Mee goreng memanh hidangan yang tak jemu dimakan. Apatah lagi jika buat mee goreng basah dan sedikit berkuah yang melekit-lekit memang lagi sedap. Rupanya nak jadikan rasanya lebih ummphh kena perah sedikit limau nipis sebelum tutup api.
Ini tip dan resipi yang dikongsikan sendiri oleh Puan Hashimah sebagai panduan mak-mak yang nak cuba buat Mee goreng basah di rumah.
Menu wajib kalau suami Shima ada kat rumah. Dia memang suka sangat makan mee goreng basah terutama kalau kuah tu agak banyak dan melekit-lekit.
Mee Goreng Basah Kuah Melekit-lekit Kesukaan Keluarga Kecilku
Portion 3 orang dewasa
Bumbu asas:
1 Bawang merah besar
3 biji bawang putih
2 sudu makan cili kisar(boleh lebihkan)
5 sudu makan cili sos
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung(bancuh dgn air setengah gelas)
Tomato setengah biji potong dadu
Optional bahan (terpulang dengan bahan apa yang ada)
Udang
1 batang Sosej
4 biji Fishball
1 batang Fishcake
2 biji Tauhu kering
Setengah biji Tomato hiris
1 biji Cili merah hiris
Lobak hiris panjang setengah batang
Cara Membuat:
1. Tumis bawang yang sudah ditumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya.
2. Masukkan pulak tomato, tumis hingga layu dan hancur.
Ads
3. Masukkan pula udang dan bahan rencah lain seperti fishball, fishcake dan sosej.
4.Masukkan semua sos, gaul-gaul dan masukkan semua bahan sampingan kecuali mee, sayur berdaun, apa-apa sahaja yang cepat layu.
5. Masukkan 2 gelas air.
Ads
6. Masukkan pula bancuhan tepung jagung tadi.
7. Perasakan gula garam. Siap untuk kuah.
Tip Ekstra!
* Bila semua orang dah ready nak makan, siap berak, siap mandi, wangi-wangi, baru ceduk kuah dalam kuali dan masukkan mee dan sayuran hijau. Panaskan, hingga sebati mee dengan kuah. Sedia untuk dihidang.
Ads
* Untuk semua jenis mee, saya suka tomato ditumis dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar digaul mesra bersama mee dan sayuran lain.
* Sebelum terlupa, ni jugak adalah trick saya dalam penyediaan mee goreng basah. Sebelum tutup api, saya akan perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mee. Jangan risau, rasa masam tu tak rasa sangat pun, cuma kuah akan rasa lebih UMMMPHHH!! Cubalah.
MW: Memang menarik resipi mee goreng basah yang dikongsikan ini. Nampak sangat sedap, kuahnya melekit-lekit dan cukup membuka selera. Boleh cuba buat sendiri di rumah.
Pucuk Ubi Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi.Namun pucuk ubi boleh juga digoreng rangup. Memang crunchy dan sedap lebih-lebih lagi dinikmati dengan nasi panas. Bagi yang mengikuti Instagram Dato Rizalman Ibrahim, Pereka Fesyen terkenal ini sering kongsikan resepi-resipi menarik sebagai rujukan buat para followernya. Pucuk Ubi Goreng antara resipi yang dikongsikannya baru-baru ini.
Puan Siti Elliza Anisada kongsikan resipi Pucuk Ubi Goreng resipi Rizalman ini.
Tengok Rizalman buat. Kami pun nak buat jugak.. Sedap oii makan dengan nasi panas-panas.Resepi ada dekar gambaq.Selamat mencuba
Bahan-Bahan:
Pucuk Ubi
2 biji Bawang besaq (hiris)
Cabai kering kami rebus, keringkan, blender kering bagi kasar-kasar sikit
Belacan
Asam keping
Kurau masin, goreng, blender kering.
Ikan bilis
Cara Membuat:
1. Pucuk ubi, basuh dan lap sehelai-sehelai daun tu. Ni part paling malas. Separuh kami lap sehelai-sehelai, separuh kami jemoq bagi kering.Tak perlu rebus pucuk ubi tersebut, kalau tidak tak crunchy.
3.Kemudian goreng pucuk ubi dalam minyak yang banyak, sekejap je. Bila dah berubah warna angkat, kalau tidak takut pahit. Pucuk ubi lepas goreng, wangi pucuk ubi time goreng.
4.Guna minyak yang sama, dari awai sampai habis masak (guna minyak banyak).Goreng ikan bilis, angkat.
5.Goreng bawang sampai garing, masukkan cabai kering, asam keping dan balacan masak lama sikit sampai cabai tue garing.
6.Dah garing cabai and bawang, masukkan ikan kurau and ikan bilis. Perasakan gula, garam, msg.
8.Dah cukup rasa, tutup api gaul pucuk ubi yang dah goreng tadi.
9.Lepas kami gaul sebati, kami angkat tapis, bagi minyak turun, sebab kami buat ni pakai minyak banyak.
MW:Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi pucuk ubi crunchy yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan dengan nasi panas.
Pati Kurma Homemade Amoijamu ini alternatif terbaik menggantikan air rebusan kurma. Sebabnya jenis pati ini buat sekali, tahannya sampai sebulan jika disimpan dalam peti ais. Kelebihan yang mak-mak kena tahu, mujarab untuk mak-mak yang nak tambah darah, buang angin lesu dalam badan dan tambahkan susu masa berpantang.
“Kebanyakkan orang akan mengenali resepi ini sebagai resipi penambah susu waktu berpantang dikalangan masyarakat melayu. Namun resipi ini telah lama diamalkan oleh kaum cina sejak zaman dahulu kala.” Kongsi Amanda Tan yang lebih dikenali dengan nama Amoijamu.
“Hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara mengolah resepi ini menjadi sebagai pati supaya senang diamalkan jika kekurangan masa untuk merebus.”
Cara penyediaan agak mengambil masa pada permulaannya tetapi setelah selesai anda akan dapati cara ini sangat senang kerana anda boleh menikmati minuman ini bila-bila masa sahaja dan tidak perlu tunggu atau jaga api setiap kali ingin menikmatinya.
Bahan-bahan Pati Kurma Homemade Amoijamu
250 gram Kurma Cina kering
150 gram Longan kering
150 gram Goji Berri kering
100 gram Halia Tua
50 gram Jaggery* atau Gula Melaka
*Jaggery adalah serupa Gula Melaka tetapi diimport dari India.
Cara Penyediaan
Sediakan bahan bahan yang diperlukan.
Cuci semua bahan bersih kecuali halia dan gula. Belah kurma cina kering dan keluarkan bijinya.
Rendam kurma cina, goji berri dan longan kering secara berasingan selama 12 jam. Biar lembut.
Cuci halia bersih dan hiriskan halus supaya senang diblenderkan. Tapiskan air dari bahan rendaman. Jangan buang air tersebut. Masukkan bahan rendaman, hirisan halia dan sedikit air rendaman supaya senang diblenderkan. Air ikut keperluan.
Blenderkan kesemua bahan bahan supaya menjadi pes yang pekat tapi senang dituang.
Tuang pes ke dalam periuk tanah. Saya guna slow cooker. Masukkan Jaggery atau Gula Melaka ke dalam pes. Kebetulan saya ada Jaggery. Tiada Jaggery tak apa. Boleh aje pakai Gula Melaka, Gula Perang atau Gula Kabung. Ikut rasa masing-masing.
Masak sehingga pes betul betul jadi hitam, pekat dan agak kering. Bila sudah pekat dan capai tekstur yang diingini, sudu pun boleh berdiri tegak.
Bila dah siap, masukkan ke dalam balang kaca yang kedap udara. Boleh simpan dalam suhu bilik 1 minggu atau peti sejuk 1 bulan. Carilah balang yang cantik supaya nak bancuh pun semangat sedikit kan.
Bila nak bancuh , ambil 2 sukat sudu teh kecil kepada 1 cawan air panas. Minum panas panas atau sejuk boleh tambah ais.
**Minum panas-panas sesuai untuk ibu bersalin dalam waktu berpantang, badan yang banyak angin, mengalami masalah pencernaan/ penghadaman, mereka yang kekurangan sel darah merah / anemia, susah tidur, orang yang selalu keletihan dan mengalami tekanan.
**Oleh kerana ia mempunyai gula, ia tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis.
Khasiat Pati Kurma Homemade Amoijamu
√ Sangat bagus untuk meningkatkan sel sel darah merah.
√ Ciri ciri antioksidan yang mampu awet muda
√ Melancarkan perjalanan darah.
√ Mengekalkan fungsi hati.
√ Memulihkan tenaga
√ Memperbaiki kualiti penglihatan.
√ Meningkatkan sistem imun badan.
√ Agen pembina darah merah.
√ Menguatkan otot dan tulang.
√ Membantu sistem penghadaman.
√ Membantu memperbanyakkan susu ibu.
Taaaraaa… Sudah siap. Semoga bermanfaat kepada mereka yang di luar sana. Yang penting kena istiqomah mengamalkannya.
Nota Wajib Baca:
Di atas adalah perkongsian Pati Kurma yang saya sendiri amalkan buat beberapa bulan ini. Efeknya bagus. Sebab tu saya kongsikan.
Tukang Masak Kongsi Resipi AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’! Ada caranya untuk memasak ayam berlado yang sangat sedap, tak keras malah kekal ‘juicy’. Rupanya kena rebus sekejap sebelum digoreng. Ini tip yang dikongsikan oleh tukang masak yang juga peniaga makanan nasi campur sendiri.
Cuba resipi Ayam Berlado daripada Tukang Masak Yayar B. Awang Noh ini. Menu masakan yang selalu dibuat niaga.
Takde idea nak masak apa hari ini? Dah tak lalu nak makan daging, jom yayar kongsikan resipi Ayam Berlado super sedap.
Bahan-Bahan:
10 ketul ayam (direbus sekejap)
Bawang putih (kisar)
serbuk kunyit
garam
Segenggam Cili Api
Cili Besar
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Rebus ayam sekejap.Selepas rebus kisarkan bawang putih bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Gaulkan pada ayam kita yang telah rebus tadi, perap seketika.
3. Dah setengah jam boleh goreng sekejap ayam tadi. Jadinya ayam takkan keras malah akan juicy tetapi tetap masak kerana kita dah rebus ayam tadi.
4. Kisarkan cili api dicampur bersama cili besar, bawang besar dan bawang putih. Kisar manja-manja je.
5. Masukkan dalam kuali dan didihkan biar berkurangan air dalam cili kita tadi.
6. Bila air dah separuh kering, masukkan minyak masak. Boleh guna minyak yang kita buat goreng ayam tadi.
7. Masukkan serai serta daun limau purut.
8. Kacau dan boleh perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalau guna)
9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan siap!
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak buat ayam berlado ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan rebus ayam sekejap barulah digoreng. Barulah ayam tak keras atau kering dan kekal ‘juicy’.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...