Resipi Bihun PAMAHomemade, rasa sama macam yang segera punya. Ada bahan wajib kena masukkan dalam kuah bihun ni, barulah rasa dan baunya sama macam bihun segera PAMA yang kita beli tu.
Bukan apa, ada pelbagai mee segera di pasaran, Bihun PAMA ni antara paling sedap, terutama rasa sup nya tu. Rupanya mudah je nak buat sendiri di rumah, puas hati makan.
Boleh cuba cara dan dan resipi yang dikongsikan oleh Cik Pooja ini sebagai panduan;
Lama dah tak buat bihun PAMA HOMEMADE nih. Nahhh….ibu masak seperiuk! Sat gi anak-anak dok ulang cedok la nih. Resepi mudah ringkas sedap dan yang penting mengenyangkan.
Siapa dah try resepi ringkas byCikpooja nih, cer komen sikit.
Untuk yang nak resepi…nah amik ler.
Bihun PAMA Homemade. Rasa dia sama macam yang segera punya. Proses penyediaan hanya 10 minit.
Resepi mudah dan ringkas: (Penyediaan untuk 2 orang makan)
Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ketul kiub pati ayam maggi
1 sudu kecil lada sulah(yang putih)
sedikit daun sup dan daun bawang (potong)
1 liter air (agak-agak 1 jug kecik je)
secubit garam (jika perlu)
Bihun (secekak)
(Cikpooja suka guna bihun Jasminenih. Lembut dan sedap, bila masak tak mudah lunyai)
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak (agak-agak la yea)
2.Tumis bawang putih sampai kekuningan keemasan.
3. Masukkan air,kiub pati ayam,lada sulah,daun sup daun bawang.
*(Lada sulah tu lah sebenarnya yang buatkan rasa dan bau bihun kita jadi macam bihun PAMA tau! tak dak lada sulah ni, memang tak jadi lah bihun pama kome).
Ads
4. Bila dah menggelegak kuahnya masukkan bihun, reneh sampai bihunnya masak elok.
5. Kalau tak berapa cukup rasa masin, boleh masukkan secubit garam (agak-agak ikut citarasa la yea).
Okey siap! Boleh dihidang.
Kalau suka pedas, boleh taburkan serbuk cili ataih.Adoii sedap weyh. Kome wajib cuba.
Ads
Nota kaki;
*Nak tambah isi ayam atau carrot potong dadu pon boleh, lagi bertambah-tambah sedap.
Sekarang tengah musim buah belimbing buluh, boleh tahan banyak lebatnya berbuah bergugusan di pokok. Sampai tak termakan dan tak tahu nak buat apa. Sebenarnya, macam-macam boleh buat dengan buah belimbing ni. Selalunya digunakan dalam masakan, baik di buat sambal hitam, masak lemak cili padi, halwa, dicampur dalam sambal belacan dan sebagainya.
Mak-mak yang ada pokok belimbing buluh di rumah dan berbuah banyak, boleh cuba buat KEK BELIMBING BULUH pula. Menariknya, rasanya sedap macam kek biasa dan tak masam malah cara buat pun mudah ‘blend’ je.
Ikut perkongsian resipi daripada Shobri Aziz ini sebagai rujukan.
Kek belimbing buluh.Kenapa? Tak percaya? Sedap tak masam pun. Manis pun sedang saja. Bila letak hirisan belimbing tu baru terasa masam sikit suai rasa dengan kek tu. Cara buat pun mudah kita blend ja.
Bahan-Bahan:
12 biji belimbing buluh
1 cawan gula
1 cawan minyak
4 biji telur
½ sudu teh garam
2 cawan tepung kek
1 st soda bikarbonat
Cara Membuat
1. Kisar semua bahan diatas kecuali tepung kek dan sod bikarbont dalam 3 minit ke 5 minit macam tu.Selepas tu tuang dalam mangkuk besar.
2. Ayak tepung kek dan soda bikarbonat tu dulu, kemudian masukkan dalam mangkuk besar tadi.
3. Guna wire whipped saja untuk kacau sebati tak yah lama-lama sangat. Kalau tiada wire whipped ikut lah nak guna senduk kayu balik ka. Bagi sebati ja.
4. Dah siap tu bakarlah dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu, bakar pada suhu 160°C selama 50 minit. Siap!.
MW: Mudahnya resipi kek belimbing buluh ni. Jika banyak buah belimbing buluh tu dekat rumah, tak tahu nak buat apa, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Menariknya resipi cookies ala Famous Amos ni, mana taknya buat satu bancuhan boleh dapat 3 jenis! memanglah sangat mudah dan menjimatkan masa di dapur nak buat biskut raya. Sedap dan rangup pula tu rasanya. Nak buat untuk makan sendiri atau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Khomariah Norrohman ini sebagai panduan;
Terima kasih yang share resepi nie, nampak menarik cuba lah juga. Resepi sukatan gula untuk biskut nie manis ye, yang tak suka manis sangat boleh kurangkan gula.Bahan-bahan untuk cookies tu saya guna stok yang mana ada dekat rumah, saya bakar lebih masa nak bagi cookies ranggup..nak sedap guna bahan-bahan Premium.
RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS
(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)
Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.
250 gram Butter (nak sedap pakai pure butter) cth: lurpak
1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A
Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
sudu besar minyak
Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan.
1. RED VELVET COOKIES
Letak 1sdk serbuk koko.
Letak 2sdb pewarna redvelvet emulco.
Untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dengan butterscotch chip (pakai yang mana ada je..)
2. CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES
Cuma tambahkan topping dia ja callebaut coin tu dengan nestum.
3. CHOCOLATE ALMOND COOKIES
Letak serbuk koko dalam 4 sudu (callebaut cocoa powder).
Letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa-apa yang suka ok).
Seterusnya sejukkan adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1 jam.
Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.
Masukkan dalam Oven bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Mingguan Wanita: Memang menarik resipi Cookies Ala FAMOUS AMOS ni. Buat satu bancuhan asas je, boleh dapat 3 jenis terus. Memang menjimatkan masa mak-mak di dapur. Resipi wajib cuba raya ni.
Sedapnya makan pau panas-panas yang lembut lagi gebu. Namun nak buat pau sebegini ada caranya tersendiri. Mak-mak yang suka makan pau atau nak buat untuk anak-anak boleh cuba resipi Pau Gebu yang dikongsikan oleh Puan DyAn HaLim ini.Cukup mudah, senang nak buat, sedap dan yang paling penting puas hati makan bila buat sendiri.
Berikut perkongsian resipi pau gebu tersebut;
“Siap jugak pau gebuss mama. Ini baru la puas makan sendiri inti nak buh lebih-lebih pun tak apa kan. Seminggu cari pau panas-panas tak jumpa, last jumpa kedai bakery, buat sendiri je la.”
Bahan-Bahan:
1 pack mauripan*
2 sudu gula*
3/4 cawan air suam*
*Gaul sebati, tunggu naik kembang yis dalam 20minit
1/2 kg tepung pau**
2 sudu kecil shortening(lemak sayur)**
2 sudu besar susu pekat**
2 sudu kecil baking powder**
** gaul sebati
Cara Membuat:
1. Campurkan yis yang telah naik kembang dan campuran tepung tersebut.
2. Uli sampai tak lekat tepung kat tangan.Dian tak uli lama, lepas tu malas uli, pakai mixer. Rasa lekat kat tangan tu bubuh la tepung sikit kat tangan.
3.Dah Siap doh, rehatkan 20 minit. Doh akan kembang 2x ganda.
4.Tumbuk-tumbuk bagi kempis, uli balik.
5.Bulat-bulat kan ikut pau yang nak buat.
6.Lepas tu bubuh inti. Rehat kan pau, dah kembang seganda pau baru kukus dalam 10 minit je.
Info Ekstra!
Inti kaya boleh dibeli yang dah siap pack kat bakery.
Ok siap, Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya makan pau gebu panas-panas. Boleh letak inti banyak mana yang kita nak. Paling penting sedap dan puas hati bila buat sendiri.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...