Bagi peminat char kuey teow tentu boleh agak hidangan yang macam mana boleh membangkitkan selera. Kadang-kadang, kita rasa seperti ada yang tak kena dengan makanan ini. Sebab itu, antara rahsia char kuey teow sedap adalah terletak pada kuahnya yang pekat dan padu.
Kadang, terfikir juga bagaimana untuk sediakan char kuew teow sedap di rumah. Susah tentu rasa agak susah untuk sediakan. Jadi, lebih mudah dan senang, beli sahaja di kedai. Masalahnya, ada yang tidak kena dengan selera kita.
Perkongsian daripada Liza Idris yang berkongsi resipi dan cara membuat char kuey teow sedap di rumah. Menariknya, resipi kuahnya itu boleh di simpan dalam peti ais, bila teringin guna sahaja kuahnya umtuk memasak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Tau Fu Fah Guna 3 Bahan, Buat Sendiri & Mudah Sangat!
Resipi Mee Goreng Basah Nostalgia, Bungkuih Siap Dengan Paper
Info Lebih Menarik DI SINI
Char Kuey Teaw Sedap Air Tangan Kak Liza
Bahan: Kuah
10-15 ekor udang
2 biji bawang besar saiz sederhana
7 ulas bawang putih.
4 sudu besar cili kering kisar
1 1/2 kiub pati ikan bilis
10 sudu besar kicap biasa
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar petis udang
2 sudu besar sos ikan.
2 sudu besar gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan menggoreng:
1 paket kuey teow halus
Telur.
Taugeh
Kuchai
Cara Membuat:
Anggaran kuah boleh dimasak lebih 10 pinggan. Ada lebihan boleh simpan dalam peti sejuk. Bila teringin, terus masak je char kuey teow
- Dekat kedai jarang dapat kuah pekat, sedap memikat.
- Antara bahannya, saya terlupa nak letak botol sos ikan dan kicap.
Sebelum itu, kisar bawang besar dan bawang putih. Simpan dulu jangan guna lagi ye.
- Saki baki bawang dalam blender boleh guna. Campurkan air, kocak dan tuang dalam periuk. Didihkan bersama 5 cawan air.
- Rebus udang dalam 5 ke 10 minit.
- Angkat udang yang dah direbus.
- Air rebusan udang itu ketepikan dulu.
- Udang yang sudah direbus, asingkan bahagian kepala. Ambil 10 ekor kepala udang, kisar bersama sedikit air rebusan tadi.Kemudian tapis untuk dapat pati udang sejati. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula. Ketepikan dulu.
- Masa untuk memasak kuahnya pula. Panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar tadi.
- Apabila naik bau, masuk cili kering kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
- Masuk pula kicap biasa dengan anggaran 10 sudu besar ye. Kacau lagi.
- Letak pula 2 sudu besar sos tiram.
- Masukkan lagi 2 sudu besar sos tomato. Kacau lagi.
- Apabila pecah minyak, tuang air rebusan udang. Dah tuang wajib kena kacau.
- Letak 1 1/2 cuba pati ikan bilis.
- 2 sudu besar sos ikan jangan dil upa. Kemudian masuk pula 2 sudu besar gula dan sedikit garam jika perlu.
- Akhir sekali masuk 1 1/2 susu besar petis udang. Benda ni bagi rasa lagi umphhhh.
- Apabila sudah siap tunggu kuah sejuk dan letak dalam bekas simpanan. Sepatutnya dapat penuh satu bekas ni, macam biasala lupa ambil gambar. Maka bagi gambar yang dah tinggal separuh.
- Bahan untuk goreng char kuey teow dah ready. Ingat ya, goreng ni dalam masa 3 minit je. Kena laju.
- Panaskan minyak masak dalam 4 sudu. Masuk 2 ekor udang dah rebus tadi. Laraskan api paling kuat.
- Simbah kuah char kuey teow 4 senduk saiz sederhana. Pastikan kuahnya ikut saiz senduk.
- Masuk segenggam kuey teow.
- Letak taugeh.
- Masukkan kuchai sekali.
- Pecah sebiji telur dalam kuali, terus perlahankan api tahap maksimum. Kacau telur sekejap saja. Tutup api terus.
- Siap! Layan.
Selamat mencuba!
MW: Wow, sedap sangat ni. Bolehlah masak kat rumah dan tak perlu nak beli kat kedai.
Sumber: Liza Idris
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Tudiaaaaaaa.. antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI