
Isi Kandungan
ToggleBentuk apam ini bagaikan aiskrim cornetto apabila ia berbentuk kon, mempunyai lapisan berwarna warni dan lapisan coklat pada bahagian atasnya. Petang-petang ni, mak-mak bolehlah sediakan apam yang cantik ini sebagai hidangan minum petang untuk keluarga. Anak-anak mesti suka dengan bentuk menarik dan rasanya yang sedap.
Berikut merupakan resipi oleh Na Lee sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cawan matrik)*
Sedikit Esen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa-apa brand pun tak apa)
Cara Membuat:
1. Putar bahan-bahan yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit).
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
3.Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
4.Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
5.Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
6.Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.

Info Ekstra!
- Untuk buat kon boleh gunakan kertas pembungkus nasi dan staplerkan.Kertas dipotong bentuk segitiga & bentukkan jadi kon.
- Pastikan apam sejuk dahulu baru boleh letak toping coklat.
Selamat Mencuba!Kongsikan resipi Wajib ini kepada penggemar apam!
Sumber: Na Lee
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Insuran INSAN, Prof Dedah Bahaya Anak Muda Terjebak Hutang Kerana Tawarkan Servis WavPay

Isi Kandungan
ToggleIsu insuran INSAN, Prof dedah bahaya anak muda terjebak hutang kerana tawarkan servis WavPay. Sejak semalam, kecoh di media sosial berkaitan kebocoran data melibatkan pengundi di Selangor yang didaftarkan secara automatik dalam skim insuran INSAN dari kerajaan negeri Selangor.
Bagi yang kurang jelas mengenai apa dia insuran INSAN ini, ia merupakan) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.
Isu Insuran INSAN
Namun yang menjadi isu di sini ialah, berlaku kebocoran data di mana nama secara automatik berada dalam sistem ini walau tidak memohonnya. Dan lebih menambah kemusykilan ialah, seorang anak mendedahkan ibunya telah meninggal dunia tahun lalu tetapi nama wujud di dalam sistem ini.
Bagaiamana pun di sebalik isu kekecohan kebocoran data ini, seorang Profesor iaitu Prof Dr Rafidah Hanim Moktar yang merupakan seorang pensyarah dalam Fisiologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyuarakan kebimbangannya sebagai seorang ibu kerana ada sesuatu yang “tersembunyi” di sebalik skim ini iaitu ia disertakan dengan aplikasi WavPay yang menawarkan servis pemberi pinjaman wang yang boleh menjebakkan anak muda ke kancah berhutang.
Prof Dedah Bahaya Anak Muda Terjebak Hutang Kerana Tawarkan Servis WavPay
Isu ini disuarakan di fbnya.
Isu insuran INSAN oleh negeri Selangor ini benar-benar mengguris hati saya sebagai seorang ibu.
Kalau ada yang boleh explain, how it is actually a “good thing”?
Saya ada 4 orang anak pengundi muda di Selangor. Saya check semalam nama mereka ada didaftarkan. Ada tarikh mula dan tarikh expire. It’s already a policy. Bukan pra-pendaftaran.
Pertamanya isu “data breach”, this is clearly a violation of individual rights, dan saya memang terpaksa study PDPA, asking my children to study personal data act.
But equally disturbing is, INSAN ini datang bersama aplikasi WavPay yang ada servis “money-lender”.
Bagaimana kerajaan negeri boleh membenarkan syarikat sebegini mensasarkan secara langsung kepada pengundi muda mereka, budaya sebegini?
Sebagai seorang yang masih lagi rapat dengan anak-anak, saya boleh berpesan pada anak-anak jangan sesekali terjebak dengan khidmat loan sebegini. Kena pesan sungguh-sungguh kerana Apps dengan kemudahan klik sebegitu sudah banyak kali menjerumuskan orang muda ke arah bankrap.
Tetapi kalau ada anak-anak muda dari keluarga yang kurang faham hak data peribadi, kurang faham IT, tentang aplikasi atau konsep loan-shark…
Ada anak-anak muda (dari Undi18) ni yang baru nak bina hidup, sentiasa kesempitan dengan kerja yang hanya cukup-cukup makan, para pelajar kita, merasa “selamat” kerana apps/insuran yang diendorsed oleh kerajaan negeri menggunakan khidmat loan-shark tanpa mereka sedari atau faham implikasi.
Adakah saya yang over-paranoid, atau kita dah boleh endorsed loan-shark services atas nama insuran oleh kerajaan negeri?
Isu Syariah Compliance? Tukar dari konvensional kepada syariah compliant juga bukan semua anak-anak muda faham.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Terkejut Lihat Rupa Sebenar Isteri Tanpa Solekan, Berang Ditipu Lelaki Ini Failkan Penceraian

Suami Isteri Sanggup Berhutang Sebab Nak Hidup Senang, Bersyukurlah Apa Yang Ada!
Tak Suka Berhutang, Bantu Adik Beradik RAHSIA Orang Cina Kaya Berjaya
Pesakit Wanita Cabut Lari, Insurans Tak ‘Cover’ Bil Rawatan Hospital
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Poligami. Seronok bagi lelaki, derita bagi anak dan isteri. Faktanya, isteri yang dipoligamikan mudah mengalami depresi dan anak-anak alami “childhood trauma”. – Kaunselor Haji Hushim Haji Salleh.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Perginya Si Ibu Disaat PdPR..’ Guru Sebak Kenang Dedikasi Arwah

Isi Kandungan
ToggleAllahu, sebak guru ini, Diana Suhaimi mengenangkan si ibu kepada anak muridnya yang dijemput Ilahi sewaktu melahirkan anak kelimanya.
Allahyarham, seorang yang sangat dedikasi terhadap kerja sekolah sepanjang PdPR anaknya. Dan biarpun, ibu telah pergi keprihatinan terhadap tugasan anak diteruskan oleh pakcik anak itu.
Perginya Si Ibu Disaat PdPR
Kisah tentang seorang murid Tahun 4 saya. Seorang murid yang baik dan sangat berpotensi, yang tak pernah tertinggal untuk menghantar segala tugasan yang diberi.
Sepanjang PdPR ini, si ibulah yang akan menjadi orang tengah, mengambil gambar tugasan anak, menghantar pada saya, ucap terima kasih setiap kali saya respon pada tugasan si anak dan akan meminta maaf dahulu andai tugasan dihantar pada waktu malam.
Seorang ibu yang sangat cakna dengan ilmu si anak.
Sungguh, kematian itu pasti. Pada 15 Jun 2021, saya mendapat perkhabaran si ibu dijemput Ilahi saat sedang bertarung nyawa melahirkan anak kelima. Syahidnya seorang ibu, dan anak lahir tanpa sempat menatap wajah ibunya.
Perginya si ibu, meninggalkan anak-anak di rumah, yang setia menunggu si ibu untuk kembali bersama adik baru.
Saat menerima berita ini, kami semua cikgu terkesima. Terpampang di mata masing-masing wajah kesemua anak-anak arwah yang sedang kami mengajar, yang sulung Tahun 4, Tahun 1 dan Prasekolah. Sugul.
Anak Ini Tetap Menyiapkan Tugasan Dengan Bantuan Pakcik
PdPR diteruskan, tugasan masih diberikan seperti biasa. Pada kami, tidak lagi kami harapkan anak-anak ini untuk menghantar tugasan secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, hanya selepas beberapa hari perginya ibu, tiba-tiba saya menerima mesej daripada nombor arwah,
“Salam cikgu, saya … pakcik kepada (si anak). InsyaAllah, buat masa ini saya yang akan uruskan PdPR anak-anak arwah. Maaf atas kelewatan sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan termasuklah anak yang baru lahir.”
Allahu, air mata saya bergenang. Hati jadi bertambah sayu. Saat emosi si anak mungkin masih cuba menghadam kehilangan ibu, takkan sesekali dibiarkan larut dengan tidak menyiapkan amanah guru.
Semua tugasan disiapkan dengan baik dan si pakcik tetap menghantar segala tugasan seperti mana yang dilakukan si ibu dahulu.

Ketika itu, terasa mahu terbang merentas negeri, memeluk ibu sendiri.
PdPR ini, setiap kita ada bahagian ujian kita. Akan tetapi, moga kita tidak lupa dengan mereka yang ujiannya mungkin melebihi kadar kudrat kita. Reach out to them, let them know that we care and they are loved.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
Moga si ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan saya mohon juga kita doakan moga si ayah dan anak-anak arwah terus kuat dan InsyaAllah, mereka bertemu semula di syurgaNya. Al Fatihah.
Sumber/Foto : Diana Suhaimi
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bagusnya Diri Tak Perlu Beritahu, Orang Tahu Dan Dapat Merasai Kesan

Isi Kandungan
ToggleAlangkah bagusnya menjadi orang yang rendah diri, baik hatinya. Tak perlu beritahu orang lain akan kebaikan dirinya. Tetapi, dek kerana baiknya budi, orang sekeliling boleh merasai dan menerima manfaatnya.
Begitulah hebatnya kerendahan hati, ketinggian budi. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop, mengulas tentang kebaikan guru yang bersara dibalas oleh anak-anak muridnya dengan menghadiahkan sebuah kereta.
Ada teladan yang boleh dipelajari oleh orang ramai, Lihatlah dengan mata hati, akan kau temui keindahannya.
Guru Bersara Terima Hadiah Kereta Dari Anak Murid
Semalam terbaca kisah cikgu ni. Cikgu nak bersara. Masa majlis persaraan tu, terkejut cikgu bila tengok anak muridnya semua sama-sama kongsi duit belikan beliau kereta.
Lepas tu saya baca komen ramai orang di bawah tu. Ada antaranya anak murid beliau sendiri yang komen.
“Cikgu layak dapat lebih. Tapi ni je kami mampu bagi.”
“Cikgu sangat baik. Tak pernah cakap buruk pasal kami.”
“Cikgu selalu kata kami semua memang dah pandai. Cuma belum jumpa cara je lagi.”
Cikgu tu sendiri pula cuma kata begini. Beliau cuma cikgu biasa. Yang bagus tu adalah pengetua, cikgu lain dan muridnya sendiri.
Apa yang kita boleh belajar dari sini.
Kisah Orang Rendah Diri, Baik Hati
Pertamanya. Kisah orang rendah diri. Dan baik hati. Orang lain semuanya bagus. Dia rasa dia biasa je. Tak cerita apa pun baik dia. Tapi orang tahu dia baik dan terbaik.
Hidup dalam akhir zaman ni memang kebanyakkan orang akan berlumba-lumba nak tunjuk dia yang terpaling sempurna. Baik. Pandai. Hebat. Kaya.
Namun baiknya kita, pandainya kita, hebatnya kita, kayanya kita tidaklah sampai ke level mana sekiranya cuma kita yang rasa. Tapi tidak sampai hasilnya pada orang lain di keliling kita.
Keduanya. Cikgu kata anak murid dia semua dah pandai pun. Cuma belum jumpa cara.
Sangkaan baik pada orang lain akan buat satu perkara ni. Buat kita rasa rendah diri. Dan percaya orang lain pun boleh cuma masanya belum tiba lagi. Apatah lagi nak pandang buruk pada orang lain yang tak punya sama kesempatan rezeki. Benda ini akan buat kita layan semua orang dengan rasa ringan hati.
Ketiganya. Cikgu kata pengetua baik. Kawan kerja baik. Murid baik. Semua orang baik. Saya kira begitulah cikgu hidup dengan orang lain juga.
Baca sini : Biar beribu orang mengata, asal suami pertahan, sokong, isteri kuar hadap segalanya

Kalau Kita Orang Yang Bagus, Tak Perlu Beritahu Orang
Menanam rasa semua orang lain lebih baik dari kita ni bukan benda mudah dan biasa. Lagi pula bila orang tu terlihat kurang dek ujian pandangan mata kita. Kadang kita manusia ni Tuhan uji cuma dengan sedikit saja kelebihan pun sudah jadi sombong mendabik dada.
Benar sekali pesan suami saya.
“Kalau kita memang orang yang bagus, kita tak perlu bagitahu orang. Orang tahu. Sebab bagus kita tu bukan kita yang rasa-rasa tapi orang lain yang merasa kesan bagusnya seorang kita.”
Kerana itu semua nikmat adalah kelebihan. Juga beban ujian pada masa yang sama. Dan untuk meringankan kelebihan dan beban ini, perlu diletak di atas semuanya adalah…
Akhlak.
Mingguan Wanita : Jadilah orang yang baik. Kerana, akhirnya kebaikan itu bukan saja berbalik pada diri, malah orang lain yang merasai kebaikannya.
Sumber/Foto : Siti Suryani Yaakop
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI