Jika selalu buat rendang ayam atau daging, mak-mak boleh cuba kelainan dengan buat rendang telur. Malah, jimat sikit bajet tak semahal harga ayam dan daging. Menurut perkongsian pemilik resipi Puan Siti Anah Saleh, rendang telur ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak mahupun pulut kuning.
Berikut resipi yang dikongsikan sebagai rujukan;
“Hari mak try buat nasi lemak rendang telur.Terima kasih pada pencetus idea ni Pak long semenyih tu.Firstime buat rendang telur sampai anak pun tanye, mak tiru resepi siapa ni. Rendang ni kalau makan dengan nasi lemak atau pulut kuning ok lah.Kalau makan dengan nasi putih tentulah sedap rendang ayam atau daging”
Bahan-Bahan:
Telur anggaran 30 biji
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
11 ulas bawang merah
Cili kering / cili api ikut suka banyak mane
2 sudu makan rempah kari daging babas ( terpulang rempah jenama lain)
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan kerisik
1/2 caw santan kotak (mak memang guna santan tak banyak)
2 helai daun kunyit.
Asam keping, gula dan garam secukup rasa
Ads
Cara Membuat:
1.Rebus telur dan goreng dalam kuali, tapi kalau tak goreng pun ok je.
2.Kisar bawang, halia, lengkuas, serai dan cili, serta sehelai daun kunyit.
3.Tumis bahan yang dikisar agak-agak wangi masukkann rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.
4.Masukkann santan, asam keping, gula & garam.
5.Tambahkan sikit air letak asam keping masukan kerisik.
6.Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan telur.Terpulang nak kuah banyak ke kuah kering.
7.Taburkan rendang dengan hirisan daun kunyit.
Ads
Siap!
Ads
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.
Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak tukar selera atau tengah bajet bahan basah, boleh cuba resipi rendang telur yang dikongsikan ini. Sedap dimakan bersama nasi lemak atau pulut kuning.
Baru-baru ini viral beberapa jenama sardin dalam tin ditarik semula penjualannya dari pasaran kerana mempunyai cacing.Memang geli dan naik loya bila memikirkan semula. Terus rasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan cara pembuatannya sardin dalam tin ini.
Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je sardin di rumah. Pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan! Ialah jika dulu sardin dianggap ‘menu bajet’ dan sering jadi pilihan kerana harganya yang agak murah, namun sekarang tidak lagi. Ramai yang mengeluh kerana satu tin sardin kian mahal dan boleh tahan harganya.
Kalau dah begitu, apakata mak-mak cuba buat sendiri sardin di rumah ikut resipi ini;
Bahan-Bahan:
1 kg ikan sardin (buang kepala dan ekor)
2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
Sedikit garam dan perasa
Cara Membuat:
1.Tumis bawang besar, bawang putih,halia sebentar didalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker).
2.Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.
3.Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.
4.Tambahkan garam dan perasa.
5.Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit.Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).
Siap!Boleh dihidang.
Info Ekstra:
1. Lepaskan ‘pressure’ perlahan-lahan dan buka penutup.
2. Sekiranya terlalu berkuah, boleh reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.
3. Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
4. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
5. Jika guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Kredit Resipi: Junaidah Bujang
Foto:Chef Sue M.Arukin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dodol juga antara manisan kegemaran ramai sering disediakan sewaktu hari raya. Jika di buat secara tradisi, memang makan masa yang lama berjam-jam nak kacau dodol ni. Namun jika teringin nak buat sendiri dan makan-makan untuk keluarga boleh cuba buat dodol, kacau dalam periuk non stick je. Mudah dan sedap, dalam masa satu jam setengah dah boleh siap dan makan. Malah elok kejadian dan berkilau cantik warnanya.
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Suzana Nurin Iham in i sebagai rujukan;
Dodol homemade.Kesukaan anak-anak. Bila anak-anak puji dodol mama buat sedap, hilang rasa penat masa mendayung kacau dodol.Disini saya kongsikan resepi dodol terlajak sedap.
Bahan-Bahan:
1 kilo gula merah + 5 cawan air
Masak tapis biar sejuk
1 kilo santan
500 gram tepung pulut
4 Sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan tapis dalam periuk.
2.Kacau 1jam 1/2 kalau guna periuk Non stik, kacau sampai berkilat pecah minyak.
3.Kalau guna periuk noxxa steam 10 minit, selepas tu tekan stir fry kacau sampai masak.
# periuk noxxa saya rosak guna periuk Non stik je laa.
Resepi ni boleh dapat 2 kilo lebih dodol.
MW: Mudah je nak buat dodol rupanya, tak lah lama sangat nak kacau kalau guna periuk non stick pun boleh. Paling penting elok kejadiannya dan berkilau cantik warnanya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Ramai yang mengatakan makan pulut boleh buat angin dalam badan yang menyebabkan kita lemah dan lemau. Tetapi kalau tahu cara masak yang betul, anda boleh makan pulut tanpa perlu bimbang kesan pada tubuh badan.
Ok, sebenarnya makanan yang kita ambil perlulah bersederhana, setiap makanan ciptaan Allah membawa kebaikan kepada hamba-hambanya. Janganlah menyalahkan sesuatu masakan itu.
Jadi kalau nak tahu cara masak pulut yang betul, semak perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal ini…
Ada orang memang terus sakit perut, sakit urat satu badan, sakit kepala (angin naik ke kepala) bila makan pulut, kan?
Pulut atau ‘glutinous/sticky/sweet rice’ memang sifatnya sedikit ‘berangin’.
Tapi ada cara yang boleh membantu anda makan dan jika tidak dapat hilangkan terus anginnya pun, kurangkannya sedikit.
Cara Masak Sebelum Makan Pulut
1. ‘Wajib’ rendam semalaman. Untuk membuang phyctic acid di dalamnya.
Rendam dan esoknya buang air rendaman, masak seperti biasa.
Biasanya antara penyebab utama ‘bloating’ adalah beras pulutnya tidak direndam lama sebelum dimasak.
2. Masak bersama hirisan halia.
Halia antara makanan yang membantu menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan.
Seperti mana kita kukus keledek (juga penyebab ‘bloating’) bersama halia untuk mengelakkan masalah ini, lakukan yang sama dengan masakan pulut.
3. Pastikan kombinasi makanan yang sesuai. Biasanya kombinasi makanan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan ‘gastronomical problems’, ketidakhadaman dan penghasilan gas dalam perut.
Hasilnya, ‘bloating’.
Grain (beras) adalah makanan yang sesuai digandingkan dengan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, sayuran.
Kombinasi ‘grain’ dengan makanan apa yang tidak sesuai?
BUAH.
Biasa makan pulut mangga dan rasa perut tidak selesa? 🙂
Sekali dua mungkin ok.
Tapi jika selalu, masalah penghadaman yang selalu di’stimulate’ dengan kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman menjadi semakin lemah (selalu ada gas).
Bagaimana dapat kita capai kesihatan yang optimum jika begitu?
Perut yang ‘sihat’, hasilnya badan yang sihat.
Foto:
Breakfast hari ini.
Pagi tadi masak saja pulut yang sudah direndam malam tadi.
Letak hirisan halia.
Menu daging masak merah siap ½ jam. Allah bantu permudahkan dengan rempah masak merah Oven Nini.
Selamat makan pulut!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...