Berita baik,buat penggemar cendawan.Jika ingin menikmati keenakkan dan kerangupan cendawan yang digoreng garing, disalut pula dengan tepung berempah yang penuh asyik untuk kudapan ringan dipetang hari,resipi ini wajib dicuba. Mudah sangat nak sediakan, rasa pun sedap!
Bahan-bahan:
2 bungkus Cendawan Enoki
1 biji telur – pukul ringan
serbuk tepung serbaguna
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1.Potong akar cendawan Enoki,leraikan ia,kemudian basuh dan toskan.
2.Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3.Golekkan atas tepung serbaguna.
4.Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5.Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Info Ekstra:
Kudapan ringan ini juga sedap dicecah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Nak Beli, Ini 8 Tip Nak Pilih Ketam Yang Segar, ‘Manis’ & Banyak Isi!
Isi Kandungan
ToggleMak-mak yang nak pilih ketam segar, manis & banyak isi ada tip tertentu.Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Harga ketam boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli.Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Sumber: The Ikan Dot Com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Kek Pisang Gebu Cara Azlina Ina, Ikut Resipi Satu Persatu Memang JADI!
Ada sesetengah mak merasakan buat kek pisang adalah paling senang dan mudah sekali. Namun, tak mustahil merasakan agar susah dan selalu tak jadi.
Macam mana nak pastikan buat kek pisang jadi gebu ye. Kali ini, Azlina Ina Fans siap bagi step by step lagi. Memang mudah dan senang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi ROTI SIRO KELATE Simple, Letak Dalam Peti Sejuk Lagi Sedap!
Lagi Menarik: Tepung PISANG GORENG Rangup, Resipi Niaga Hampir 15 Tahun!
Info Lagi Menarik DI SINI
Buat Kek Pisang Paling Mudah
Ini resipi kek pisang gula perang gebu. Boleh juga buat untuk raya nanti.
1. Lecek pisang berangan. Boleh juga gunakan pisang emas atau pisang awak-awak mengikut citarasa masing-masing.
2. Gula perang. Boleh juga guna gula biasa pun.
3. Minyak jagung tapi boleh gantikan dengan minyak masak biasa.
4. Campurkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat sebanyak 1 sudu. Ayakkan.
5. 3 biji telur gred A
6. Adunkan semua di atas kecuali tepung dan pisang yang telah dilenyek tadi.
7. Selepas itu, masukkan tepung. Kacau sebati.
8. Apabila siap, masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180’ selsius. Bakar selama 40 minit atau hingga masak.
9. Jangan tengok pada rupanya sebab rasa sedap dan gebu. Melekat mungkin salah LOYANG.
10. Siap. Gebu dan sedap.
Tengok Artikel Berkaitan DI SINI: Jangan Buang KULIT PISANG, Rupanya Banyak PETUA Untuk CANTIK, Mudah Jimat
Resipi Kek Pisang Sesedap Rasa, Tak Muak, Guna Blender Saja, Mudah Dan Senang!
Mingguan Wanita : Resipi kek pisang paling senang. Selamat mencuba.
Sumber: Azlina Ina Fans
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cheese Cake Gebu 4 Bahan, Senang Buat & Confirm Jadi!
Isi Kandungan
ToggleRupanya senang nak buat cheese cake yang sedap dan gebu boleh guna empat bahan je. Kalau mak-mak nak buat untuk minum petang, ada potluck atau hari istimewa macam hari jadi anak pun sesuai sangat buat kek ini. Paling penting ia tak rasa hanyir dengan bau telur.
Boleh cuba perkongsian resipi cheese cake gebu dan senang nak buat di daripada Puan Nurul Athira sebagai rujukan;
“Cheesecake done. 4 bahan je confirm jadi. Bolehh try awak-awak. Yang pasti tidak hanyir telur.”
Bahan-Bahan:
250g cream cheese
250g susu pekat
5 biji Telur
1/2 cawan Tepung gandum
Cara Membuat:
1.Asingkan putih telur dan kuning.
2.Mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh).
3.Bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat sampai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul sampai sebati.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan kaup balik sampai sebati.
5. Satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula.
6. Lapikkan baking paper dalam tray. Masukkan adunan dan bakar selama 30minutes api atas bawah 180c. Mengikut oven masing-masing.
Taraaa siappp. Mudahh jer kalau ikut step by step.
Selamat Mencuba!
Posted by Nurul Athira on Thursday, August 29, 2019
MW: Mudah sangat nak buat cheese cake ikut resipi yang dikongsikan ini. Hanya guna empat bahan je. Mak-mak yang suka cheese cake boleh cuba buat sendiri di rumah. Anak-anak pun mesti suka.
Sumber:Nurul Athira
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI