Sebut saja resipi paling mudah, tentu ramai boleh menganggap brownies adalah mudah untuk membuatnya. Nak tak nak saja untuk membuatnya, selbihnya risau tak menjadi pula.
Namun, tak semua boleh buat resipi brownies walaupun dikatakan paling senang untuk membuatnya. Tambah-tambah untuk mendapatkan kedutnya yang cantik. Itulah baru menjadi.
Jangan risau, ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Umi Watie untuk membuat brownies. Lebih menarik, resipi ini ‘anti gagal’ walaupun ada mak-mak yang sebelum ini tidak pernah nak membuatnya.
Hari ni kakchik nak kongsi resipi brownies anti gagal. Insya Allah menjadi walaupun tak pernah membaking tau.
Kakchik memang suka buat brownies. Selain dari pencinta coklat. Brownies sangat mudah di buat. Tanpa guna alatan yang banyak. Plink plink kelip mata dah siap.
Bahan-bahan:
200 gram dark chocolate compound
75 gram mentega atau marjerin
50 gram tepung gandum
100 gram gula
15 gram serbuk koko
2 biji telur saiz A
Cara Membuatnya:
1. Ini brownies yang sudah siap. Guna loyang saiz 7 inci. Kalau guna loyang 8 inci nanti brownies jadi sedikit nipis. Sekali buat tak sampai sehari habis. Takpe, esok boleh buat lagi.
Ads
2. Coklat dan butter cairkan cara double boiler. Double boiler tu kita panaskan air dalam kuali, lepas tu bubuh bekas yang dah kita isi coklat dan butter. Kiranya, kita tak panaskan terus atas api.
3. Bahan kering macam tepung dan serbuk koko kita ayak dulu.
4. Bila coklat dan butter dah cair, kacau rata. Masukkan telur dan bahan yang telah di ayak tadi. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau manja-manja. Tak perlu beria-ia. Bakar api atas bawah 170 darjah celsius selama 45 minit.
Ads
5. Ini kira bahan dah tercampur rata. Senang je kan?
6. Masukkan dalam loyang saiz 7. Bakar ikut oven masing-masing.
7. Dah siap bakar dah. Cantikkan kedut browniesnya. Kalau tak jadi kedut ni boleh buat murung sekejap.
Ads
8. Boleh bubuh topping kegemaran. Tak suka, kosong je pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat untuk minum petang nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pasti ramai yang teringin hendak makan Kerabu Sotong Segar, kan?
Kali ini Mingguan Wanita mahu berkongsi resipi kerabu sotong segar yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Afy AL Habibi
Bahan-bahannya pun ringkas. Cara membuatnya pula mudah sekali. Rasa kerabu sotong yang masam manis ini sudah pasti membuka selera anda.
Kerabu Sotong Penuh Warna Warni
RESIPI KERABU SOTONG
Perkataan pertama sedap sangat!
Kecur liur cikgu. Segar rasanya.
Sos tu cikgu olah je ikut citarasa sendiri. Cikgu makan ratah je. Kalau dengan nasi sesuai makan dengan hidangan sup atau tomyam.
BAHAN-BAHAN KERABU SOTONG
-3 Ekor Sotong Saiz XL
– 1 biji mempelam lemak
– 1/6 setiap jenis lada benggala
– 1/3 bunga kantan
– 1/3 carrot
– 3 biji tomato ceri
– 1 batang serai
– 1 biji bawang besar
– 1 batang daun ketumbar
– 1/4 bawang besar
– 4 tangkai cili padi merah dan hijau
BAHAN-BAHAN SOS
– 2 sudu besar kicap sotong
– 1 sudu besar sos tiram
– 3/4 sudu besar gula perang castor
– 1/3 sudu besar garam bukit
-3 hirisan lemon- perah dan ambil jus sahaja
-Secubit dua serbuk lada hitam
-Sedikit cili flakes
1-Bersihkan 3 ekor sotong saiz XL.
Hiris bulat. Kemudian panaskan air. Celur sekejap dan toskan.
2-Sediakan bahan hiris.
– 1 biji mempelam lemak
– 1/6 setiap jenis lada benggala
– 1/3 bunga kantan
– 1/3 carrot
– 3 biji tomato ceri
– 1 batang serai
– 1 biji bawang besar
– 1 batang daun ketumbar
– 1/4 bawang besar
– 4 tangkai cili padi merah dan hijau
3-Gunakan mangkuk besar. Masukkan ;
– 2 sudu besar kicap sotong
– 1 sudu besar sos tiram
– 3/4 sudu besar gula perang castor
– 1/3 sudu besar garam bukit
-Kemudian, perah 3 hirisan lemon. Ambil jusnya sahaja
-Tambahkan juga secubit dua serbuk lada hitam dan cili flakes.
4-Kacau rata sos.
5-Masukkan bahan hirisan tadi beserta sotong. Gaul rata
6-Sedia untuk dinikmati terus atau simpan dalam peti seketika.
Jika selalu mak-mak buat bergedil biasa, cuba balutkan dengan kulit popia dan celup dalam bancuhan telur. Rasanya memang lebih sedap dan rangup. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau menu sarapan pagi untuk anak-anak. Makan satu pun dah kenyang.
Boleh cuba resipi Popia Bergedil yang dikongsikan oleh Puan Anie Nor ini.
Bahan-Bahan:
Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
Daun Sup/bawang dihiris halus
Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus (Nak ganti udang pun boleh)
Bawang goreng
Bawang putih digoreng dan ditumbuk
Lada cili / merah ikut citarasa
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.
2. Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (Kalau tak lekat letak air di mane bahagian yang tak lekat tu).
3. Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.
4. Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain, ambil bergedil popia tadi, celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.
5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup.
Selamat Mencuba semua
MW: Mudah je nak buat popia bergedil ni. Seperti buat bergedil biasa cuma balutkan dengan kulit popia dan salutkan dengan telur. Rasanya pasti lebih sedap dan rangup.
Bagi orang Johor otak-otak memang terkenal di negeri tersebut. Biasanya diletakkan di meja kedai-kedai makan dan harganya boleh mencecah RM0.90 sekeping.Rasa isi ikannya yang berempah, lemak, manis dan pedas dibungkus dalam daun kelapa.Otak-otak ni sedap dimakan dibakar panas, namun boleh juga dikukus untuk disejuk bekukan dijadikan inti popia.
Bagi penggemar otak-otak, jika selalu beli je kali ni bolehlah buat sendiri ikut resepi yang dikongsikan oleh Amie Samuri. Pasti lebih jimat dan boleh makan sepuas hati.
Berikut antara perkongsian tersebut:
Alhamdulillah.. Otak-Otak Bakar, bungkus guna daun pisang sahaja, daun kelapa takda, yang banyak daun kurma, tapi tak muat kecik sangat. Otak-otak terkenal dekat belah Johor, dibuat dari isi ikan, rempah-rempah, tambahan santan dan diperasa mengikut citarasa.Rasanya pula perlulah sedikit manis, lemak dan pedas.
Resepi Otak-Otak Bakar
Bahan A (dikisar, ditumis dan disejukkan)
3 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
1/2 labu besar bawang merah
3-4 batang serai dihiris halus
3 biji buah keras
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Bahan B
2 cawan isi ikan dikisar halus( saya guna tenggiri)
1 biji telur gred A
1/2 – 1 cawan santan pekat (ikut kepekatan adunan, jangan sampai terlalu cair)
2-3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kunyit
Pewarna merah jika mahu
Cara Membuat:
Bahan A yang siap ditumis digaul dengan Bahan B dalam 5 minit, (Rahsia untuk dapatkan isi yang kenyal) dan perasakan dengan gula, garam dan pak aji jika mahu. Isi nipis dalam daun pisang / daun kelapa, kalau tebal rasa tak ori.