Makanan celup tepung, ini antara paling popular di Terengganu terutamanya bila pergi ke bahagian pantai. Rasanya bukan Terengganu saja tapi kebanyakakn negeri memang popular dengan makanan ini, nak-nak bila tinggal di tepi pantai.
Tidak sah kalau bercuti atau berkelah di tepi pantai tanpa mengadap makanan celup tepung ini. Ranggupnya dan serdak-serdak dari tepung goreng yang halus-halus itu sangat sedap. Terfikir juga, macam mana nak dapatkan sama seperti yang jual itu.
Ini belum lagi sos pencicahnya yang sedap dan serasi dengan celup tepung itu. Tak pelu fikir panjang, ada cara nak buat sendiri makanan celup tepung ini.
Puan Ariana Sofia Ahmad berkongsi resipi celup tepung yang ranggup bersama sos pencicahnya sekali. Memang layan buat minum petang-petang dengan keluarga.
Kali ini Ariana nak kongsi resepi celup tepung. Sangat ranggup & kerok pun halus.
Bahan Air Lada @ Sos
2 cawan @ 400ml air
2 keping kecil @ 140g nisan @ gula melaka
3 sudu besar pes asam jawa
8 sudu besar cili giling
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
Bahan Celup Tepung
2 biji telur
500gm tepung beras
1 sudu besar garam
2 1/2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu besar air kapur
Ads
1 sudu kecil serbuk kunyit
320ml air sejuk
Cara Membuatnya:
Ini bahan untuk air lada. Saya guna nisan. Kemanisan nisan & gula melaka berbeza, boleh guna sikit dulu jika risau manis
Mula-mula masak nisan hingga cair.
Biarkan ia mendidih.
Masukkan cili giling, elakkan guna cili kering yang pedas, masukkan cuka, garam & pes asam jawa, boleh juga guna air asam Jawa tapi letak lebih sikit. Manis & masam boleh adjust ikut citarasa. Boleh rasa dulu sebelum tambah.
Selagi ada terapung Warna merah lada maknanya air lada ni belum masak. Kena masak lama hingga pekat. Kalau masak sekejap air lada tak tahan lama dan mudah basi.
Sampailah jadi pekat macam ni. Terus tutup api dan biarkan sejuk. Permukaan atas pun dah tak ada warna merah lada.
Untuk bancuhan tepung, pukul telur hingga kembang
Sampailah kembang macam ni.
Masukkan pula tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, garam, air sejuk & air kapur. Air kapur jangan pekat sangat nanti rasa pahit dan warna bancuhan tepung akan jadi oren pekat.
Warna tepung ni akan jadi warna kuning. Kacau hingga sebati.
Tepung akan jadi kuning macam ni. Kalau nak lagi kuning tambah saja serbuk kunyit. Sesuai untuk udang, sotong & ikan.
Ads
Sotong nak elakkan dari meletop kebabom, belah bahagian tengah.
Guna minyak banyak & betul-betul panas.
Nak goreng sotong pastikan sotong tenggelam dalam minyak & bancuhan tepung tak boleh cair, nanti sotong meletop.
Goreng seekor sebab sotong ni besar. Keroknya pun halus.
Ikan banyak tanda garis dan pastikan ikan ditos dulu lepas dibasuh, kalau tak bancuhan tepung akan jadi cair bila air ikan turun.
Ikan dan kekuningan baru terbalikkan,
Tak sempat ambil gambar udang masa celup tepung tadi.
Halus-halus saja. Krup krap krup krap.
Ini air lada yang dah sejuk, tak suka pekat sangat, boleh masak cair sikit dan simpan simpan dalam peti ais jika banyak.
Sotong pun tak liat, tipnya jangan masak sotong terlampau lama, kekuningan je terus balikkan dan angkat.
Selamat mencuba.
Ads
Mingguan Wanita : Wow, sedapnya. Boleh cuba nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Anda nak tahu tak rahsia buat cili jeruk yang menyengat lagi kick. Rupanya ada satu rahsia penting yang perlu dilakukan masa pembuatannya. Chef As (Ashiqin Shadiqun / Chef As – As Homemade) berkongsi panduannya.
Cili jeruk atau lada jeruk ini sedap makan dengan mee sup panas-panas.
Step By Step Buat Cili Jeruk Kick
Mula-mula kau pergilah beli lada besar ni. Selalunya orang pakai yang hijau sebab lebih rangup.
Basuh bersih-bersih lepas tu potong lah kasar kasar.
Nak guna cili api pun boleh. Lagi rare.
Dah siap potong tu masuk dalam bekas, curah air panas. Hakak pakai air coway dik. Senang.
Kau hado? ??
Ada orang dia rebus tapi nanti lada cepat lembik.
Rendamkan kejap dalam air panas tu.
Sementara tunggu kau boleh main pesbuk.
Lepas tu toskan.
Ha ni dia cuka dik. Nak pakai jenama apa pun boleh. Tak ada orang nak marah.
Tuang cuka tu sampai lada ni terendam.
INI RAHSIANYA: Ingat tau jangan ada air dalam lada tu. Tak kick.
Dah berendam tu, lada akan jadi kaler gitu.
INI SATU LAGI RAHSIANYA: Kalau korang nak kick boleh ikut cara sesetengah orang. Tambah garam sikit. Tok aji sikit. Gula sikit. Hakak kononnya nak jaga kesihatan la. Konon je.
Dah boleh makan wei. Simpan dalam peti ais pun boleh.
Sedap ni lawan dengan mee hoon sup ke mee goreng ke. Perghhhh panas-panas, memang syiok oooo.
Mesti laki dan anak-anak kau kata “Mama power, macam makan kat kedai”
Time gitu mesti kembang kempis kena puji kan?
Selamat Mencuba.
Sumber/Foto: Fanpage Chef As – As Homemade via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selain kuih dan biskut raya, kudap-kudapan juga antara kegemaran ramai masa hari raya.Seperti kerepek, kekacang dan popia nestum ni. Nak buatnya cukup mudah dan pastinya memang sedap.
Cuma bab yang agak ‘renyah’nak buat popia nestum ni, waktu nak menggulungnya. Jika salah gulung, hujungnya terbuka dan gulungan pun tak cantik sekata.
Rupanya ada cara senang nak gulung kulit popia ni, hanya guna batang straw. Ia membuatkan kulit popia lebih mudah digulung, kemas dan cantik apabila digunting nanti.
Berikut perkongsian daripada Puan Shaiela Ehin sebagai rujukan;
“Buat popia nestum hari ni.Saya lebih suka gulung guna straw je.Semua step ada pada gambar ye.Sesiapa nak cuba buat boleh lah buat. Saya halalkan siapa yang ambil resepi ni”
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Nestum
Minyak untuk menggoreng
3 senduk Nestum (dikisar halus)
1 senduk gula (dikisar halus)
1 senduk susu tepung
Tepung gandum
air
Straw
Cara Membuat:
Gulung kulit popia dan letak straw. Hujung tu sapukan bancuhan tepung gandum.Bancuh jangan cair, sedang-sedang je macam buat cucur tu.
2. Gulung sampai habis dan tarik straw perlahan-lahan.
3. Buat banyak-banyak seperti ini.
4. Guntingkan popia secara menyerong dengan gunting yang tajam.
5. Gorengkan popia dalam kuali dengan api sederhana sehingga kekuningan.
6. Angkat, tos dan biarkan seketika.
7.Gaul sebati nestum, gula dan susu tepung selepas itu bolehlah taburkan pada popia yang telah digoreng tadi. Pastikan popia telah betul-betul sejuk.
Siap!
Info Ekstra!
1. Popia yang telah digunting tak perlu dijemur. Biarkan bawah kipas sekejap agar keras dan terus digoreng.Barulah rangup.
2.Jika nak senang letak popia yang dah digoreng dalam besen.Tabur nestum tu, goncang-goncang sikit, siap!
3.Kena cari straw yang keras skit, senang nak tarik.Kalau tak nak melekat sapu tepung gandum dekat straw tu, bila dah gulung senang nak tarik.
4. Goreng api sederhana, kalau api kecil sangat nanti popia tu makan minyak.
Selamat Mencuba!
MW: Buat mak-mak yang nak kudapan sampingan masa hari raya nanti boleh cuba resipi ni. Memang senang sangat nak buat dan terbukti sedap!
Bila tengok resepi Sambal Belacan Thai yang dikongsi oleh Puan Zieha Na Zieha, nampak gaya memang menggoda! Nak-nak pula kalau makan dengan ulam-ulam hijau.
Jadi daripada membawang, baik kita menyambal. Kata Puan Zieha, sambal belacan thai ini kali kedua buat, memang stok untuk sebulan. Tapi biasanya tak dan sebulan pun, 2 minggu je dah habis.
Bahan Untuk Masak Sambal:
1 mangkuk penuh lada kecik
6 biji lada besar
1 biji bawang holland (bakar)
6 ulas bawang putih (bakar)
8 biji limau kasturi (potong 2 buang biji)
1/2 cawan cuka
1 keping nisan/gula melaka
1 sdk garam
3 sdb gula
1/2 sdk belacan
Cara Godek Sambal Belacan Thai:
Blend semua pastu siap silalah makan.
MW: Kalau ada sambal, makan nasi panas-panas, siap boleh bertambah-tambah walau lauk cuma ayam goreng.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...