Bagi mak-mak yang suka petai, waktu musim petai ni lah kena buat stok jadi bila teringin nak makan tu dah ada. Tapi kena tahu cara simpan yang betul barulah petai kekal segar dan rangup.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Zolkepli ini
“Saya nak ajar simpan petai sentiasa rasa fresh.Bukan buat jeruk ye, sebab saya tak suka jeruk petai.”
Caranya:
“Petai tak kopek buang sisi kiri kanan dan rendam dengan air paip.Petai kopek pun sama masuk bekas, rendam masuk peti ais bawah je bukan peti beku.”
Ads
“Selang sehari tukar air je.Petai akan jadi lagi besar & segar, rangup.Nak buat sambal atau ulam pon best.Musim petai murah kena simpan stock.”
MW: Macam ni rupanya nak simpan supaya kekal segar, rangup, jadi lebih besar dan tahan lebih lama. Rendam je dalam air, selalu tukar airnya selang sehari. Kena cuba tip ni.
Kerisik antara ramuan yang selalu digunakan dalam masakan seperti rendang. Tapi banyak kali juga terbeli kerisik yang berbau ‘tengik’ malah bila sangai dalam kuali, terhangus pula sebab tak pandai jaga api.
Rupanya ada cara mudah nak buat kerisik ni. Tak perlu susah-susah bakar je dalam oven, cantik kejadiannya nanti dan masak sekata.
“Untuk kerisik sis tak sangai, biasanya sis bakar dalam oven selama 30 minit, oven sis suhu 140. Atau masukkan dalam Air Fryer selama 20 minit.”
“Tinggal gitu jer tak payah nak main api tak payah nak kacau dengan sudip. Jimat masa boleh buat kerja lain.”
“Cantik kejadiannya masak sekata, garing, bau wangi dan bila diblend pecah minyak sangat cantik.”
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu susah-susah nak sangai kelapa dalam kuali. Bakar dalam oven untuk buat kerisik sendiri. Lebih mudah, jimat masa boleh buat kerja lain. Malah cantik kejadiannya, masak sekata, garing dan bau wangi.
Rasanya kalau bab-bab membasuh baju, tidak menjadi masalah. Tapi, bila time nak lipat baju, memang bercnta betul. Sampai seminggu pun tak berlipat lagi. Bilik stor mesti penuh dengan baju-baju yang tak berlipat. Namun, ada juga mak-mak yang suka melibat baju tapi bab membasuh tak berapa suka. Macam-macam peel kan setiap orang nie.
Kalau hanya suami isteri boleh bertimbun baju tak lipat, bagaimana pula dengan mak-mak yang anak ramai nie. Jenuh la dok bersila depan televisyen, sambil tengok rancangan tv, tangan bergerak dok lipat baju.
Sebenarnya, kalau nak lipat baju pun kena dengan moodnya. Bla keadaan dan ok dan mak-mak dok rileks, masa itulah mood nak lipat baju datang. Kalau tak ada mood, seminggulah baju tu dok kat situ.
Ini ada perkongsian daripada Syikin Zahir yang boleh membantu menyelesaikan masalah baju bertimbun.
“Saya nak share cara selesaikan baju anak-anak ramai terutamanya baju untuk 4 orang anak. Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tidur, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.
Ni semua akan mengganggu mental & emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Jom tengok macam mana nak selesaikan.
1. Sediakan bakul untuk setiap anak
2. Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
3. Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung juga.
Bila masukkan kain baju yang belum berlipat dalam bakul, kuranglah sikit rasa sakit mata.
Kalau dah asingkan, setiap satu bakul ktia dah tahu siapa punya baju.
Percaya tak, bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun.
Kenapa?
1. Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejukk hati mak nak melipat.
2. Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.
3. Sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal dua. Sekali lagi, PSIKOLOGI, kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
4. MOTIVASI
YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat? Maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak betul nak lipat!!!
Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan?
Last, cara kita susun baju dalam almari anak.
Jangan susun bertindih supaya anak senang nak pilih baju. Lagi satu, tak adalah baju paling bawah langsung tak dipakai. Tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.
Langkah 5
Kalau nak susun berlapis, letak baju yang seragam. Bila nak pakai tarik je.Tak perlu bukak sampai 3 laci.
Emosi pun tak terganggu.
Bila jadi mak-mak kenalah sistematik
Esok p la beli bakul. Kikikiii..
Tip dari mak kepada mak!
MW: Lepas nie, mak-mak boleh beli bakul dan buat seperti yang disarankan. Dah tak payah nak stres-stres dah.
Sumber: Syikin Zahir
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.
“Cikpooja nak belanje picture pokok cabai burung @ cili kampung @ cili padi. Tanam dalam pasu kat balkoni umah je. Alhamdulillah..sepokok je pon!! Makan tak habih.”
“Kepada yang bertanya cara tanam. Cikpooja ni tak lah pakar sangat. Semua ni bidang terjun je nih.Ni cara cikpooja tanam cili ni yea.”
“Cikpooja tak tau kaedah apa yang cikpooja guna ni. Janji hidup subur sudah.”
Anak pokok cili
Pasu yang diisi tanah bakar (pasu yang berlubang dibawah yea)
Baldi (yang ngam-ngam ngan pasu yea)
Bancuhan baja AB
1.Tanam anak pokok cili dalam pasu
2.Letak pasu di atas baldi yang diisi dengan air bancuhan baja AB tu. (Air baja tu isi agak-agak bila letak pasu. Bontot pasu cecah air baja yea.)
3.Cikpooja guna cara ni sebab mudah dan senang. Tanah akan sentiasa lembap.
4.Bila air baja dah nak kering, kita topup lagi.
5.Bila pokok dah naik segar elok. Cikpooja guna kaedah CUBIT-CUBIT buang pucuk pokok cili tu supaya dia bertambah tunas baru.InsyaAllah akan lagi merimbun pokok cili kita lepas tu.
6.Satu je masalah bila tanam cili ni, serangan bena (bende yang putih-putih tu). Cikpooja tak guna pape racun serangga pon. Cuma hari-hari cikpooja akan intai-intai bawah-bawah daun tu dan tenyeh-tenyeh deme tu. Daun yang patut buang, kita buang.
Macam tu je lah caranya.Takde rahsia lain dah.
*Cikpooja tanam guna biji cili yang dah masak ranum (Lenyek-lenyek je kat tanah dalam pasu semaian)
*Selepas seminggu.Insya Allah dia akan bercambah.
*Masa ni kita cuma kena pantau kelembapan tanah je. Jangan terlebih siram yea. Tak payah guna baja lagi.(sat gi baby pokok panaih, teruih KO)
*Bila pokok dah keluarkan daun dalam 5,6 helai, tempoh tanam dalam sebulan gitu, Okeyyyyy boleh ubah ke pasu baru yea!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang nak cuba tanam cili padi kampung boleh ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Jimat belanja dapur!