Setiap negeri terkenal dengan masakan ‘trademark’ masing-masing. Bagi negeri Kelantan sudah tentulah lauk singgang, nasi kerabu, ayam percik dan sebagainya. Boleh dikatakan siapa yang datang ke negeri Kelantan akan mencari masakan unik yang tidak ada di negeri lain.

Tidak dinafikan, ada sesetengah orang kurang gemar dan selebihnya akan mencari makanan ini. Bagi yang memang suka dengan masakan Kelate ini, siap ambil resipi untuk dibuat di rumah pula.

Bagi yang tidak biasa, ia nampak susah terutamanya dalam masakan singgang ini. Sebenarnya, bahan untuk menyediakannya cukup ringkas. Paling penting nak bagi sedap kena ada budu. Rasanya kalau yang tidak gemar budu boleh sahaja tidak masukkan. Bergantung kepada citarasa masing-masing.

Malah, singgang ini bukan sahaja boleh gunakan ayam tetapi yang sinonim tentulah ikan tongkol dan daging. Kali ini, Myra Edora berkongsi resipi cukup mudah dengan masakan singgang ayam. Katanya, bagi memastikan masakan itu sedap dan umpphh, kena lebihkan bawang merah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Solok Lada Kelate, Gandingan Wajib Ada Dalam Nasi Kerabu

Resipi Sambal Nasi Kerabu Sedap Dan Tahan Lama, Rupanya Inilah Rahsia Penjual

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Singgang Ayam

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Rempah ketumbar
Cili kering
Cili padi
Asam keping
Garam
Gula
Budu

Pesanan: Bagi setiap masakan ini, kena lebihkan bawang merah daripada bawang putih. Ini untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan.

Ads

Caranya cukup mudah, hanya campak-campak. Mudah, senang, cepat dan pasti sedap.

1. Ini bahan-bahan yang disebutkan tadi. Serai dan ketumbar tumbuk ye.

Resipi Mudah Ayam Singgang Kelate, Bubuh BUDU Dan Lebihkan Bawang Merah, Baru SEDAP

2. Wajib letak budu.

Resipi Mudah Ayam Singgang Kelate, Bubuh BUDU Dan Lebihkan Bawang Merah, Baru SEDAP

Ads

3. Masukkan semua bahan tadi

Resipi Mudah Ayam Singgang Kelate, Bubuh BUDU Dan Lebihkan Bawang Merah, Baru SEDAP

Resipi Mudah Ayam Singgang Kelate, Bubuh BUDU Dan Lebihkan Bawang Merah, Baru SEDAP

5.Gaul rata sehingga kelihatan seperti ini.

Resipi Mudah Ayam Singgang Kelate, Bubuh BUDU Dan Lebihkan Bawang Merah, Baru SEDAP

Ads

6. Letak budu, garam gula sekali dan gaul sekali lagi.

Resipi Mudah Ayam Singgang Kelate, Bubuh BUDU Dan Lebihkan Bawang Merah, Baru SEDAP

7. Bila dah mendidih, siap untuk dihidangkan. SEDAP, CEPAT DAN MUDAH.

Resipi Mudah Ayam Singgang Kelate, Bubuh BUDU Dan Lebihkan Bawang Merah, Baru SEDAP

MW: Rasanya setiap masakan negeri Kelantan memang ringkas tapi kalau makan memang bertambah-tambah.

Sumber: Myra Edora

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI