Sedapnya resipi campak-campak udang masak berempah ni. Kalau suka berkuah mak-mak boleh tambah air sikit. Bukan apa menu udang ni memang boleh pelbagai ikut citarasa.Jika selalu buat resipi yang sama je, boleh cuba kelainan ikut resipi ni. Memang mudah, campak-campak je. Makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi daripada Puan Natasha Qalisyaini sebagai rujukan;
Udang masak berempah, Resepi campak-campak.
Bahan-Bahan:
1/2 Kilo Udang
2 sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan
2 sudu besar serbuk Cili
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Kicap ABC
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit garam &perencah secukup rasa
1@2 tangkai Daun kari
Bawang putih & bawang merah (dihiris)
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan rempah dan sos di atas.Masak sampai pecah minyak dan tambah air sikit-sikit je.
2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang, garam dan serbuk secukup rasa.
‘Bukan hanya golongan miskin, seluruh dunia terjejas.’ Bersediakah kita, bekalan makanan berkurang tahun depan. Adakah wujud jaminan bahawa keluarga terutamanya anak-anak kita cukup bekalan makanan tahun depan.
Sebagai mak, ayah pasti ini merunsingkan kerana situasi sekarang pun telah menunjukkan beberapa produk makanan berkurangan di pasaran. Jika keadaan bertambah buruk pada tahun hadapan, tentu ianya akan memberi impak besar kepada kita.
Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), David Beasley telah memberi amaran bahawa bekalan makanan berkemungkinan lebih sukar untuk diperoleh menjelang tahun depan ekoran pelbagai krisis seluruh dunia yang berlaku serentak, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK), baru-baru ini.
Malah menurut Beasley, dunia kini diselubungi situasi yang digambarkan sebagai konflik ‘ribut lengkap’ yang terdiri daripada kejutan iklim, perang Russia-Ukraine dan kemusnahan ekonomi selama dua tahun akibat Covid-19.
Seluruh Dunia Terjejas
Beliau menegaskan bahawa Ukraine yang digelar ‘bakul roti dunia’ telah berhenti membekalkan makanan.
Tindakan tersebut menimbulkan beberapa masalah tertentu yang diburukkan lagi dengan lonjakan kos bahan api dan baja, lantas mewujudkan ‘ribut kemelesetan ekonomi yang lengkap’.
“WFP berdepan kesukaran menetapkan harga makanan utama, yang telah menimbulkan cabaran buat golongan miskin.
“Menjelang tahun hadapan, disebabkan kemarau dan krisis baja, kita mungkin berdepan dengan masalah ketersediaan makanan yang lebih dahsyat,” ujar Beasley.
WFP sebelum ini memberi amaran bahawa sehingga 345 juta penduduk dunia diramal berada dalam keadaan ekonomi yang sangat teruk untuk mendapatkan bekalan makanan atau berisiko tinggi, merentasi 82 negara.
Tambahnya, kegagalan para pemimpin dunia dalam mencari jalan penyelesaian untuk membuka pelabuhan di wilayah Odesa, Ukraine dilihat sebagai pengisytiharan perang terhadap keselamatan makanan.
Namun begitu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turki, Ukraine dan Russia sedang menjalankan rundingan dalam usaha untuk membolehkan makanan dieksport semula.
Bekalan Makanan Berkurang Tahun Depan
Setakat ini, sebanyak 26 negara telah pun mengharamkan eksport makanan bagi menjamin bekalan yang mencukupi bagi pasaran domestik.
“Jika rantaian bekalan makanan terganggu akibat keadaan panik dalam pasaran, orang ramai akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan.
“Ia akan menjejaskan semua penduduk dunia, dan tidak terhad kepada golongan miskin semata-mata,” tegas Beasley. – Agensi
Mingguan Wanita : Semoga apa yang diramalkan tidak menjadi kenyataan kerana bukan mudah bila bekalan makanan tak mencukupi.
Semalam tular di media sosial kes seorang pelajar perempuan maut, Nur Afini Roslan, manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas.
“Memang arwah seorang yang sangat aktif dalam sukan memanah.”
Ibu saudara Adik Afini yang enggan dikenali ketika ditemui pemberita di perkarangan unit forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkata kali terakhir berjumpa dengan anak saudaranya itu adalah sekitar Disember lepas.
“Arwah ini juga cucu saudara Rabuan Pit (bekas atlet olahraga) dan difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anak saudaranya sedang menjalani latihan kawad di padang sekolah, sempena hari sukan sekolah yang berlangsung esok.
“Dia dan adik-beradiknya yang lain sangat aktif bersukan dan pernah mewakili Pahang dalam sukan memanah. Walaupun sudah berpindah sekolah dari Kuantan, Pahang ke Gemas awal tahun ini, dia masih aktif dengan sukan itu malah kini bapanya sendiri yang menjadi jurulatih.”
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini, anak keempat daripada lima beradik maut, manakala dua cedera iaitu Abdullah Hazlan, 14, pelajar Tingkatan Dua dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pelajar Tingkatan Satu sekolah itu.
Beliau yang menetap di Klang, Selangor berkata di Gemas, arwah tinggal bersama bapanya manakala ibu dan empat lagi adik-beradiknya masih menetap di Kuantan.
Luahan Mak Ayah Arwah Adik Nur Afini
Sementara itu, bapa mangsa Roslan Samad, 55, ketika ditemui berkata, beliau reda dengan pemergian anaknya dan berharap kejadian malang yang menimpa anaknya itu tidak akan berulang lagi.
“Saya harap kejadian ini tidak berulang pada masa akan datang dan perlu siasatan lanjut (mengenai) perkara ini,”
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri sedang menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan insiden berkenaan.
“JPN sudah menetapkan peraturan bagi kontraktor menjalankan kerja pembersihan di setiap sekolah termasuk waktu dan situasi yang sesuai. Ini yang kita nak siasat sama ada kontraktor ini mendapat kebenaran atau sebaliknya untuk memotong rumput di padang sekolah itu,”
Hormati Emosi Keluarga Arwah
Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Mohd Yusoff Ismail berharap orang ramai segera menghentikan tular gambar kejadian itu sebagai menghormati perasaan keluarga mangsa.
“Bagi pihak seluruh warga sekolah, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan diharap keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Saya akan membantu sedaya upaya untuk melicinkan proses menguruskan jenazah,”
“Kami juga berharap orang ramai menghormati perasaan keluarga mangsa dengan tidak menyebarkan gambar sedemikian.
Terdahulu, jenazah tiba di HTJS untuk dibedah siasat pada pukul 3.45 petang diiringi bapanya dan polis.
Nur Afini dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sungai Kelamah, Gemas.
Sumber: Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan mahupun obesiti, macam-macam cara diusahakan untuk menurunkannya. Melalui senaman, kawal pengambilan makanan dan sebagainya. Selalu yang menjadi punca berat badan berlebihan ini apabila sukar untuk mengawal pengambilan makanan dan suka makan dalam kuantiti yang banyak.
Bagi mengatasi masalah ini, sekumpulan penyelidik dari New Zealand mencipta sejenis alat menurunkan berat badan dengan mengunci rahang pemakai daripada terbuka luas sekali gus menahan diri daripada makan dalam kuantiti yang banyak, lapor akhbar The Sun semalam.
Alat Turunkan Berat Badan
Digelar sebagai ‘alat menurunkan berat badan pertama di dunia’ peranti menggunakan magnet itu menghalang mulut daripada terbuka melebihi 2 milimeter.
Menurut perekanya, alat tersebut dapat mengehadkan amalan pemakanan kepada diet berasaskan cecair.
Bagaimanapun, pemakai masih boleh bercakap dan bernafas dengan normal selain terdapat fungsi keselamatan yang membolehkan alat tersebut dicabut jika berlakunya serangan panik atau tercekik.
Bantu Cegah Obesiti
Menurut Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton, alat itu adalah selamat digunakan untuk membantu mencegah obesiti.
“Alat tersebut akan dimasukkan di sekeliling gigi oleh doktor gigi dan ia merupakan alternatif kepada prosedur pembedahan yang tidak invasif, boleh dicabut, menjimatkan dan menarik.
“Tidak ada kesan buruk jika memakai alat ini,” katanya.
Pro-Naib Canselor Sains Kesihatan Universiti Otago merangkap ketua penyelidik, Profesor Paul Brunton
Berat Badan Berkurangan
Menurut penerbitan British Dental Journal, enam responden yang mengambil bahagian dalam ujian pemakaian alat tersebut menunjukkan mereka hilang berat badan secara purata 6.36 kilogram dalam masa dua minggu.
Dalam pada itu, alat tersebut mencetuskan kontroversi di internet selepas ramai pengguna berpendapat ia tidak sesuai untuk digunakan.
“Saya rasa ia agak teruk dan menjatuhkan maruah,” tulis seorang pengguna di Twitter.
“Masalah kami, golongan berbadan gempal ini adalah kami tidak boleh menutup mulut kami (daripada untuk terus makan),” tulis seorang lagi pengguna.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...