Bagi sesetengah tempat seperti di kawasan Pantai Timur dan sebelah Utara, resipi Ikan Lengat atau Ikan rebus goreng meman cukup terkenal. Lauk legend yang rasanya cukup nikmat tak terkata, apatah lagi dimakan dengan nasi panas-panas. Nak buat lauk ni pun cukup mudah dan guna 3 bahan utama iaitu pes asam jawa, garam dan ikan.
Nak tahu lebih lanjut dan rasai kenikmatan Ikan Lengat ni, boleh cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Aishah Yapinisebagai rujukan;
Ni bukan masak apa tak jadi, tapi makan makin menjadi-jadi. PKP ni kita tambah kilo la noh. Ni nama dia Ikan Lengat Goreng. Ada yang pernah makan ka? Memang syurrrrrr.
Bahan-Bahan:
10 ekor Ikan Kembung
Segenggam Pes Asam Jawa
2 sudu makan Garam
Cara Membuat:
1. Siang ikan macam biasa. Kelar.
2. Ramas asam jawa dengan setengah cawan air. Masukkan garam. Garam kena boh banyak noh.
3. Masukkan ikan. Salut bagi kena semua.Lepas ramas dan gaul dengan air asam jawa rupa dia laguni nahh. Perap 30 minit. Lagi lama lagi sedap uii.
4. Masak atas api sederhana. Bila dah mendidih sikit tu terus tutup api.
5. Biar dia suam sat.
6. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar.
Ads
Ni bukan hangit nah. Rupa dia memang laguni. Ni boleh makan sampai tulang. Sebab tulang dia jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata..Lauk legend ni hampa aii
Ni lepas rebus guna api sederhana. Rebus sikit-sikit ja nah. Rebus muhong-muhong ja. Jangan lama, nanti dia lembik susah nak goreng. Takut hancoq.
Mingguan Wanita: Menarik resipi Ikan Lengat yang dikongsikan ni. Senang sangat nak buat, perap ikan dengan asam jawa dan goreng garing. Boleh cuba nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Resipi Rendang AYAM PENCEN Cili Hijau Sedap, Sukatan Untuk 5 Ekor!Musim raya ni kalau boleh macam-macam jenis rendang yang nak dicuba. Lagi-lagi untuk jamu tetamu bila buat rumah terbuka. Masak rendang guna ayam pencen lebih sedap, tak mudah hancur apatah lagi bila dimasak lama.
Boleh cuba resipi rendang ayam pencen cili hijau yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini.
Resepi Rendang Ayam Cili Hijau. Ni untuk Ayam Pencen 5 ekor
Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali.
Guna bahan-bahan dekat bawah ni:
(Bahan Kisar)
10 biji Bawang Besar
2 labu Bawang Putih
15 batang Serai
100g Lengkuas
150g Halia
6 biji Buah keras
2 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan putih
2 Sudu Besar Ketumbar
200g Kunyit hidup ( Nak lebihkan pun boleh)
300g Cili akar/Cili Padi
300g Cili Hijau
1 1/2kg Santan pekat
400g Kerisik
sebiji Gula Melaka
Garam, Aji dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan diatas terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi.
2. Buka api perlahan masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.
3. Lepas tu masukkan santan pekat, kerisik, Gula Melaka, Garam, Ajinomoto dan gula secukup rasa.
4. Kalau tak keluar minyak masukkan lah minyak masak supaya rendang tu nampak berminyak sikit.Papa guna santan kotak memang tak keluar minyak, jadi Papa tambah minyak kemudian.
5. Bila ayam dah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau-kacau dan tutup api.
Dah siap..
Papa masak dengan api perlahan selama 4 jam baru lembut.
Tak susah pun buat kek span tinggi tetapi kalau anda jenis suka derhaka pada resepi pasti hasilnya kelaut dan mungkin boleh jatuh walau dah biasa buat kek!
Sebab itulah kalau nak hasilkan kek span tinggi, anda kena ikut petua. Untuk tahu apa rahsianya, jom godek tip yang dikongsikan oleh wanita yang selalu buat kek, Puan Norrihan Ars…
Mula-mula Bismillah Kemudian:
1. Panaskan oven lama skit sebelum masak bancuhan.. supaya suhu oven panasnya sudah mesra elok.. takde masalah kiri panas kanan kurang dan sebagainya.
2. Pukul hingga kental.. lama tak apa tapi once dah masuk minyak kaup balik sekejap je.. cuba sekatakan dengan kaup balik 2-3x sahaja.. tapi jika tak sekata tak apa, biar saja.
3. Guna ovallate. Jangan tanya kalau tak nak guna boleh tukar dengan apa.. i is tak tahu.
4. Ovallate cari yang colour dia bersinar-sinar jangan yang kusam.. yang kusam tu buat kek tak mahu jadi.. sebab lama.
5. Ikut resepi betul-betul, jangan derhaka!
6. Sapu butter atau shortening pada loyang tepi dan bawah atau spray.. bawah lapik kertas.. tepi tak payah lapik, baru dia keluar mulus tak ada bersepai tepi-tepi. Ramai tak sapu.. sebab itu bila keluarkan dari loyang tepi-tepi tak licin jadi bersepai-sepai. Nak deko pun kena crumb coat dulu dah jadi lambat.. ni tak payah.
7. Lepas masak jangan biar sejuk dalam loyang.. kalau tak ianya akan mengecut.. lepas keluarkan dari loyang terus transfer atas jaring lepas tu terus letak atas cake board.. tak perlu tunggu sejuk.. kek akan jadi lebih moist sebab stim yang terhasil akan terperngkap dalam kek… beza klu kita sejukkn 100% atas jaring.
Ini cara yang kak Ann buat.. lain orang lain cara terpulang pada masing-masing. Moga bermanafaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.