Ayam Pandan memang sedap makan dengan pulut kukus, nasi lemak, nasi putih atau dimakan begitu sahaja. Jika ada beli dada ayam boleh buat Resipi Ayam Pandan yang sangat mudah ini. Hanya guna 3 bahan utama dan perap menggunakan perencah bihun goreng je. Namun rasanya sangatlah sedap. Menarik kan!
Boleh cuba resipi Ayam pandan yang sangat mudah ni seperti yang dikongsikan oleh Puan Elaine Tan sebagai panduan;
Saya buat Ayam Pandan dengan Air Fryer (kalau takde air fryer, oven pun boleh)
First time buat, memang sedap!
Bahan-Bahan:
500gm dada ayam (potong ketul) boleh dapat dalam 25 ketul.
2 bungkus Perencah Bihun Goreng Adabi BELI DI SINI
2 sudu besar minyak
Daun pandan
Toothpick/satay stick BELI DI SINI
Cara Membuat:
1.Perap ayam dengan Perencah Bihun Goreng Adabi dengan minyak selama 3 jam.
2.Potong daun pandan.
3.Gulung ayam dengan daun pandan.
4.Cucuk dengan toothpick.
5.Susun dalam air fryer. Masak 20 minit dengan suhu 180°C. Lepas 10 minit, pusingkan ayam.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Ayam Pandan ni, guna 3 bahan je. Jadi kalau stok dada atau isi ayam banyak di rumah tu, boleh buat resepi yang dikongsikan ni. Memang sedap dan mudah je perap guna perencah bihun goreng.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Rupanya bunga kantan yang dah kembang juga boleh dimasak dan dijadikan menu yang sangat sedap. Apatah lagi dimakan dengan dengan nasi panas memang membuka selera. Tak perlu cari menu lain dah. Cara-cara membuatnya pun cukup mudah.
Hasil dari tuaian tadi kekawan.Kita masak bunga kantan goreng/tumis belacan dan ikan bilis goreng.Resepinya ada dlm gambar bagi kawan yang nak resepi tadi ya.Makan dengan nasi panas,mak mertua lalu pun aku tak nampak.
Bunga kantan masak goreng/tumis belacan bersama ikan bilis.
Bahan-Bahan:
Goreng ikan bilis hingga garing toskan.
Bunga kantan yang dah kembang dibasuh bersih dan diracik ambil yang muda sahaja.
Hiris nipis bawang merah,bawang putih dan cili padi.
Belacan secukupnya.
Cara Membuat:
1.Basuh bunga kantan terlebih dahulu kemudian racik bunga kantan buang dari tangkai mcm dalam gambar. Ambil yang muda sahaja baru lembut.
2.Goreng bawang merah,bawang putih,belacan dan cili padi hingga garing.Kemudian masukkan bunga kantan tadi kacau hingga sebati.
3.Masukkan perasa secukup rasa gaul sebati biarkan seketika sehingga masak.
4.Akhir sekali ikan bilis dah digoreng gaul sebati.Dah siap digoreng belacan.Makan dengan nasi panas.
MW: Menarik juga resipi bunga kantan tumis belacan ni, simple je cara membuatnya. Ingatkan bunga yang dah kembang tak boleh digunakan, rupanya boleh dimasak dijadikan menu yang sedap. Makan dengan nasi panas memang boleh bertambah-tambah.
Khas buat peminat colek, ini ada resipi serbuk colek kering. Hanya guna 4 bahan sahaja. Untuk mereka yang suka rasa pedas, ini serbuk colek pilihan kalian.
Setiap kali hendak makan buah-buahan seperti jambu, mempelam atau apa sahaja buah pilihan, gaul sahaja dengan serbuk colek ini.
Boleh cuba resipi serbuk colek kering oleh Mim Yusof via grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
“Awak suka makan colek dak?.
Mai kak mim ajar wat serbuk colek kering,
Bila rasa nak makan jambu, pelam ke, buh serbuk ni, gaul jer.
Senang jer buat dia, tengok cara kat gambar deh!”
BAHAN-BAHAN
Udang kering (1 cawan)
Belacan (2 inci)
Cili kering (10 biji, kalau nak pedas, lebihkan)
Gula (1½ cawan – tak de dalam gambar)
1-Potong cili kering, cuci bersih, toskan sampai kering airnya. Kemudian goreng semua bahan kecuali gula. Goreng tanpa minyak (sangai) sampai cili, belacan dan udang garing.
2-Ini yang sudah siap digoreng, sejukkan dulu sampai betul-betul sejuk. Selepas itu kisar kering. Kisar sekali dengan gula ye.
3-Jeng jeng, begini kejadiannya. Kalau hendak lagi masin tambah garam sikit, sebab udang dan belacan sudah masin. Simpan dalam balang.
4-Bila hendak makan, ceduk jer dan bubuh dalam pelam.
Sekali pandang nampak macam kuah Asam Pedas, tapi bila rasa sendiri barulah dapat tahu bezanya. Bagi orang Melaka resipi ni dipanggil Kuah Lada dan rasanya agak pedas berempah.Lebih istimewa kelapa bakar ditambah pada kuahnya untuk menambah aroma serta membangkitkan lagi rasanya.
Ini resipi Kuah Lada cara yang dikongsikan oleh Puan Durrani Damar sebagai rujukan buat mak-mak yang nak mencuba masak sendiri di rumah.
KUAH LADA KELAPA BAKAR
First time mama try masak ni. Orang Melaka panggil kuah lada. Rasa dia tak sama macam asam pedas biasa.Rasa dia luar biasa best dan bertambah sedap.Specialnya sebab ada kelapa bakar tau.Aroma dia tak bole bincang punya. Hehe. Ni ada resepi kat bawah, mama attach sekali untuk kawan-kawan FB semua.
Bahan-bahan Kisar :
Cili kering *
Halia *
Kunyit hidup *
Bawang merah *
Bawang putih *
1 sudu besar jintan manis *
1 sudu besar jintan putih *
1 sudu besar lada hitam *
1 sudu besar ketumbar *
Bahan-bahan Tumbuk :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
1 sudu besar halba ( digaul sahaja )
Kelapa bakar
Asam jawa
Air secukupnya
Daun limau purut (kalau takde pakai daun kesum )
Sayuran – tomato , terung @ kacang bendi
Garam & Aji secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan tumbuk dahulu .
3. Kemudian masukkan bahan kisar sampai naik bau.
4. Masukkan kelapa bakar yang dah dihiris @ ditumbuk .
5. Masukkan ikan, air asam jawa & air.Biar mendidih .
6. Masukkan daun limau purut @ daun kesum .
7. Masukkan terung, bendi atau tomato .
8. Masukkan garam dan aji secukup rasa.
MW:Menariknya resipi Kuah Lada ni. Kalau suka kuah yang pedas, pekat, berempah dan luarbiasa sedapnya boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...