Masih dalam mood raya, buat mak-mak yang nak buat kuah kacang makan dengan nasi impit atau ketupat untuk tetamu yang datang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Hanie Rosly ini.
Ada macam-macam resipi untuk memasak kuah kacang, namun menurut Hanie, kuah kacang original sangat simple dan hanya menggunakan 4 bahan je.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Nak share resepi kuah kacang simple.Resepi kuah kacang original ada 4 bahan je. Senaaang sangat nak buat, tapi kite sendiri buat bertahun- tahun baru menjadi. Sebab apa? Sebab tak ikut tips utama, lebihkan minyak sikit.”
“Masa kita kekecik dulu arwah tuk kita jual sate, ini la resepi kuah kacang nye.”
Simpan sini, esok senang nak refer.
Ads
Bahan-Bahan:
500gm Kacang Tanah
Minyak Masak
2 biji bawang besar (Dihiris halus)
Cili Boh/Cili Kisar
Cara Membuat:
1. Kacang tanah dah siap bersih kulit 500gm goreng tanpa minyak. Jangan sampai hangus tau, kacaaaau je sampai warna coklat-coklat sikit.
2. Selepas itu, blend kan dengan air. Kalau suka krup krap krup tu, jangan blend sampai halus, boleh tinggal sikit kacang besar-besar lepas tu letak tepi dulu.
3. Gorengkan bawang besar 2 biji yang dah dihiris halus dalam minyak yang lebiiiih skit.Jangan lebih banyak-banyak sangat sebab nanti kacang pun akan keluarkan minyak.Asal terendam kacang yang kita blend tu dah ok.
4. Bila bawang dah garing, masukkan cili boh sikit.Kalau cili tu pedas gilaaaaa masuk la sikit. Kalau cili tu tak berapa pedas, letak la 2 sudu besar ke. Cantik warna cili tu nanti, seri la sikit kuah kacang kite.
5. Lepas cili dah pecah minyak, masuklah kacang yang kita dah blend dengan air tu. Lepas tu kacau je jangan sampai berkerak kat bawah. Kalau pekat sangat tambah je air mengikut kepekatan yang kita suka.Jangan cair sangat tak sedap.
6. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Siapppp!
Ads
Info Ekstra!
Macam mana nak tau masak ke tak? Rasa je..kalau ada rasa kacang mentah tu, belum masak laaa jawabnye. Masak lama-lama sikit pun tak ape, tambah je air supaya tak pekat sangat.Lepas tu… Call encik asben suh beli roti… makan dengan roti.
Ads
Senang kan? Ada kacang, bawang, cili boh, garam gula, jadilaaa kuah kacang made in Kajang with loveee.
Semoga bermanfaat!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat resipi kuah kacang ni. Senang sangat guna 4 bahan je. Sedap di makan dengan nasi impit, sate dan ketupat.
Sumber: Hanie Rosly
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cekodok Pisang antara resipi yang mudah disediakan untuk hidangan minum petang. Namun walaupun mudah nak buat, jika sukatannya salah, adunannya akan jadi keras sebab terlebih tepung mahupun terlembik dan berminyak-minyak. Cekodok pisang yang sedap mestilah manis rasa pisang, lembut, lembik dan sedikit garing pada kulitnya.
Jika selalu buat tak jadi, boleh cuba resipi, tip dan sukatan cekodok pisang yang dikongsikan oleh Selebriti Media Sosial dalam bidang masakan yang cukup terkenal, Yatie Kitchen ini. Gerenti jadi!
Bahan-Bahan:
1 cawan pisang berangan (dilenyek)
setengah cawan tepung gandum
3 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil tepung beras
secubit garam
Cara Membuat:
1. Kupas kulit pisang dan leyekkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.
3. Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunah sedikit demi sedikit menggunakan sudu atau tangan dan goreng dengan api sederhana.
4. Masak hingga keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.
MW: Semoga perkongsian resipi cekodok pisang ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut resipi mudah ni dan tau sukatan serta tipnya, memang gerenti cekodok pisang kita menjadi. Tak terlalu lembik dan berminyak, mahupun terkeras sebab terlebih tepung.
Kuih muih dan manisan tradisional tetap mempunyai tarikan tersendiri. Walau sudah pelbagai kuih muih moden yang ada, namun yang lama tetap memikat jiwa.
Jom cuba dua kuih tradisi ini iaitu Puli Ubi Kayu dan Tok Aji Serban (Pulut Sekaya). Menikmati kuih muih tradisi akan membuatkan kita mengimbau kembali zaman kecil dahulu.
KUIH PULI UBI KAYU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu – kisar dan perah airnya
150 gram sagu – rendam selama 5 minit
Sedikit pewarna hijau
Bahan Untuk Air Gula:
200 gram gula merah
200 gram gula pasir
150ml air
Bahan Salut:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu, pewarna hijau dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ubi kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
Bahan-Bahan A (Bahagian Bawah):
2 cawan beras pulut – bersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
Bahan Bahagian B (Atas):
3 biji telur
500ml santan pekat
150 gram gula merah
150 gram gula pasir
Bahan Lain:
Air untuk mengukus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bahagian pulut; masukkan bahan A iaitu beras pulut, bersama sedikit santan cair, dan secubit garam. Lebihkan santan anggaran ½ inci daripada paras pulut. Tanak menggunakan api perlahan hingga masak. Angkat.
Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan-tekan supaya padat. Ketepikan.
Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong. Sedia dihidangkan.
Aglio Olio merupakan hidangan pasta barat yang menjadi kegemaran ramai. Tapi untuk kelainan dan ada sentuhan cita rasa Melayu, boleh ubah suai resipi mengikut cita rasa tempatan. Bagi yang sukakan hidangan yang pedas menyengat, boleh cuba Aglio Olio Cili Padi ini.
Bahan pun tak banyak sangat. Yang penting, ia pasti membuka selera anda untuk menikmatinya. Selain itu, sekiranya untuk anak-anak yang masih kecil, tak perlu masukkan cili padi lah ye.
Mungkin ada tetamu yang akan berkunjung ke rumah nanti kerana kita kini dalam tempoh PKPP. Jadi, sesuai jika dimasak Aglio Olio ini ye.
Jom semak resipi di bawah.
Aglio Olio Cili Padi
Bahan-bahan untuk Aglio Olio:
500 gram spageti – rebus 100 gram salami daging – potong kecil 3 ulas bawang putih – racik halus 1 biji tomato – potong kiub ½ biji lada benggala hijau – potong kiub Sedikit brokoli – potong Sedikit cili padi – ketuk sedikit atau hiris Sedikit daun sup Sedikit serbuk lada hitam Sedikit lada sulah Sedikig garam Minyak zaitun
Cara Membuat:
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, masukkan hirisan bawang putih dan tumis hingga terbit bau. Setelah itu, masukkan pula cili padi. Kacau lagi.
Setelah itu, masukkan bahan-bahan lain seperti salami daging, lada benggala dan brokoli. Setelah daging masak, masukkan pula spageti yang telah direbus. Masukkan hirisan daun sup. Gaul sebati.
Perasakan dengan lada sulah, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul sebati. Akhir sekali, tutup api dan angkat.
Hidangkan di dalam mangkuk. Siap untuk dimakan. Sedapnya!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...