Isi Kandungan
ToggleRupanya mudah nak buat biskut raya Crunchy Cornflakes Chip super sedap ni, malah memang senang kacau guna senduk je, tak perlu pakai mixer. Bukan apa tak semua rumah ada mesin pengadun untuk buat biskut raya. Jadi bila ada resipi yang mudah dan sedap macam ni, boleh lah cuba nanti. Anak-anak pun mesti suka.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini sebagai rujukan;
Alhamdulillah, resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit-cubit pakai tangan buleh terus bakaq. Senang yakmat. Cuti -cuti ni boleh ajak anak-anak buat.
RESEPI CRUNCHY CORNFLAKES CHIP #CaraCikDyg
BAHAN A :
250g butter
130g gula icing
1/4 tsp garam halus
1 tsp vanilla powder
BAHAN B :
90g tepung jagung
300g tepung gandum
100g cornflakes (diramas)
100g badam cincang
100g coklat cip
30g coklat rice
CARA MEMBUAT:
1.Satukan BAHAN A dan kacau sehingga sebati.
2.Masukkan kesemua BAHAN B dan gaul rata sehingga adunan sebati.
3.Kemudian sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulatkan dan susukan di atas baking tray . Jarakkan kerana biskut akan mengembang.
4.Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!
Baca Lagi Di Sini:Cornflakes Coklat, Guna Tiga Bahan. Sekali Makan Tak Nak Berhenti
Mesti Baca:Spicy Salted Egg Cornflakes, Kos RM20 Dapat 3 Balang, JIMAT!
Artikel Menarik:Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!
Mingguan Wanita: Sedapnya Biskut Crunchy Cornflakes Chip ni, mudah pulak tu nak buat, kacau guna senduk je.Boleh cuba nanti, anak-anak mesti suka.
Sumber:Cik Dayang Zuhaila
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Wanita berdikari buat lelaki rasa tercabar? betul ke?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sup Akar Naikamo, Petua Turun Temurun Orang Cina Ini Mujarab Jadi Penambah Darah Dan Banyakkan Susu Ibu
Isi Kandungan
ToggleAmoi Jamu, Amanda Tan ini memang terkenal dengan perkongsian jamu-jamu tradisional Melayu. Kali ini, Amanda kongsi pula jamu atau sup turun temurun masyarakat cina yang bagus untuk penambah darah dan banyakkan susu ibu.
Amanda rajin menggali ilmu dan belajar petua jamu dari kaum Melayu dan Indonesia. Namun, resepi yang dikongsikan ini sudah menjadi amalan bangsa Cina sejak turun temurun.
“Sup ini sangat senang untuk dimasak. Sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Ibu yang tengah berpantang selepas bersalin pun sangat sesuai.
“Minuman ini bagus untuk menambah kecergasan, menghangatkan tubuh dan menambah susu ibu yang sedang menyusukan badan. Bagus untuk menambah sel-sel darah merah lagi-lagi buat mereka yang kurang darah atau anemia.”
Bahan Sup Akar Naikamo
Longan kering – seganggam
Kurma cina -segenggam
Buah Goji – segenggam
Yuk Chuk – segenggam
Huai Shan atau dikenali “Naikamo” – 2 batang
Cara Membuat
1. Bersihkan setiap bahan-bahan
2. Hiriskan kulit Huai Shan dan cuci bersih. Potongkan saiz sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan isikan air bersih anggaran 800 ml.
4. Biarkan mendidih di atas api kecil selama 2 jam. Jaga-jaga supaya tidak hangus atau melimpah. Kalau air kurang, tambahkan air. Pastikan masak selama 2 jam.
**Perisakan dengan garam secukup rasa sebelum dihidang.
**Semua bahan boleh agak-agak ikut keperluan setiap orang. Ada yang nak minum 2 orang kurangkan , ada yang nak minum 10 orang, tambahkan kuantiti bahan. Air agak-agak ikut sukatan yang diperlukan.
Manfaat Setiap Bahan
Setiap bahan yang digunakan mempunyai zat nutrisinya yang tersendiri bermanfaat untuk kesihatan dan kekuatan badan kita.
Longan Kering – Sifat longan kering yang ‘hangat’ dikatakan bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.
Kurma Cina – Memperkaya dan menambah sel sel darah merah
Buah Goji – Bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan
Yuk Chuk – Menguatkan paru-paru dan sistem imun badan.
Huai Shan “Naikamo” – Menguatkan organ perut. Mengurangkan keletihan. Malah menguatkan organ limpa.
Siapa Boleh Minum Sup Akar Naikamo
√ Lelaki dan wanita yang letih, penat bekerja. Sup ini bagus untuk memberi kecergasan.
√ Orang tua uzur yang kekurangan zat terutama zat besi.
√ Wanita selepas habis tempoh datang bulan, selepas bersalin dan dalam waktu pantang. Bagus untuk memperbanyakkan sel sel darah merah.
√ Lelaki dan Wanita yang mengalami kekurangan sel sel darah merah / anemia
√ Bagus untuk kekuatan sistem imun badan.
√ Kanak-kanak pun boleh minum.
√ Tiada masalah untuk wanita mengandung. Cuma jangan kerap. Makanan berunsur herba untuk wanita mengandung kena jarangkan kekerapannya.
Baca Lagi Infonya
√ Sup ini bebas unsur unsur daging / haiwan sebab saya seorang vegetarian.
√ Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba di pasaraya atau di kedai tabib Cina.
√ Huai Shan boleh dibeli di pasaraya bahagian sayur sayuran. (Dekat AEON pun ada)
√ Rasanya manis masin (sebab ada penggunaan garam)
Sumber/Foto : Amanda Tan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mak-Mak Boleh Uruskan Peti Ais Dekat Rumah, Supaya Nampak Kemas & Bersih
Isi Kandungan
ToggleHujung minggu merupakan waktu terbaik mak-mak boleh luangkan masa susun atur dan uruskan barang dalam peti ais di rumah. Sebenarnya ada cara tertentu yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan peti ais ini demi memastikan ia kekal bersih dan nampak kemas. Perkongsian tips pengurusan peti ais ini merupakan cara yang dipraktikkan oleh Dr Hani Mynis dirumah beliau. Namun tidak salah mak-mak turut mencuba cara ini dirumah sendiri.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan;
#kemasrumahwithhani : Pengurusan Peti Ais
“Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.”
Tips Peti Ais Nampak Kemas Dan Bersih:
- Boleh pasang lapik dekat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua. Hani dari 3, 4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray ). Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain.
- Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun dekat shelf bawah-bawah dan area belakang.
- Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
- Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dari segi visual).
- Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok).
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Happy Organising
- Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampak lebih kemas.
- Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
- Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampai ke bawah
?Shelf Pertama (Paste) :
Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
?Shelf Kedua (Today) :
Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.
?Shelf Kedua (Leftover) :
Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.
Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.
?Shelf Ketiga (Dry Foods) :
Ni bahagian untuk letak makanan kering macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.
?Shelf Keempat (Vegetables) :
Untuk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)
?Vegetables Drawer :
Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkn dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.
BAHAGIAN PINTU PETI AIS:
? Shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.
? Shelf kedua : letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.
? Shelf ketiga : Air minuman
? Shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis
PENGURUSAN PEI AIS YANG BETUL UNTUK BAHAN-BAHAN:
1. SOS
(Sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka).Ada yang suka simpan dekat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
2. SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan dekat bahagian pintu. Bahagian pintu suhu nya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
3.TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul
Ada dua cara:
1. Simpan Di Luar Peti Ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date).
Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
2. Simpan Dalam Peti Ais (Chiller)
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
4.UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun dekat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nanti hani update.
Dulu hani pernah share pengurusan pantri kan? Boleh baca disini:
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Dr Hani Mynis
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muak Makan Daging Korban, Kita Beralih Pada Selera Barat
Isi Kandungan
ToggleMuak juga kalau asyik makan benda yang sama je. Bila tiba raya haji, tentu ramai yang menerima pemberian daging korban atau diri sendiri membuat ibadah tersebut. Jadi stok daging memang banyak.
Mungkin ada yang sudah muak dan bosan juga dengan aneka hidangan raya lebih-lebih lagi berasaskan daging. Lagi pula, daging kena kawal juga pengambilannya. Lebih-lebih lagi yang berpenyakit.
Hari raya Aidiladha ini pasti ramai yang pulang ke kampung. Nak kelainan? Mungkin menu pasta ini memberikan tarikan tersendiri. Jadi ambil peluang ini untuk memasak aneka pasta ini untuk hidangan ahli keluarga yang pulang beraya. Apapun, kita dalam tempoh PKPP, maka SOP jangan lupa ye walau pun sedang beraya!
**Resipi yang kongsikan ini dalam jumlah yang banyak ye. Boleh ubah suai sendiri mengikut kesesuaian jumlah ahli keluarga.
SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNISE
BAHAN-BAHAN:
4 paket pasta
50ml minyak zaitun
1.5kg ayam cencang
2kg tomato
500gm bawang Holand
300gm saderi
200gm bawang putih
2 helai daun Bay
4 liter air
10gm lada putih
10gm garam
CARA MEMASAK:
- Rebus pasta lima ke tujuh minit. Angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis semua bahan sehingga separuh masak.
- Angkat dan kisar bahan-bahan yang ditumis tadi.
- Kemudian masak sekali lagi semua bahan dikisar bersama ayam dan tambah air secukupnya.
- Perasakan dengan garam dan lada putih secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. tidak rasa muak kerana tidak mengandungi keju.
Info chef: Satu paket pasta anggaran 400 gram dan boleh dimakan antara 10-12 orang.
Baca resipi lain di sini:
Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
FETTUCINI PRAWN CURRY CABONARA
BAHAN-BAHAN:
4 paket pasta fettucini – rebus
50ml minyak zaitun
50gm bawang merah – cencang
30gm bawang putih – cencang
20gm rempah kari
5 biji Capsicum hijau – hiris memanjang
5 biji Capsicum merah – hiris memanjang
1 liter krim masakan
300ml susu segar
15gm parutan keju Parmesan
1kg Udang – bersihkan
Sedikit daun kari
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga masak.
- Masukkan rempah kari bersama daun kari. Gaul sehingga rata dan masak.
- Masukkan krim masakan dan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan udang dan masak hingga udang masak sepenuhnya.
- Seterusnya masukkan hirisan capsicum dan keju parmesan. Gaul seketika.
- Masukkan pula pasta yang direbus tadi dan gaul sekata. Angkat.
- Untuk menghidang, hiris isi ayam dan letak di bahagian atas pasta.
MACARONI CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4 paket pasta macaroni pasta
50gm keju Parmesan
30gm keju Cheedar
5 tin cendawan butang- hiris
10gm daun Parsley – cencang
500ml susu segar
4 liter krim masakan
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus macaroni selama lima minit. Angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan cendawan butang. Tumis hingga masak dan terbit bau wangi.
- Masukkankan susu segar, serbuk lada hitam dan krim masakan.
- Masukkan semua jenis keju dan gaul, biarkan sebati.
- Masukkan macaroni yang direbus dan gaul rata.
- Tabur sedikit daun parsley di atasnya ketika menghidang.
Sumber: Rasa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI