Memang menarik resipi Mee Kuning ‘Home-made’ yang dikongsikan ini. Untuk satu adunan boleh dapat sekilo lebih mee kuning. Memang jimat, malah pastinya lebih bersih dan terjamin halalnya.Paling penting tanpa pewarna tiruan dan bahan pengawet. Nak buat mee goreng terus pun mudah.

Boleh cuba resipi Mee Kuning Home-made seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummu Ashraf ini.

Buat mee goreng daging dari mee kuning home-made untuk salah satu item menu open house, Alhamdulillah. Saya tak beli mesin pasta siap uli tu. Masih guna mesin pasta penggelek “Old School”. Untuk jamuan ni, saya buat 3 adunan atau 1.5kg tepung.

Resepi mee kuning:

Bahan-Bahan:

500 gm tepung high protein
1 sudu teh garam
Campurkan 1 biji telur + 1 lagi putih telur dan air untuk dapatkan 220 ml cecair.

Cara Membuat:

1.Uli semua hingga rasa macam baldu adunan tu dan tak melekat di tangan. Rehat kan 1 jam.
2.Canai.
3.Potong.

Resipi MEE KUNING ‘Home-made’, Satu Adunan Boleh Dapat Sekilo Lebih!4.Rebus dalam air mendidih dengan garam dan sedikit minyak.
5.Bila timbul, angkat dan masukkan dalam air berais. Toskan.
6.Gaul dengan sedikit minyak agar tidak melekat.

Resipi MEE KUNING ‘Home-made’, Satu Adunan Boleh Dapat Sekilo Lebih!

Info Ekstra!

** Biasanya, 500 gm tepung dapat hasilkan sekilo lebih sikit mee kuning.
** mee kuning ni kalau letak dalam bekas bersih dan kedap udara dalam fridge, boleh tahan 4 atau 5 hari.
** kenipisan mee tu saya gelek hingga nombor 4 pada mesin pasta saya.

Ads

Resipi MEE KUNING ‘Home-made’, Satu Adunan Boleh Dapat Sekilo Lebih!

Siap, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Resipi Mee Goreng Basah Kuah Melekit-Lekit, Perah Limau Nipis Rasa Lebih UMMMPHHH!

Ads

Baca Lagi Di Sini:ROJAK MEE Hasil Tunjuk Ajar Arwah Mak, Nak Makan Buat Je Sendiri

Artikel Menarik:Buat Mee Sendiri Cara Manual, Canai Nipis Lipat Doh Mudahkan Potong

Mingguan Wanita:Menariknya, boleh buat mee kuning home-made di rumah. Memang menjimatkan, satu adunan boleh dapat sekilo lebih malah lebih yakin halal dan bersih pembuatannya.

Ads

Sumber: Ummu Ashraf

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Macam ni caranya nak buat Laksa Johor sedap!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI