Keputusan untuk bernikah dan berkahwin, beri makna besar dalam kehidupan. Bukan boleh dibuat main atau suka-suka. Nak berkahwin dengan seorang isteri pun bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi membuat keputusan untuk ‘memadukan’ mereka dalam tempoh yang singkat.
Bukan seorang tetapi dua isteri hanya dalam tempoh dua minggu.Itu yang dilakukan seorang remaja lelaki yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional apabila menikahi dua gadis.
Lelaki berusia 18 tahun itu baru saja bernikah dengan isteri pertamanya sebelum membuat keputusan menambah satu lagi ‘cawangan’ seminggu kemudian.
Keputusan dibuat lelaki itu bukan saja mengejutkan isteri pertama, malah ibunya turut pengsan sebaik mendengar permintaan anaknya itu.
Pernikahan Secara Adat
Kompas.com melaporkan isteri pertamanya baru saja tamat pengajian di Sekolah Menengah Rendah manakala isteri keduanya masih menuntut di Sekolah Menengah Atas.
Ads
Disebabkan anak dan menantunya masih di bawah umur, ayah lelaki terbabit bersetuju menjalankan pernikahan secara adat tanpa membabitkan Pejabat Pentadbiran Agama.
Walaupun agak khuatir dengan tindakan anaknya itu, keluarga pengantin lelaki dan perempuan berharap bahtera rumah tangga mereka akan bahagia.
Isteri Pertama Kecewa Namun Reda
Sementara itu, isteri pertamanya kecewa dengan keputusan dibuat lelaki berkenaan, tetapi redha dengan takdir mereka.
Ads
“Saya sangka mereka hanyalah tetamu yang datang berkunjung tetapi sebenarnya keluarga isteri kedua.
“Saya kecewa namun perkara ini sudah terjadi dan saya perlu berusaha untuk hidup bahagia,” katanya.
Harap Tidak Dikenakan Tindakan
Dalam pada itu, keluarga pasangan pengantin itu juga berharap pihak sekolah tidak mengenakan sebarang tindakan kerana mereka bernikah ketika masih menuntut.
Ads
Pengajian mereka perlu diteruskan kerana ia akan digunakan untuk mendapat pekerjaan yang baik kelak.
MW: Tempoh dua minggu dengan dua isteri, bukan calang-caang untuk buat keputusan besar sebegini dalam kehidupan. Selamat berbahagia dan menempuhi cabararan dalam rumahtangga.
Tanggal 23 Oktober 2023 menjadi saksi penyampai radio Fizi Ali menamatkan status duda dan bergelar suami kepada wanita pilihannya pada Isnin.
Fizi atau nama penuhnya Mohd Fafizudin Alimudin, 36 tahun berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto dirinya dan seorang wanita mengenakan pakaian serba putih dipercayai selepas selesai upacara akad nikah.
Akhiri Zaman Duda
Pasangan tersebut dipercayai melangsungkan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.
Walaubagaimanapun, Fizi tidak berkongsi butiran lanjut mengenai muat naik tersebut di laman Instagram miliknya namun menitipkan ucapan ringkas di kapsyen foto tersebut di mana penyampai radio berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur terhadap pernikahan tersebut.
alhamdulillah syukur…bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami..terima kasih semua yang mendoakan yang baik utk kami..semoga doa2 yang baik kembali semula dekat kalian #offduda #23.10.23
Kembali Pegang Status Suami
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada 18 Februari 2019. Namun pasangan tersebut bercerai pada Disember 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya berubah jadi lebih baik selepas ditinggalkan.” Terima kasih kerana curang kerana hidupnya bertambah baik dan kini menjadi seorang finalis pertandingan Ratu Cantik Banten 2021.
Malahan dalam masa yang sama, gadis ini mendedahkan bahawa dia pernah dicurangi bekas teman lelaki kerana menganggap penampilannya tidak secantik gadis-gadis popular di media sosial, lapor portal Wolipop.
Saya Berubah
Amalia Fauziyyah Idris dalam satu hantaran di TikTok berkongsikan gambar lamanya pada tahun 2019 sambil mengucapkan terima kasih kepada bekas teman lelakinya kerana menjadikan dirinya seperti hari ini.
“Buat Arip yang curang kepada saya kerana berpendapat saya tidak secantik gadis-gadis di TikTok. Terima kasih kerana curang. Kerana awak, kini saya mendapat yang lebih baik,” katanya pada hantaran tersebut.
Menurut Amalia, ketika itu, dia berasa tidak yakin dengan diri sendiri kerana sering dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.
“Saya ditinggalkan kerana dia (bekas kekasih) menyukai orang lain. Itu adalah kisah yang berlaku ketika zaman belajar,” ujarnya.
Tambah Amalia, disebabkan sering dibandingkan dengan gadis lain, dia pernah mengamalkan diet tidak sihat sehingga menyebabkan dirinya tertekan.
Terima Kasih Kerana Curang
“Saya enggan bertemu dengan orang lain dan tidur di bilik yang gelap. Selepas tiga bulan, saya cuba memaafkan dan berdamai dengan diri sendiri serta orang lain yang menyakiti hati saya.
“Saya juga mula melakukan pelbagai perkara positif untuk membantu diri menjadi lebih cantik secara semula jadi termasuk dengan bergelar finalis Ratu Cantik Banten 2021,” katanya. – AGENSI
Mingguan Wanita ; Kadang-kadang ujian dalam hidup membuatkan seorang wanita berubah ke arah yang lebih baik dan berdaya maju. Tidak semua perpisahan itu menyedihkan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Lelaki kongsi lokasi makan sedap bila cuti ke Penang, paling penting halal, suci dan tanpa was-was. Setiap apa yang kita makan menjadi darah daging. Tak hairanlah ramai yang menjaga bab ini terutama melibatkan hafalan anak-anak tahfiz.
Tak semua yang viral itu perlu dicuba kerana adakalanya ia mungkin dilihat tidak berapa sesuai dengan kebersihan makanan yang dicari.
Bukan soal agama atau bangsa, Azdy Mohd Arshad berkongsi lokasi makanan halal lagi suci bagi sesiapa yang bercuti ke Pulau Pinang dan bolehlah digunakan sebagai pedoman kita dapat mencuba makanan enak jika bercuti di sini.
Berikut adalah perkongsiannya :-
Pedoman bersama.
Kepada sahabat-sahabat yang datang bercuti ke Penang, maaflah kalau saya nak tegur sikit dan bagi cadangan.
Saya perhatikan sebelum ini ada di kalangan sahabat-sahabat yang datang Penang kemudian kongsikan dlm FB apa yang dimakan.
Agak menyedihkan bila ada yang muat naik dalam FB dengan makan cendol dan laksa TeoChew di Jalan Penang, curry mee dan macam-macam masakan yang dimasak oleh bukan Islam di Kedai Kopi Bee Hwa, Khuntai Restaurant, makan bihun goreng di kedai Auntie Taman Tun Sardon, minum kopi ais, ais kepai, rojak buah di sekitar kawasan Heritage, makan nasi lemak di Projek Nasi Lemak dan beberapa lagi.
Sangat menyedihkan bila saya tengok anak-anak kecil, ibu mengandung, warga emas turut menjamu masakan-masakan ini tanpa rasa bersalah.
Kesian kat anak-anak yang tak tahu apa-apa bila ibu bapa menyuapkan makanan kepada anak-anak ini dengan makanan yang status “halal” dan “suci” yang meragukan bila mana makanan tersebut disediakan oleh bukan Islam.
Nak cendol sedap boleh ja makan di ais tingkap chowrasta, Cendol Maklom di Pekan Darat Butterworth atau cendol durian di Sg Ara…
Nak makan charketiau boleh ja makan di Sany Char Koay Teow di Bayan Baru, Char Koay Teaw Telur Ayam dibasuh di Sg Dua, Key’s Char Koay Teow di Bandar Perda BM, Sinar Bintang di Astaka Lorong Kulit (pagi) dan banyak lagi…
Kalau teringin makan laksa, boleh ja makan Laksa Mamu Sg. Pinang (sebelah mee mamak Afasia), Laksa Janggus di Balik Pulau, laksa di Medan Selera Pdg. Kota, laksa tempurung di Gertak Sanggul dan banyak lagi…
Nak makan nasi lemak, boleh pi makan nasi Lemak Liverpool di Batu Lanchang…
Kalau suka makan curry mee, curry mee Kak Arah di Jalan Sungai Pinang (bertentang bangunan JKP) pun ok jugak.
Nak koay teow sup atau koay teow th’ng boleh makan kat Sg. Ara (coner tepi SMK Sg. Ara), depan TNB Lorong Kulit atau Sri Buana di astaka Taman Tun Sardon…
Tak payah la kot dok makan makanan atau masakan bukan Islam…
Saya bukannya rasis tapi sekadar menasihati saudara seIslam untuk mencari makanan yang dijamin “halal” dan “suci” serta tanpa “was-was”…
Kesian saya kat sahabat-sahabat yang datang dari jauh tiba-tiba makan makanan yang “shubahah”…
Kalau nak beli barang dgn penjual bukan Islam, silakan. Tak menjadi masalah kerana barang tersebut tak boleh jadi darah daging kita.
Tapi dalam bab makanan berhati-hatilah.
Kepada sapa yang terima teguran dan pandangan saya, terima kasih saya ucapkan. Kepada yang kurang senang dengan tulisan saya ni, saya minta maaf.
Jangan marah ye. Sekurang-kurangnya saya dah menasihati saudara seIslam dengan saya dalam hal ini… #PedomanBersama #MyPenangShare Kredit: Azdy Mohd Arshad
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!