
Kalau sebut coklat, anak-anaklah paling suka. Apatah lagi kalau biskut M&M yang ada taburan coklatnya di atas. Tentu menarik perhatian anak-anak.
Nak buat biskut M&M tak adalah susah sangat pun, lebih kurang sama dengan biskut coklatchip yang biasa mak-mak buat. Bezanya mungkin dengan taburan M&M yang berwarna warni itu paling memikat.
Bestnya, nak buat biskut M&M cuma gaul pakai senduk saja. Dah la terpaling senang, nak buat untuk raya nanti pun boleh.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Biskut Mazola ‘Lagend’ Guna Peanut Butter, Paling Mudah Dan Melting
Hanya 3 Bahan, 24K ‘Share’ Resipi Mudah & Sedap Guna Biskut Marie Ini!
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi Biskut M&M Paling Mudah
Biskut ini terpaling senang dan sedap, cantik.
Buat malam tadi, ½ jam je dh siap.
Gaul-gaul pakai senduk je.
Lepas tu, bakar dalam oven.
Bila biskut dah masak tinggal dalam oven supaya biskut ni sejuk.
Bangun pagi baru packing.
Bahan:
1 ketul butter (250 gm)
1 biji telur
1 cawan gula perang
3 cawan tepung gandum
1 cawan cornflakes – diramas kasar
Coklat M&M dan coklat chip secukupnya.
Caranya: Campurkan kesemua bahan di atas.
Info: Resipi asal sepatutnya masukkan tepung jagung dengan esen vanila tapi kehabisan, saya skip 2 bahan ini.
Biskut ni bakar 150°c selama 15-20 minit.

Biskut ini kalau boleh gentel besar-besar saiz chipsmore, sekejap saja siap.
1 adunan boleh dapat dalam 25-30 biji biskut saiz chipsmore.
Cuma yang lambatnya biskut ni bila nak letak coklat M&M kat atasnya.
Buat biskut raya pun sedap tau.
Mingguan Wanita : Bukan setakat anak saja suka, orang dewasa pun boleh tertarik.
Sumber: Suraya Yaacob
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Emelda Rosmila Kongsi 3 Resipi Smoothies Sedap, Pekat & Creamy, Tak Tinggi Kalori

Isi Kandungan
ToggleLama tak mendengar cerita pelakon cantik Emelda Rosmila Abdul Hamid, yang juga merupakan suri hati kepada pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie, 46, ini. Pada usia 39 tahun, wanita ini masih kekal cantik dan ramping menawan, malah tidak keberatan berkongsi antara rahsia cantik yang dirinya amalkan.
Selain jus selery, rupa-rupanya Emelda sangat menggemari pelbagai jenis buah-buahan, membuat smoothies sendiri dan meminumnya setiap hari sebagai amalan ketika waktu sarapan pagi.
Berikut 3 jenis resipi smoothies yang dikongsikan dan menjadi kegemaran pelakon ini.
Resipi 1
Bahan-Bahan:
2 biji Mangga (Beku)
2 biji pisang (Beku)
2 biji Peach
Setengah biji nenas
Sedikit Madu (Optional)
Kiub Ais (Optional)
Sedikit Air supaya mudah dikisar
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Menurut Emelda, smoothie ini boleh minum untuk 3 orang. Kombinasi buah mangga dan pisang menjadikan smoothie ini pekat dan berkrim. Namun tidak perlu bimbang, kerana ia tidak tinggi kalori malah manis buah tak sama dengan manisnya gula.
View this post on InstagramA post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
Resipi 2
Bahan-Bahan:
2 biji Epal Merah (Dibuang kulit & potong kiub)
1 biji pisang (Beku) (buat jadi pekat )
1 biji pisang
1 cawan atau lebih susu badam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil serbuk kayu manis
sedikit madu untuk rasa manis
sedikit kiub ais
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Menurut Emelda, smoothie ini sesuai diminum ketika waktu pagi dan petang. Ia buatkan kita kenyang dan boleh dijadikan sarapan pagi. Rasanya sangat sedap, berkrim, beraroma dan sangat baik untuk penghadaman.
View this post on InstagramA post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
Resipi 3
Bahan-Bahan:
1 biji mangga ( optional: boleh guna fresh atau frozen)
Nenas 1 biji ( optional: boleh guna separuh, 1 biji untuk 2 hidangan)
1 inci halia
1 cawan air sejuk atau suhu bilik *Nak sedap lagi boleh guna air kelapa
Sedikit kiub ais
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.

Menurut Emelda, smoothie ini kombinasi buah-buahan dan herba. Mangga, nenas dan halia mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Mangga kaya dengan beta-carotene untuk menyokong kulit dan mengelakkan kanser kulit.
Nenas pula, merupakan buah tropika yang kaya dengan vitamin, enzim dan anti oksidan. Ia meningkatkan sistem pertahanan tubuh, membina tulang yang kuat serta membantu penghadaman lebih baik serta rendah kalori. Halia pula mempunyai banyak mineral, amino asid dan lebih 500 enzim yang memberi ketenangan. Ia anti viral, anti bakteria dan anti parasit serta memnggalakan sistem imun yang sihat.
View this post on InstagramA post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
MW: Banyak sungguh kelebihan minum smoothies yang dikongsikan oleh pelakon ini, terutamanya jika di ambil ketika sarapan pagi. Jadi buat mak-mak yang nak kekal cantik dan jaga badan, bolehlah amalkan minum smoothies ini seperti yang dikongsikan oleh Emelda.
Sumber:Instagram emeldarosemila
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TIP MUDAH Untuk ‘Beginner’ Masak Agar-Agar,Tak Perlu Sukat Beriya Ikut Timbangan

Ada macam-macam tip untuk memasak agar-agar agar jadi cantik, dan teksturnya ikut citarasa yang kita inginkan. Bagi mak-mak yang baru nak belajar masak agar-agar boleh cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Zaleha Rusli ini. Senang je ikut tip ini, tak perlu sukat beriya ikut timbangan.
Berikut perkongsian tersebut;
Tips untuk beginner masak agar-agar dengan cantik dan berjaya.
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam mana-mana bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya..mesti dipadatkan.
Contoh seperti dalam gambar.
3. Nisbahkan agar-agar kepàda air/apa-apa cecair (termasuk susu/santan dsb) adalah:
Agar-agar : cecair
1 bekas : 4 bekas (keras-keras manja tapi kalau suka keras-keras sikit ok dah cantik )
1 bekas : 4.5 bekas (sedang-sedang saja)
1 bekas : 5 bekas (lembut. Tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat)
Nisbah air 4 ke 5 ikut kekentalan yang disukai.
Anggaran dia contoh agar-agar dapat 1 gelas, airnya 4 ke 5 gelas ikut suka kita nak keras mana. Kalau letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas tu.
Jadi tak perlu sukat-sukat beriya tepat-tepat sangat timbangan agar-agar/isipadu cecair sekiranya tak yakin.
Insya Allah jadi agar-agar tu nanti. Cubalah!

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini
MW: Jadi buat mak-mak yang pertama kali nak cuba buat agar-agar boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Mudah sangat tak perlu beria nak sukat dan ikut timbangan, agar-agar jadi cantik ikut citarasa yang kita mahukan.
Sumber: Zaleha Rusli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pening Fikir Hidangan berbuka Nanti, Bubur Ni Jadi Penyelamat!

Isi Kandungan
TogglePening memikirkan apa lagi hidangan untuk berbuka puasa petang nanti. Hujung Ramadan ni, ramai yang sibuk buat biskut raya dan kemas rumah. Kata orang, walau pun dalam tempoh PKP, raya tetap raya kan? So, jangan pening-pening. Kat rumah pun boleh beraya walau pun hanya dengan keluarga kecil masing-masing. https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Pening Pilih Hidangan Yang Ringkas Dan Cepat
Bila dah penat, tentu inginkan hidangan yang ringkas dimasak saja. Menjimatkan masa dan tenaga sebab tak perlu fikirkan lauk pauk lain dah. Selain itu, cukup mengenyangkan. Ha..boleh cuba tiga hidangan bubur ini. Mudah dan pantas!
Bubur Lambuk Kacang Kuda
Bahan-Bahan:
200 gram beras
125 gram kacang kuda yang diredam selama 8 jam
1 labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang serai – dititik
1.25 cm halia
1.25 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
1 kelopak bunga lawang
1 sudu teh serbuk rempah sup
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
50 gram ikan bilis
1 kiub pati ikan bilis
250 gram santan pekat
2 liter air
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis secukupnya
Jangan pening, mudah je buatnya:
- Rebus beras dan kacang kuda hingga beras kembang dan kacang kuda empuk. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis hingga wangi. Angkat dan kisar bersama kesemua bahan. Ketepikan.
- Menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis sebentar rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan serai. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati ikan bilis, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan kacang kuda tadi.
- Kacau sebentar masaklah sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info tambahan: Hidanglah dengan ditaburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atas bubur lambuk yang telah siap dimasak.
Bubur Ayam
Bahan-bahan:
200 gram beras
1 ½ liter air
1 keping dada ayam
1labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1.25 cm halia – dihiris halus
1 kiub stok ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
Cara Membuat:
- Masukkan air dan beras di dalam periuk dan rebus beras hingga kembang.
- Separuh dada ayam dipotong kecil-kecil dan separuh lagi digaul dengan garam dan serbuk lada hitam serta digoreng hingga masak dan dicarik-carik.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan isi ayam yang dipotong kecil hingga wangi.
- Setelah itu, masukkan kesemua bahan yang ditumis, stok ayam, garam, serbuk lada hitam, minyak bijan ke dalam periuk merebus beras tadi.
- Masak selama hingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info tambahan: Taburkan daun bawang yang telah dihiris, hirisan daging ayam yang telah digoreng serta bawang goreng di atas bubur.

Bubur Sayuran Berkeju
Bahan-bahan:
200 gram beras
1 1/2 liter air
200 ml susu segar
100 gram isi ayam – hiris kecil
200 gram daun bayam – hiris halus
200 gram brokoli – potong kecil
200 gram sawi Cina/Jepun – potong kecil
100 gram Sayur campur – potong kecil
2 keping keju cheddar
1 labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang – dihiris
Bawang goreng untuk hiasan
Cili merah untuk hiasan
Cara Membuat:
- Masukkan air dan beras di dalam periuk, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Setelah itu, masukkan bahan yang ditumis, isi ayam, brokoli, sayur campur, susu segar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam periuk bubur tadi.
- Masak selama 15 minit atau sehingga bubur agak memekat dan akhir sekali masukkan daun bayam dan sawi. Kacau sebentar dan segera tutupkan api.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Tambahan: Untuk yang vegetarian, bolehlah abaikan isi ayam.
https://www.mingguanwanita.my/bubur-lambuk-rice-cooker-sedapnya-macam-yang-selalu-dapat-di-masjid-1/
https://www.mingguanwanita.my/kerepek-labu-rangup-lemak-manis-kena-jemur-sekejap-baru-goreng/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI