Nak buat kuih muih untuk minum petang mahupun manisan hidangan berbuka puasa yang sedap tak semestinya kena buat resipi yang banyak bahan.Kadang kala resipi mudah seperti Bebola Ubi Keledek Kuning ini lah yang anak-anak paling suka dan berebut-rebut makan.Apatah lagi makan panas-panas selepas digoreng, memang tak cukup sepinggan. Habis licin semuanya.
Jika ada keledek kuning dan tepung beras di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Inul Darojiini.
Resipi Bebola Ubi Keledek kuning menawan hati. Mudah je. Pakai dua bahan. Anak anak suke gila makan. Sampai licin. Jom kita mula.
Bahan-Bahan:
6 ketul Ubi Keledek
1 cawan tepung beras
Cara Membuat:
1. Rebus ubi keledek. Kemudian tos kan.
2. Lepas tu lenyek kan sampai hancur.
3. Masukkan tepung beras satu cawan.
Ads
4.Gaul gaul bentukkan jadi bulat. (Bentuk tu terpulang la ye nak bentuk macam mana).
4. Panaskan minyak terus goreng.
5. Last tabur kan gula. Dah siap.
Ads
Nota :
Masa nak bentukkan tu memang akan melekit sikit.
Bila nak goreng api kene kecil tau. Kalau api besar cepat hangus.
Di izinkan share. Semoga membantu mak mak nak cepat siap masak untuk anak-anak.
MW:Menarik juga resipi Bebola Ubi Keledek Kuning ni, guna dua bahan je. Cukup sedap dan mudah nak sediakan. Mak-mak boleh cuba untuk minum petang atau manisan waktu berbuka nanti.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Meriah bila tiba musim cempedak. Bau harum cempedak itu boleh buat mak-mak terkenang-kenang. Nak goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu.
Peniaga ini, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan tidak berminyak.
“Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di Warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.
Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak. Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.
Resepi Cempedak Goreng
Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
1.Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
2. Marjerin atau minyak 3 sudu
3. Air kapur makan 2 sudu
4. Garam secukup rasa.
5. 2 cawan air suam.
6. Kunyit 1 sudu kecil
Cara-caranya
1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Chef Shukri, Warung Nasi Shukri Setia Alam Selangor.
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tepung bungkus merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan rasanya lemak manis.Kuih Tepung Bungkus juga dikenali sebagai Kuih Puteri Dua Sebilik. Ia merupakan kuih tradisional kegemaran ramai dan juga merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu.
Nak membuatnya tak susah mana, mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norfazleen Azliana sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
3 cawan santan pekat
sedikit garam
2 cawan tepung beras
Daun Pisang
(Inti)
Gula kerek (Gula Melaka) sekeping
2 cawan air
gula merah atas kita (warnakan inti)
3 sudu besar gula
1 biji kelapa Parut
Daun pandan
2 sudu tepung pulut
Cara Membuat:
(Inti)
Masak air gula, masukkan daun pandan, kelapa kacau sebati.Masukkan tepung dan tunggu sampai kering.
1.Kacau santan pekat dan garam sebati tanpa api.
2.Masukkan pula tepung beras dan kacau sampai sebati/larut, baru buka api.
3.Kacau dengan api sederhana sampai jadi begini.
4.Saya buat macam ni, buat lubang untuk letak inti.
5.Dah siap bungkus.Sedia untuk dikukus selama 20 minit.
Siap! Selamat mencuba!
Mak-mak boleh cuba buat tepung bungkus ni untuk minum petang. Buat sendiri lebih jimat, puas hati dan berbaloi.
Jika selalu mak-mak masak nasi putih berlauk sahaja, sesekali bila ada hari-hari istimewa boleh buat masak sendiri set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis yang sangat sedap ni. Memang berbaloi dan puas hati makan. Tak lah dapat makan Nasi Minyak waktu kenduri je.
Boleh cuba set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis resipi perkongsian Puan Nurul Ateekah ini;
Nasi Minyak ramai orang suka makan tiap kali kenduri, mesti rindukan nak makan nasi minyak. Malah,sekarang musim PKP, kenduri pula perlu ditangguhkan. Yang teringin nak makan nasi minyak, boleh lah cuba masak di rumah. Saya sertakan Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!
1.Nasi Minyak
Bahan-Bahan:
5 pot Beras Basmati
1 cawan Susu Cair
5 biji Bawang merah (dihiris halus)
3 biji Bawang putih (dihiris halus)
2cm Halia dihiris/atau ditumbuk
1 batang Serai (dikatok)
1 biji Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
1 batang kecil Kayu Manis
3 biji Bunga cengkih
2@3 sudu besar Minyak sapi
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (hujung sudu)
Garam dan serbuk perasa (agak-agak)
Cara Membuat:
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan.
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air atau ( air rebusan daging).
2.Tumiskan bahan-bahan nih sehingga Naik bau..haaa..Yang warna putih Tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing.memgeluarkan minyaknya)lemak beku Tu la…(macam minyak sapi Tu).
3.Masukkan ,kayu Manis,buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang,bawang putih,bawang merah,serai,halia.Tumis sehingga keperangan dan masukkan kunyit 1 sudu kecil.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan seketika.
5. Masukkan pula susu cair dan kacau sebati.
6. Masukkan air 5 pot beras= 5 kali x 1¼ cawan air atau ( air rebusan daging).
7.Lubangkan 4 tempat dan masukkan.pewarna kuning telur..tunggu 10 minit, gemburkan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.
*Siap. Taburkan bawang goreng,daun ketumbar dan kismis (jika suka).
2.Daging Masak Hitam
Bahan-Bahan:
1 kg daging (direbus sehingga empuk)
4@5 sudu besar Kacang peas dalam tin (jika suka)
Kismis
1 kotak @ 4 sudu besar kismis
½ botol kecil kicap Manis (saya guna cap kipas udang)
1 batang serai dikatok
2 batang Daun kari
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
3 sudu besar Gula pasir@gula Melaka
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
4 senduk Air rebusan daging
Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai,bawang yang dihiris, bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
2.Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk sup.(masak seketika).
4.Masukkan air asam jawa 1 sudu besar.
5.Masukkan kicap Manis, air rebusan daging dan masukkan sekali daging yang telah direbus.
6.Masukkan kismis,kacang peas dan biarkan agak sedikit kering.Kalau suka berkuah pun tak pe)
7.Perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam dan serbuk perasa. Siap dihidang.
*Kuah masak hitam NIH saya selalu masak sehari sebelum nak makan. Esok tu saya panaskan semula. Rasa kuah hitam ni melekat sampai dalam daging dan tulang.
*Air rebusan daging kambing atau lembu jangan dibuang, buat untuk masak nasi minyak bertambah sedap nasi minyak nanti. Tak pun boleh simpan untuk buat sup.
Acar Timun Bertumis
Bahan-Bahan:
1 biji Timun (dipotong panjang)
1 biji Lobak merah (dipotong panjang)
15 biji Bawang kecil
15 biji Bawang putih
2 cm Halia dihiris halus-halus
1 sudu besar Biji sawi
3 sudu besar Cili kisar
1 sudu besar Rempah Kari ikan
1 sudu besar Gula melaka
1 sudu besar Gula putih
2 sudu besar Kismis
2 sudu besar cuka
Garam
Serbuk perasa
1 batang Daun kari
3 sudu besar Minyak masak
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak masak, masukkan biji sawi dan daun kari.
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk kari dan masak seketika.
4.Masukkan,halia,bawang kecil dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan).
5.Apabila sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa dan kismis.
6.Masukkan lobak merah dan timun, masak lembut sehingga masak.
*Acar Timun Bertumis ini juga sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur atau ikut yang disukai.
MW:Menarik juga resipi lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis SEDAP ni. Sesekali tukar selera keluarga dan sesuai buat untuk hari-hari yang istimewa.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...