Resipi Kam Heong Lala ini memang sedap sungguh. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Memang berpeluh dek kerana kesedapannya itu. Tak percaya? Mesti cuba baru tau.
Ramai orang Melayu yang sukakan masakan Kam Heong ini. Tapi kalau nak menikmati masakan Kam Heong ini memang kena berkunjung ke restoran Cina Muslim. Kedai biasa memang tak ada ye.
Boleh cari di sini resipi Chinese Muslim
Masak Sendiri Resipi Ini Lebih jimat
Resipi yang dikongsikan oleh Nana Sabrina dari Singapura ini memang super yummy. Selain lala, boleh guna seafood lain atau juga ayam atau daging pun sedap. Terpulang pada anda nak guna bahan apa.
Resipi ini juga sedap untuk dijadikan shell out bersama keluarga. Rasanya yang tak terlalu pedas dan ada rasam manisnya, membuatkan anak-anak pasti menggemarinya. Bolehlah cuba masak sendiri di rumah untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam hujung minggu nanti. Tak perlu dah keluar makan di restoran. Jimat bajet. Di zaman sekarang ni memang kena pandai bajet. Yang boleh masak sendiri, elok masak sendiri di rumah. Puas makan dengan bajet terhad!
Selamat mencuba resipi Kam Heong Lala ni ye!
Boleh tengok di sini untuk banyak resipi Chinese food:
Nak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.
8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Santan memang banyak digunakan dalam masakan harian seperti kari, masak lemak, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Masakan menggunakan santan segar yang diperah boleh menyedapkan lagi rasanya berbanding jika gunakan santan segera yang didalam kotak.
Namun perkara yang sering menjadi masalah bagi santan segar ialah ia tak tahan lama dan mudah basi. Malah, jika di simpan di tempat beku didalam peti sejuk ia jadi berketul-ketul,cair dan mengakibatkan kuah pun jadi tak cantik.
Melalui perkongsian dari Radhiah Izzati, ada petua dan cara simpan santan yang tersendiri agar ia tahan lebih lama, tetap pekat dan kekal segar.
Menurut beliau, petua ini perolehi daripada seorang peniaga nasi lemak. Mak-mak bolehlah mencuba petua ini iya, jadi tak lah membazir kalau santan basi.
Caranya:
1.Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
2.Bungkuskan santan dengan helaian surat khabar tersebut.
3. Simpan di tempat beku dalam peti sejuk.
Hasilnya, kertas surat khabar dan santan tersebut membeku,tetapi santan kekal segar dan pekat selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah simpanan biasa yang terpisah kandungan santan di bawah, air di atas.
Kebiasaannya telur merupakan bahan utama untuk membuat apa juga jenis kek, termasuklah kek batik. Ia sesuai dihidangkan ketika buat rumah terbuka,jamuan makan-makan pot luck di pejabat, anak-anak pun gerenti mesti suka.Bagi yang alergik dengan telur jangan bimbang kerana tetap boleh menikmati kesedapan kek batik yang lembut, berlemak dan pekat dengan rasa koko dan coklat tanpa menggunakan telur sama sekali.
Mak-mak sebenarnya boleh ikut resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh Puan Mariya Abdul Rashid ini. Cukup mudah dan ringkas, guna 6 bahan je.
Berikut antara perkongsian resipi untuk buat Kek batik tanpa menggunakan telur:
“2 hari berturut-turut buat Kek Batik atas permintaan anak-anak. Semalam untuk jamuan sekolah..hari ni jamuan KAFA pulak. Ada 2 resepi kek batik. Satu letak telur dan satu lagi tanpa telur. Saya buat yang tanpa telur sebab dia mudah sangat.
Bahan-Bahan:
500g mentega
1 tin susu pekat
1 sudu besar esen vanila
4 sudu besar serbuk koko
400g Serbuk Milo
500g biskut Marie
Cara Membuat:
1.Cairkan mentega dalam kuali.
2.Tuang susu pekat dan 1 sudu besar esen vanila.
3.Tuangkan pula 1 paket serbuk Milo.
4.Tambah 4 sudu besar serbuk koko.
5.Kacau hingga bahan sebati.
6.Sementara ibu kacau sos, boleh mintak tolong anak-anak patahkan biskut marie.
7.Tuang biskut dan kacau sebati. Sedap pulak nampak. Time ni la ambik sekeping dan ngap. Nasib baik anak-anak tak nampak.
8.Lapik loyang 10 inci dengan plastik.
9.Tuang semua sekali ke dalam loyang.
10.Padatkan dan ratakan. Siap. Simpan 4,5 jam dalam peti sejuk.
11.Biasa saya susun biskut..1 layer sos, 1 layer biskut, 1 layer sos, 1 layer biskut dan seterusnya. Tapi pagi tadi buat seringkas dan secepat yang boleh sebab masih dalam pantang. Tak boleh berdiri lama-lama.
Info Ekstra!
Masa kita lapik loyang dengan plastik, pastikan plastik tu lebih besar dari loyang, baru senang nak tarik keluar.
Bila dah sejuk, tarik plastik lapik tu keluar, kemudian potong guna pisau tajam.
Cukup senang dan mudah nak buat kek batik ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk anak-anak dirumah.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...