Jika selalu mak-mak masak nasi putih berlauk sahaja, sesekali bila ada hari-hari istimewa boleh buat masak sendiri set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis yang sangat sedap ni. Memang berbaloi dan puas hati makan. Tak lah dapat makan Nasi Minyak waktu kenduri je.
Boleh cuba set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis resipi perkongsian Puan Nurul Ateekah ini;
Nasi Minyak ramai orang suka makan tiap kali kenduri, mesti rindukan nak makan nasi minyak. Malah,sekarang musim PKP, kenduri pula perlu ditangguhkan. Yang teringin nak makan nasi minyak, boleh lah cuba masak di rumah. Saya sertakan Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!
1.Nasi Minyak
Bahan-Bahan:
5 pot Beras Basmati
1 cawan Susu Cair
5 biji Bawang merah (dihiris halus)
3 biji Bawang putih (dihiris halus)
2cm Halia dihiris/atau ditumbuk
1 batang Serai (dikatok)
1 biji Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
1 batang kecil Kayu Manis
3 biji Bunga cengkih
2@3 sudu besar Minyak sapi
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (hujung sudu)
Garam dan serbuk perasa (agak-agak)
Cara Membuat:
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan.
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air atau ( air rebusan daging).
2.Tumiskan bahan-bahan nih sehingga Naik bau..haaa..Yang warna putih Tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing.memgeluarkan minyaknya)lemak beku Tu la…(macam minyak sapi Tu).
3.Masukkan ,kayu Manis,buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang,bawang putih,bawang merah,serai,halia.Tumis sehingga keperangan dan masukkan kunyit 1 sudu kecil.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan seketika.
5. Masukkan pula susu cair dan kacau sebati.
Ads
6. Masukkan air 5 pot beras= 5 kali x 1¼ cawan air atau ( air rebusan daging).
7.Lubangkan 4 tempat dan masukkan.pewarna kuning telur..tunggu 10 minit, gemburkan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.
*Siap. Taburkan bawang goreng,daun ketumbar dan kismis (jika suka).
Ads
2.Daging Masak Hitam
Bahan-Bahan:
1 kg daging (direbus sehingga empuk)
4@5 sudu besar Kacang peas dalam tin (jika suka)
Kismis
1 kotak @ 4 sudu besar kismis
½ botol kecil kicap Manis (saya guna cap kipas udang)
1 batang serai dikatok
2 batang Daun kari
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
3 sudu besar Gula pasir@gula Melaka
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
4 senduk Air rebusan daging
Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai,bawang yang dihiris, bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
2.Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk sup.(masak seketika).
4.Masukkan air asam jawa 1 sudu besar.
5.Masukkan kicap Manis, air rebusan daging dan masukkan sekali daging yang telah direbus.
6.Masukkan kismis,kacang peas dan biarkan agak sedikit kering.Kalau suka berkuah pun tak pe)
7.Perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam dan serbuk perasa. Siap dihidang.
*Kuah masak hitam NIH saya selalu masak sehari sebelum nak makan. Esok tu saya panaskan semula. Rasa kuah hitam ni melekat sampai dalam daging dan tulang.
Ads
*Air rebusan daging kambing atau lembu jangan dibuang, buat untuk masak nasi minyak bertambah sedap nasi minyak nanti. Tak pun boleh simpan untuk buat sup.
Acar Timun Bertumis
Bahan-Bahan:
1 biji Timun (dipotong panjang)
1 biji Lobak merah (dipotong panjang)
15 biji Bawang kecil
15 biji Bawang putih
2 cm Halia dihiris halus-halus
1 sudu besar Biji sawi
3 sudu besar Cili kisar
1 sudu besar Rempah Kari ikan
1 sudu besar Gula melaka
1 sudu besar Gula putih
2 sudu besar Kismis
2 sudu besar cuka
Garam
Serbuk perasa
1 batang Daun kari
3 sudu besar Minyak masak
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak masak, masukkan biji sawi dan daun kari.
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk kari dan masak seketika.
4.Masukkan,halia,bawang kecil dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan).
5.Apabila sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa dan kismis.
6.Masukkan lobak merah dan timun, masak lembut sehingga masak.
*Acar Timun Bertumis ini juga sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur atau ikut yang disukai.
MW:Menarik juga resipi lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis SEDAP ni. Sesekali tukar selera keluarga dan sesuai buat untuk hari-hari yang istimewa.
Ikan Pais memang sedap di makan dengan nasi putih begitu sahaja.Apatah lagi ikannya diperap dan dibakar dalam balutan daun kunyit mahupun daun pisang, semerbak aromanya meresap ke dalam ikan.
Rupanya mudah je nak buat Pais Ikan Kembung ni. Boleh Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Suhadah Sanusiini.
Resepi Pais Ikan. Bahan agak-agak je, ikut jumlah ikan. Ikan banyak lebihkan bahan ye.Ni untuk 12 ekor ikan kembung comel loteh.
Bahan-Bahan:
*6 ulas bawang merah kecil
*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2 inci kunyit hidup (boleh pakai serbuk)
*5 biji cili padi merah (ikut suka nak pedas tambah lagi)
*1 sudu besar asam jawa (saya pakai yang adabi)
*sedikit garam & perasa
Bahan (*) semua dikisar halus air sedikit sahaja ye.
Daun kunyit dimayang halus
Bunga kantan dimayang halus (takde pun takpe, kalau ade lagi sedap)
Cara Membuat:
1. Ikan disiang dan dibersihkan.
2. Sumbat dan perap ikan dalam 1-2jam, saya balut sesiap guna daun pisang sebab nak aroma yang sedap.
3. Bakar dalam air fryer suhu 180° 10 minit setiap bahagian atau bakar dalam magic pan pon boleh. Ikut suka nak kukus pon boleh tapi lagi sedap bakar.
Selamat mencuba.
*Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
MW: Teringin nak makan Pais Ikan, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Agak mudah nak buat dan bahan-bahan pun yang kita biasa guna dan ada di di dapur.
Jika mak-mak sedang mencari menu ringkas, sedap dan mudah disedikan untuk potluck sekolah anak, boleh cuba buat Jagung Manis home made ini. Bukan apa, adakalanya buntu mak-mak nak sediakan menu yang anak-anak suka makan di sekolah. Lagi pula sekarang ni tengah musim anak-anak ada jamuan di sekolah.
Boleh ‘tiru’ idea yang dikongsikan oleh Puan Zizah Mizieuntuk jamuan sekolah anak nanti.
Minggu lepas lagi bujang bongsu cakap arini ustazah nak buat jamuan kat KAFA. Ustazah suruh bawak makanan. Rutin setiap tahun mak fenin nak bagi apa untuk anak-anak.
Kebetulan semalam gi beli lauk sambil mikir apa nak buat untuk jamuan kelas si anak arini,pusing punya pusing zemart bahagian frozen terpandang jagung. Idea.Proses pun tak remeh, sambil masak sambil kukus jagung.taraaa!!!dah siap.
Harap kawan sekelas anak bongsu bujang anak ni suka makan jagung manis home made mak ni.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedapnya Sardin Gulung Rangup Crunchy ni. Sesuai dibuat bekal sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah atau menu minum petang untuk keluarga. Caranya cukup mudah.Paling penting mak-mak boleh buat banyak-banyak, kemudian simpan sejuk beku atau frozenkan. Jadi bila-bila nak makan, tinggal goreng je.
Boleh cuba resipi Sardin Gulung Rangup Crunchy yang dibuat jual oleh Puan Noraslinda Md Radzhi sebagai rujukan;
“Buat nak hantar dekat kedai kawan.Baca mesej baru kejap ni.Kawan bagitau dia cuti. Kawan mesej malam tadi. Saya tak baca sebab tido awal. Inti dah siap, lepas subuh dah masak.Takpe, teruskan buat frozenkan. Esok pagi hantar kat kedai lain.Alhamdulillah.. Allah bukakan rezeki di tempat lain.”
SARDIN GULUNG RANGUP@CRUNCY
Bahan-Bahan:
7 biji cili api (dihiris) Kalau nak pedas lebihkan ye
1/2 batang Cili besar merah (dihiris)
1 biji Bawang besar saiz sederhana dan 3 ulas bawang putih (dihiris dan dicincang)
Sardin tin besar
1 biji Limau kasturi
Gula dan garam
Bawang besar dihiris (Untuk dicampur bila inti dah nak hampir masak)
Cara Membuat (Inti):
1. Tumis semua bahan yang dah dihiris cincang tadi hingga naik bau.
2. Masukkan isi sardin sekali dengan sosnya.
3. Kacau, hancur-hancurkan ikan tu.
4. Masukkan hirisan bawang besar.
5. Masukkan jus limau kasturi, gula dan garam secukupnya.
6. Kacau-kacau kejap.. Inti dah kering.. siap!
7. Kemudian, Roti digelek, buang tepi kelilingnya. Tak nak buang pun boleh.
8. Letak inti dan gulung.
9. Hujung roti lekat dengan bancuhan tepung gandum, bahagian tepinya tekan dengan penggelek tart.
10. Roti celup dalam telur kemudian salut dengan serbuk roti.
Siap.. boleh di frozenkan!
Info Ekstra!
*Kalau dah siap masak, minyaknya banyak, di tapis ye. Tadi akak tumis tak guna minyak banyak, jadi akak tak tapis.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...