
Musim-musim panas nie, mesti mak-mak mencari ais je. Dahaga katakan. Kalau boleh tak nak ais kosong saja, mahunya ais yang manis-manis. Tambah-tambah sekarang nie bukan senang nak dapatkan ais yang best ikut tekak kita.
Apa kata mak-mak buat sendiri air jagung leleh yang dikongsi oleh Fyza Shah. Bukan mak-mak je yang suka, anak-anak lagilah. Menurut Fyza:
“Air jagung blended yang lemak manis, tekstur yang super gebu, boleh sejukkan tekak yang kering dengan keadaan cuaca sekarang ni. Segelas pun tak cukup ni.
“Resipinya cukup senang, hanya guna lima bahan sahaja.
Bahan-bahan:
Kordial jagung
Susu pekat
Susu cair
Gula
Krim jagung/aiskrim

1. Masak air jagung dulu.
2. Lepas tu, masukkan susu pekat. Tambah susu cair dan kacau. Baunya pun dah wangi.
3. Kemudian, bekukan.
4. Apabila sudah keras, kisar halus macam nie.
5. Siap. Boleh letak topping dengan krim jagung dan aiskrim. Superbbb…
Sumber: Fyza Shah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahan Rahsia AYAM MASAK KURMA Resipi Abah, Sedapnya Sampai Ke Kuah Habis Licin!

Isi Kandungan
ToggleAyam Masak Kurma memang ramai yang suka buat, apatah lagi menu ni tak pedas, anak-anak memang suka. Nak buat Ayam Masak Kurma yang sedap ada ramuan rahsianya yang tersendiri.Rupanya kena masukkan badam, daun ketumbar dan daun bawang kisar masa tumis, barulah Ayam Masak Kurma bertambah sedap, sampai ke kuah habis licin.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini sebagai rujukan.
Dah masak untuk makan tengah hari ke tu uiiii? Meh nak kongsikan resipi Ayam Masak Kurma resipi dari abah kakchik. Dulu kalau bulan puasa abah selalu masak untuk kami sekeluarga.
Abah buat pekat kuahnya, nanti boleh cicah dengan roti atau lempeng. Selalu kalau kat kedai makan memang kakchik tak memandang lauk Kurma.Tapi kalau abah yang masak, sampai ke kuah habis licin. Rupanya ada bahan rahsia yang abah bubuh. Jom kita buat.
Bahan-bahan (Tumis):
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ½ pek kecil rempah kurma MakSiti
Rempah 4 sekawan
Daun bawang
Daun ketumbar
Badam
½ ekor Ayam
Sedikit air
pes asam jawa
kentang potong dadu
lobak merah
1/4 cawan santan
Kentang
Lobak Merah
cili hijau
bawang merah
tomato
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Tumiskan bahan tumisan yang dikisar sampai naik bau.
2. Bila dah garing masukkan serbuk Kurma.
3. Ini bahan rahsia kenapa Kurma abah sedap. Kisarkan Daun bawang, Daun ketumbar dan Badam tadi. Masukkan dalam bahan tumisan yang dah pecah minyak tadi. Masa ini bau dia yaaaa ampun. Berjoget cacing kelaparan.
4. Biarkan bahan tadi pecah minyak barulah masukkan ayam. Kacau kacau Kan semua bahan biar mesra.
5. Bila semua bahan dah mesra elok muafakat membawa berkat masukkan air.
6. Masukkan juga pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja tau. Jangan kau yang bermasam muka. Kita bukan nak masak asam pedas.
7. Masukkan kentang.
8. Masukkan lobak. Senang kerja mak tak payah masak sayur dah. Ikut suka ya nak masukkan boleh, tak nak pun takpe.
9. Bila semua bahan dah empuk elok. Masukkan Santan ¼. Cawan.
10. Masukkan cili hijau, bawang merah dan tomato. Berkabus dapur oiii. Macam Kat London. Hahaha
11. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera lah ye. Ejas sampai rasa yang kau nak cukup rasa.
12. Dah siapppppp. Perghhh ini kalau abah nampak mesti kata jadi dah ni jadi. Hahahaha.
Hidangkan pada anak dan suami. Selamat mencuba.
Memancor mancor oi. Nampaknya kena masak 5 pot nasi hari ni. Kalau bernasib baik boleh buat lempeng petang nanti cicah kuah Kurma. Kalau tak kita masak lain lah untuk malam.
Dah siap masak, jerit pada suami Dan anak. Panggil mereka makan. Pesan siap siap jangan tinggal kan baki. Mak nak diet. Dah berapa kali hati Isnin ni. Hishhhh
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:
ISI AYAM Tak Laku, Bila Masak Begini Licin Habis Makan Anak Beranak!
CARA Simpan Ayam Elok Seketul-Seketul Tak Melekat, Senang Nak Masak!

Mingguan Wanita : Rupanya kena masukkan badam, daun ketumbar dan daun bawang kisar masa tumis, barulah Ayam Masak Kurma bertambah sedap, sampai ke kuah habis licin. Boleh cuba tip ni nanti.
Sumber : Umi Watie
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Goreng Dengan Marjerin, KEREPEK PISANG Rangup, Sedap Berlemak Tak Perlu Letak Garam!

Isi Kandungan
ToggleRupanya nak buat kerepek pisang yang rangup, sedap berlemak malah tak perlu letak garam langsung, kena goreng dengan marjerin. Memang elok hasilnya nanti.
Memang puas hati dan lebih jimat bila buat kerepek pisang sendiri di rumah. Nak buat niaga pun boleh sangat!
Boleh cuba buat sendiri kerepek pisang rangup yang mudah guna 3 bahan seperti yang dikongsikan oleh Puan Khaula Anis ini.
Kerepek pisang mudah 3 bahan.Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng. Rahsia dari peniaga kerepek.
Bahan-Bahan:
1 sikat Pisang Berangan
1 cawan Marjerin (200g)
1/2 kilo Minyak masak
Cara Membuat:
1. Kupas kulit pisang.
2. Kemudian sagat. Sagat terus pun boleh, nak sagat dalam pinggan lain dulu baru goreng pun boleh.
3. Masukkan marjerin ke dalam minyak panas.
4.Kemudian masukkan pisang yang telah disagat tadi dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Info Ekstra!
- Memang sedap berlemak kerepeknya bila goreng dengan marjerin ni.
- Tak payah letak garam langsung, masin marjerin meresap dalam pisang masa goreng. Jadi tak perlu guna air garam.
Siap!
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Rendam Air Garam Perah Sekejap, KEREPEK PERIA Garing Rangup, Sedap Tak Pahit!
Baca Lagi Di Sini:Kerepek Kentang Bilis Kacang Sambal Pedas Manis Sedap, Rangup Tak Serap Minyak!
Artikel Menarik:Cara Buat Kerepek Kentang Homemade Nipis & Rangup, Goreng Cantik Tak Hangit!
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat sendiri kerepek pisang rangup, sedap berlemak. Goreng dengan marjerin tak perlu letak garam pun. Boleh cuba nanti.
Sumber:Khaula Anis
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lengkuas Tak Akan Kecut Kalau Simpan Cara Ini, Tahan Berbulan Syaratnya Letak Dalam Peti Ais

Isi Kandungan
ToggleMak-mak yang dekat rumah tu selalu susah hati bila bahan masak macam serai, lengkuas, halia yang nak diguna tiba-tiba dah kecut.
Ini semua sebab rajin sangat masuk dapur atau sibuk sangat bekerja tapi hujung minggu tetap nak kena masakkan anak-anak dan suami.
Cuba kaedah ini. Sebab wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer dah cuba teknik ini dekat dua minggu. Barulah boleh rekomen dekat mak-mak yang tengah susah hati tu.
UPDATE: Lengkuas yang disimpan dengan cara ini dalam peti ais, boleh tahan berbulan-bulan
Bahan Diperlukan
Lengkuas yang mak-mak nak simpan
Botol kaca atau plastik
Air
Caranya
1. Buang bahagian gelap lengkuas.
2. Masukkan dalam botol kaca atau plastik.

3. Masukkan air sampai tenggelam lengkuas tu.
4. Simpan dalam peti ais. Boleh tahan berbulan-bulan. Tapi janganlah sampai tahun ya. Teruk beno tahap kerajinan memasak mak-mak ni.
5. Kalau letak di luar dinasihatkan tukar airnya selang 3 hari. Kalau simpan dalam peti ais, selepas seminggu atau bila nak guna, tukarlah airnya. Sebab bila dibiarkan lama airnya akan keruh dan lengkuas jadi kurang sedar.
via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI