Salah satu jenis sandwich yang mudah nak disediakan oleh mak-mak ialah sandwich telur mayonis.Ia sesuai disediakan baik untuk bekalan sarapan anak-anak waktu pagi mahupun untuk minum petang buat keluarga.Namun kerana berasaskan telur rebus dan mayonis membuatkan sandwich ini mudah muak.
Mak-mak boleh cuba resipi Sandwich Telur Mayonis oleh Puan Nur Laila Norharmimini. Menurut wanita ini, resipi tersebut telah diolah berpuluh kali untuk mendapatkan rasa yang sedap dan tak muak. Malah resipi yang sama ini juga digunakan untuk jualan sandwichnya.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Egg Mayo Sandwich (100% resepi jualan saya!) Lepas ni boleh buat je dari rumah. Mesti anak-anak teruja mak depa pandai buat sandwich sedap. Hihi.”
“Egg mayo saya bukan semata telur & mayo je tau. Berpuluh kali olah nak dapatkan rasa yang tak muak. (Sebenarnya saya tak suka egg mayo, tapi resepi ni buat saya suka dan makan dengan girangnya. Haha.)”
Bahan-Bahan:
5 biji telur rebus
5 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air perahan lemon/ limau kasturi
Timun jepun di dadu
1 sudu kecil lada hitam
Salad Romania
Tomato
Marjerin
Roti Potong
P/s: Pink tu garam bukit, dan perang tu gula perang. Rumah saya tak ada stok garam putih dan gula putih. Tak pernah beli pun sebenarnya. Boleh je guna mana-mana yang ada stok.
Ads
Cara Membuat:
1. Lenyek ikut suka ye. Tak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.
2. Campur je semua bahan tadi. Lemon tadi perah dulu ye.
Ads
3. Kacau rata.Tadaaa, dah siap.
4. Sapu marjerin pada roti, letak salad Romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.
Ads
5. Bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti dan potong kepada 4 bahagian.
6. Siap. Resepi ni boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
MW: Mudah je kan cara nak buat Sandwich Telur Mayonis ini. Anak-anak pun boleh je buatb sendiri di rumah. Paling penting ia sedap dan tak muak!
Keadaan sekarang ini sungguh mencabar dan setiap orang ada masalah yang tersendiri terutamanya dari segi kewangan. Lebih menyedihkan bila ada yang kehilangan pekerjaan, gaji dipotong dan sebagainya.
Pekerjaan yang sebelum ini mampu membuatkan setiap keluarga meneruskan hidup, kini segalanya sudah berubah dengan keadaan pandemik covid-29. Kewangan yang ada sudah tentu makin lama dan makin susut bagi menampung segala keperluan sepanjang PKP.
Bagi yang pernah bekerja dan masih bekerja dengan mana-mana agensi atau institusi tentunya boleh menarik nafas lega kerana dengan adanya duit moratorium ini mampu menampung sedikit sebanyak keperluan keluarga.
Sekurang-kurangnya dengan duit moratorium ini dapat ringankan beban. Gunalah dan susun kewangan kita dengan sebaiknya. Bukannya untuk membeli perkara-perkara yang tidak penting atau tidak perlu.
Bagi memanfaatkan duit moratorium yang diperolehi nanti, gunalah sebaiknya. Malah, boleh ikut cadangan pakar kewangan ini, Dr. Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya.
1. Buat simpanan Dana Kecemasan. Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan.
Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.
Jika masih ada gaji, guna duit gaji. Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Guna bila kecemasan sahaja! Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan!
2. Boleh bayar baki hutang kad kredit. Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat. Mengapa kad kredit? Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.
3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu. Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun ia jadi 15.7% . Tinggi gila juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali di rumah kita.
4. Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, syarikat baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya.
Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000. Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada. Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah. Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti.
5. Laburkan kembali, bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba.
Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur di situ.
Jika ini pelaburan pertama anda, “saya ikut sifoo nie melabur bang. Bayar RM3000 sahaja dapat beli rumah” . Baik lupakan sahaja, ini bukan masanya.
Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.
Mingguan Wanita : Ingat, duit ini sebagai satu tabungan untuk masa akan datang, bukan suka-suka untuk beli barang yang diidamkan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Jika selalu dinding utama rumah hanya dicat kosong dan tiada deko, boleh cuba serikan dengan DIY Bata Merah stail Hipster ini. Ia boleh dijadikan ‘feature wall’ iaitu dinding utama yang menjadi titik tumpu, bila tetamu berada di ruang tersebut. Manakala rekaan bentuk dan warna pula menjadikan ia berbeza dengan bahagian dinding di ruang lain.
Jom tengok cara-cara nak buat dinding ala Bata Merah Stail Hipster yang dikongsikan oleh PaintHub Hassan Hardwareini. Memang lebih jimat bila kita buat sendiri.
DIY Dinding Rumah Yang Lebih Hipster
“Bosan tengok dinding rumah asyik cat kosong je? Mahukan lebih kelainan?
Tambah-tambah bila masuk kafe hipster nampak lawa je feature wall kafe tu kan.Dinding style bata-bata, memang nampak eksklusif dan mewah”
Cara Membuat:
Gunakan cat jenis ni.
2. Bancuh dulu cat tersebut.
3. Buat line satu persatu dan kikis.
4. Jadikan seperti ini.
5. Kemudian, catkan pula dengan warna merah seperti bata ini.
6. Catkan pula warna putih pada garisan tersebut.
7. Hasilnya.. Siap!! Boleh letak bingkai gambar, pokok hiasan untuk menambahkan lagi seri pada dinding ala bata merah, stail hipster ini.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak serikan dinding rumah tu, nak kelainan boleh cuba DIY Ala Bata Merah Stail Hipster pada dinding rumah nanti.
Seronoknya bila dapat check in hotel. Inilah tempat yang paling selesa dan seronok untuk lepaskan tekanan. Rasa tenang tanpa gangguan daripada sesiapa.
Rata-rata merasakan bila check in hotel, inilah tempat selamat. Sedangkan kita tak tahu ada juga sesetengah hotel yang tidak selamat, terutamannya buat perempuan-perempuan yang ingin bercuti. Bimbang ada ‘mata-mata yang memerhati tanpa kita sedar.
Bukan setakat perempuan yang suka bercuti dan kerap check in hotel, tapi boleh bahayakan sesiapa yang menginapnya, waima keluarga sekali pun.
Jadi, semas check in hotel cubalah perhatikan sekeliling bilik dan lakukan seperti yang disarankan oleh Mirzan Johor dalam video tiktoknya.
1. Ambil gelas dan letak pada tombol supaya tak ada orang gila buka pintu dan kita tahu bila gelas jatuh.
2. Selalu kita tengok dan pesanan supaya letakkan hujung jari pada cermin bilik air. Pastikan hujung jari anda pada cermin itu tak bertemu. Kalau bertemu itu tandanya bukan cermin. Ada yang memerhati.
3. Biasanya dalam bilik hotel , dah tentu ada lubang air cond di bahagian atas. Perhatikan sebab ada ‘orang gila’ letak kamera di celah lubang air cond.
4. Cuba tutup lampu dalam bilik dan ‘tawaf’ satu bilik. Pastikan tak ada lampu yang berkelip-kelip. Kalau ada, itu tandanya ada ‘spy camera’. Hati-hati.
Mingguan Wanita : Walaupun kita biasa dengar tentang tip ini tapi tak salah untuk kita lakukan bila check in hotel. Hati-hati sebelum kena dan jangan ingat semua hotel selamat.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...