Ramai yang suka makan donut, terutamanya anak-anak. Buat mak-mak yang selalu buat donut tak jadi tu, tak gebu, keras dan sebagainya. Boleh ikut tips dan resipi yang dikongsikan ini sebab mudah guna sukatan cawan je. Namun pastikan dohnya kena uli lama sikit, barulah nanti donat jadi lebih licin, kembang bulat elok dan gebu.
Donat untuk minum petang. Tunggu anak-anak bangun satgi. Mesti syok dorang tengok donat. Resepi kampung je.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis
3/4 cawan susu segar suam
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1. Satukan dulu yis, gula dan susu segar dalam gelas. Kacau rata. Pastu satukan tepung gandum dan baking powder dalam bekas.
2. Tuang sebatian yis dan susu tadi. Takyah tunggu yis kembang. Kacau rata. Uli. Sis uli gitu-gitu je. Bila dah rata sikit, boh marjerin.
3. Uli lagi sampai licin sikit dohnya. Pastu perap sejam.
4. Dah perap, tumbuk doh. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Sis timbang 50g sebiji.
5. Pastu bulat-bulatkan, tepek kat tapak tangan, lubangkan di tengah-tengah dengan jari. Pastu tepi-tepi tu bentukkan lagi sampai jadi cantik dan bulat betul. Baru nanti dia kembang, jadi bulat elok.
6. Yang ade acuan donat, boleh pakai acuan. Sis takde sebab dah biasa bentukkan pakai tangan.Pastu perap lagi dalam 30/40 minit. Goreng dengan api perlahan. Siap.
Ads
Nota kaki: Nak gebu kena uli ye. Takdelah beria sangat. At least uli la dalam 8/10 minit gitu. Kalo tak uli, kami tak janji donat lembut. Dan adunan ni, kalo timbang 50g sebiji, dapat 10 biji.
Selamat Mencuba.
Ads
Info Ekstra!
Jangan pakai pencetak nanti bersegi-segi kat tepi. Bentukkan pakai tangan. Lebih halus gitu.
Kena uli lama sikit. Kalau uli sekejap, doh masih kasar. Uli lama sikit, doh jadi lebih licin. Lepas tu kena belajar cara rounding dulu. Bulat-bulatkan doh yang dah timbang dalam tapak tangan. Bulat-bulat sampai licin. Boleh tengak youtube cara rounding.
Mingguan Wanita: Cantik sungguh kejadian donat resipi kampung ni. Kena ikut tip dan teknik yang dikongsikan ini, barulah elok lembut gebu donatnya. Boleh buat untuk minum petang nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Memang sedap betul dan nampak ‘seksi’ sungguh dada ayam goreng kunyit yang garing ni. Makan pula dengan ulam timun, kicap dan sambal lada, memang satu lauk pun dah cukup. Malah sesuai sangat buat untuk menu bekal untuk ke sekolah atau ke tempat kerja.
Bukan apa, dada ayam ni selalu bahagian yang paling ‘tak laku’. Jika goreng begini, memang ramai yang suka. Nak buat pun mudah.
Bawak bekal nasi ayam goreng ni. Kawan mengecek pastu dia minta ajar cara buat. Saya bagi gambar jer pastu saya suruh dia teka sendiri.
Bahan-Bahan:
Dada Ayam
serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk cili
Pewarna Kuning Telur
1 sudu besar tepung beras
Daun kari
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Potong kecil dada ayam.Gaul dengan garam dan kunyit.
2.Letak serbuk cili sikit. Supaya pedas.
3.Letak beberapa titis pewarna kuning telur supaya nampak lebih pedas.
4.Masukkan tepung beras sikit. Untuk efek ‘crunchy’.
5.Panaskan minyak baru.
6.Masukkan ayam dalam minyak. Minyak kena banyak dan betul-betul panas.
7.Masukkan daun kari. Siapa dakwa dakwi kenapa saya tak masuk kan serbuk jintan ke serbuk kari ke serbuk kayu ke saya anfren. Nikan ayam saya biar la saya nak letak apa pun.
8.Dah garing, boleh angkat. Nak dukung pun boleh juga.
Siap!
Masa makan ni terbayang sambal lada. Terkenang kicap jiran pinjam tak reti pulang.. Teringat ulam timun tertinggal kat meja penimbang lupa nak bawa ke kaunter.
Menu bekal ni dari saya -Kakakbaby yang kerja di hari cuti.
Mingguan Wanita: Memang nampak sedap sungguh dada ayam goreng kunyit yang ‘seksi’ ni. Makan dengan nasi panas, ulam timun, kicap dan sambal lada pun dah cukup.
Muak juga kalau asyik makan benda yang sama je. Bila tiba raya haji, tentu ramai yang menerima pemberian daging korban atau diri sendiri membuat ibadah tersebut. Jadi stok daging memang banyak.
Mungkin ada yang sudah muak dan bosan juga dengan aneka hidangan raya lebih-lebih lagi berasaskan daging. Lagi pula, daging kena kawal juga pengambilannya. Lebih-lebih lagi yang berpenyakit.
Hari raya Aidiladha ini pasti ramai yang pulang ke kampung. Nak kelainan? Mungkin menu pasta ini memberikan tarikan tersendiri. Jadi ambil peluang ini untuk memasak aneka pasta ini untuk hidangan ahli keluarga yang pulang beraya. Apapun, kita dalam tempoh PKPP, maka SOP jangan lupa ye walau pun sedang beraya!
**Resipi yang kongsikan ini dalam jumlah yang banyak ye. Boleh ubah suai sendiri mengikut kesesuaian jumlah ahli keluarga.
SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNISE
BAHAN-BAHAN:
4 paket pasta
50ml minyak zaitun
1.5kg ayam cencang
2kg tomato
500gm bawang Holand
300gm saderi
200gm bawang putih
2 helai daun Bay
4 liter air
10gm lada putih
10gm garam
CARA MEMASAK:
Rebus pasta lima ke tujuh minit. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis semua bahan sehingga separuh masak.
Angkat dan kisar bahan-bahan yang ditumis tadi.
Kemudian masak sekali lagi semua bahan dikisar bersama ayam dan tambah air secukupnya.
Perasakan dengan garam dan lada putih secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. tidak rasa muak kerana tidak mengandungi keju.
Info chef: Satu paket pasta anggaran 400 gram dan boleh dimakan antara 10-12 orang.
Musim PKP ni tak payah nak masak menu susah-susah. Buat je menu simple, kalau kena gaya berpinggan tambah nasi. Minggu ni, saya kongsi resipi viral telur kicap cili api. Bahan-bahannya sangat ringkas, cara penyediaan mudah sangat lima minit dah boleh makan.
Resipi viral ini sesuai untuk semua orang, dari anak kecil sampai dewasa. Nak masak pun mudah, yang bujang tu mesti cuba korang akan jatuh cinta dengan resipi telur kicap cili api ni. Cuba sekali mesti nak lagi, silap-silap boleh tambah nasi sampai tiga pinggan.
Resipi Viral Mudah Jimat Dan Sedap
Paling penting, bahan-bahan resipi ni murah dan mudah didapati di kedai runcit atau pasaraya. Sesuai sangat untuk kita nak berjimat. Orang Malaysia ni, walau nak jimat, menu nak kena sedap. Jadi wajiblah korang try resipi ni, confirm tak menyesal.
Kalau tak ada ikan bilis, telur pun sudah mencukupi untuk buat resipi viral ni. Cuma kalau korang nak hasil yang mantap, memang kena tabur bilis garing tu barulah terangkat. Bagi yang suka pedas, boleh letak cili api ikut kepedasan yang korang suka. Cili api ni nak goreng bersama bawang boleh atau ditabur mentah. Ikut selera masing-masing.
Untuk mak-mak yang bekerja dari rumah, menu ni sangat sesuai. Masak menu ni dah boleh makan satu keluarga. Bagi anak-anak yang tak makan pedas, mak-mak asingkan telur kicap. Jangan tabur cili.
Kalau rajin lagi, potong timun buat ulam. Setel lah menu untuk keluarga. Semua khasiat dah cukup tu. Semoga resipi simple ini menepati selera semua. Selamat mencuba!
Resipi Viral Telur Kicap Cili Api
Bahan-bahan:
3 biji telur}digoreng sebagai telur mata
20 gram ikan bilis}digoreng garing
3 biji cili api}dipotong kecil
1 labu bawang besar} dihiris
1 biji limau nipis/ lemon}dihiris
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1-Goreng telur mata kerbau, ketepikan.
2-Kemudian, goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan.
Selepas itu, goreng bawang bersama cili api sehinga layu. Jangan lama sangat ye. Ketepikan.
4.Masukkan telur mata di dalam pinggan atau mangkuk. Tabur bawang dan cili yang sudah digoreng tadi di atas telur.
5-Taburkan pula ikan bilis di atas telur mata tadi. Selepas itu, curah kicap di atas menu tersebut.
6-Akhir sekali, perahkan sedikit limau nipis atau lemon di atas menu tersebut. Hidang bersama nasi putih.
Nota
Masa pecahkan telur, buang lendir dan darah yang ada. Cara ini akan hilangkan bau hanyir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.