
Isi Kandungan
ToggleBurger Prosperity menu bermusim yang biasanya dijual setiap kali tibanya perayaan Tahun Baru Cina. Iaitu burger daging oblong yang disalut kuah lada hitam berkrim dengan hirisan bawang holland dan salad. Bagi peminat Burger Prosperity mahupun mak anak ramai sebenarnya boleh buat sendiri di rumah, lebih puas hati makan dan jimat. Paling penting ialah untuk hasilkan kuah lada hitamnya yang sedap seperti Burger Prosperity Ala McD .
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rusidawati Ab Rahman sebagai panduan;
Tengah hari ni tak masak nasi, makan prosperity burger je. Beli kat McD tak puas makan. Buat sendiri makan laaa puas-puas.
Bahan-Bahan:
Oblong Ayam Jenama Ramly (digoreng)
Iceberg lettuce (Guna salad ni sedap,rangup.Mahal sikit dari salad biasa tapi sedap)
Bawang Holland (Hiris Nipis)
Roti (roti kosong vanila brand daily’s)
Bahan Untuk Sos :
1/2 biji Bawang besar dipotong dadu
2 sudu Tepung gandum
1 gelas Air
1 sudu besar Lada hitam serbuk+tumbuk
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Kicap manis
garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan butter dan masukkan tepung gandum, kacau sampai jadi keperangan.
2. Selepas tu masukkan air dan kacau.
3. Masukkan pula bawang besar dipotong dadu tadi, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam, masak sampai pekat mana yang dikehendaki.
4. Dah nak masak,blend sekejap untuk hancurkan bawang yang ada dalam sos.
5. Grill kan daging oblong dan roti.
6. Celupkan daging yang dah goreng tadi, letak atas roti dan letak bawang yang dah dihiris tadi. Siap!

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Air Garam & Lada Hitam, Penawar Sakit Kulit 3 Hari Kering Sembuh
Ini Rupanya Rahsia Sos Lada Hitam Marvellous, Lemak Berkrim Sesedap Rasa
MW: Memang berbaloi buat burger prosperity ini sendiri di rumah berbanding beli. Puas hati makan, jimat dan sangat berbaloi.
Sumber: Rusidawati Ab Rahman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

Isi Kandungan
ToggleBuah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.
Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Zat yang terkandung
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!
KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
- Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
- Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
- Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
- Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
- Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Lagi resipi di sini:
Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
SCONE OREN DAN MARMALADE OREN
BAHAN-BAHAN ORANGE MARMALADE:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya

2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
- Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
- Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.
BAHAN UNTUK SCONE OREN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
- Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
- Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
- Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
- Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
- Enak dimakan bersama Scone oren.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sukatan AGAR-AGAR SIRAP ROS Sedang Elok Kejadiannya, Tak Keras Tak Lembik!

Isi Kandungan
ToggleAda sukatan tertentu untuk pastikan Agar-Agar Sirap Ros yang dibuat sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Agar-Agar Sirap Ros ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan selalu dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Nak buat agar-agar ni memang mudah, tapi kena ikut sukatan yang betul, barulah ia harum, wangi daun pandan dan sirap ros serta elok kenyal. Malah lebih bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Hari ini buat agar-agar orang dulu-dulu. Ada peminat agar-agar sirap ni ke. Biasanya kalau time kenduri kendara ada agar-agar ni untuk pencuci mulut.
TIP untuk sukatan Agar-Agar Sirap Ros
10 gm agar-agar serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar-agar serbuk @ tali = 3 liter air
Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.
Bahan-Bahan:
10 gram serbuk agar-agar
1 liter air
Setengah cawan gula pasir
Sebutir gula batu
Satu sudu makan sirap ros
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul dan garam.
3. Bila semua sudah sebati, matikan api, tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang disukai.
4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Agar-Agar Santan Pandan Cantik ‘Berlumut’, Biar Bancuhan Mendidih Dulu Baru Kacau!
TIP MUDAH Untuk ‘Beginner’ Masak Agar-Agar,Tak Perlu Sukat Beriya Ikut Timbangan
Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini
Kena Jemur Agar-Agar Kering Paling Kurang 5 Hari, Barulah Boleh Disimpan & Tahan Lama!
Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Agar-Agar Sirap Ros ni. Selalu kita jumpa waktu kenduri kendara. Namun kena ikut sukatan yang betul barulah sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Makan sejuk-sejuk, memang sedap!

Sumber : Ani Zam
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Oi Muchim’ Salad Timun Korea, Sedap Rangup Berjus Rasa Segar Mulut!

Isi Kandungan
ToggleJika suka makan makanan Korea boleh cuba ‘Oi Muchim’ atau Salad Timun Korea. Rasanya masin-masin pedas, malah sangat menyegarkan, sedap dan rangup. Boleh dimakan dengan nasi atau dijadikan snek, makan begitu sahaja.
Ikut resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini sebagai panduan.
Oi Muchim – Salad Timun Korea
Saya kalau masuk Seoul Garden, saya tertarik sungguh dengan menu timun yang dihidangkan. Rasa sejuk-sejuk rangup, masin-masin pedas. Sesuai sangat dimakan dengan daging panggang. Antara timun ni dengan kimchi, saya suka timun ni lagi. Rasa dia tak masam dan sangat sedap.
Sekarang saya buat sendiri je di rumah, disediakan pada waktu pagi kemudian simpan di dalam peti. Malam nanti boleh makan dengan nasi.
Bahan-Bahan:
*1 sudu besar Gochugaru (Korean Chili Flakes)
1 ulas bawang putih yang dicincang halus
1 sudu besar sos ikan atau kicap cair
Secubit garam dan secubit gula
Minyak bijan (Ikut citarasa)
*Boleh juga guna chili flakes yang ada di pasaran.
Cara Membuat:
1.Saya potong sebiji timun Jepun dan buang bahagian lembik tu. Rendam di dalam air sejuk selama 10 minit untuk dapatkan tektur rangup timun.
2.Kemudian, toskan timun dan biarkan di dalam mangkuk. Masukkan Gochugaru (Korean Chili Flakes), bawang putih yang dicincang halus, sos ikan atau kicap cair, garam dan secubit gula serta minyak bijan.
3. Gaul sebati semua bahan-bahan.
4. Siap, ini rupa dia bila dah siap. Pun boleh dimakan terus. Sangat sesuai dijadikan snek sampingan.
5. Memang sedap dimakan, rangup dan berjus. Rasa segar mulut.
6. Saya simpan dalam peti, bila-bila nak makan keluarkan je.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Mak Mak Boleh Buat Sendiri Jeruk Timun Di Rumah!
Guna Kiub Timun Madu, Petua Cantik Hilangkan Lebam Bawah Mata, Kulit Muka Jadi Bersih Berseri!
Masak Sendiri Makanan Korea ‘Jjajangmyeon’, Buat Sos Blackbean Guna Taucu!
Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!
Mingguan Wanita: Sedapnya, terasa kerangupan salad timun Korea ni. Boleh cuba nanti buat sendiri di rumah.
Sumber: Zurina Zulkefli
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI