, pastikan air masak sebab bila guna air klorin, ia kurang berkesan. Peram lama-lama dan bila sudah keluar pati, masukkan sedikit ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ni guna pati lain tak menjadi, boleh cuba guna kulit limau pula.
Kadang-kadang banyak cara dan bahan yang kita gunakan untuk halang serangga datang pada pokok tanaman kita. Tapi hanya bertahan seketika, lepas itu muncul balik.
Paling merisaukan, habis tanaman tak menjadi sebab serangan serangga terutamanya bena putih, belalang dan semua. Jadi cara terbaik dan mungkin boleh membantu untuk halang serangga, bolehlah gunakan cara ini.
Bukan mudah bagi peniaga untuk berkongsi resipi jualannya yang dibuat niaga.Namun Puan Norhaniza Kamaruddin ini, bermurah hati sudi berkongsi resipi Cucur Kucai Udang yang cukup laku jualannya.Kata peniaga ini, resipi ini cukup mudah untuk dibuat malah wanita ini menjualnya dengan harga RM1 untuk 4 ketul. Istimewanya, cucur ini menggunakan udang kertas yang mempunyai rasa lebih ‘manis’.
Berikut perkongsian resipi cucur kucai udang peniaga Norhaniza Kamaruddin sebagai panduan buat mak-mak yang nak mencuba sendiri buat di rumah.
“Cucur kucai udang laku keras.Saya jual RM1 4 ketoi.Resepi yang simple..Semua orang boleh buat.Saya halalkan resepi ini untuk kita semua.”
Bahan-Bahan:
1kg Tepung
1/2peket Ibu roti (Yis)
Garam secukup rasa
1 sudu Lada sulah
2 sudu Cili kisar
1 ikat Kucai
Taugeh RM1 cukup
Udang (Saya pakai udang kertas je, buang kepala dan ekor)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan kecuali kucai dengan udang.
2.Agak-agak dah tak berketul.. jangan lembik sangat, jangan padat sangat.. nanti keras kejung pulok bila goreng. Selepas tu baru letak kucai dengan udang.
3.Gaul sebati, biarkan dalam setengah jam baru goreng.
4.Pasti kan minyak betul-betul panas.Biar garing-garing sikit..Baru sedap makan.
Tips Ektra!
Bancuhan jangan cair sangat.Biar sedang-sedang..bila pegang hujung jari, jatuh cantik je dalam kuali jadi bulat-bulat bentuknya.
Selamat Mencuba! Inshaallah jadi
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat jualan niaga.Semoga bertambah murah rezeki. Buat mak-mak yang nak buat cucur kucai udang kertas tu, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Makan panas-panas cicah dengan sos cili atau mayonis memang sedap!.