Rupanya petua jika nak masak nangka muda elok rebus sebiji-sebiji dalam periuk. Ini kerana apabila nak potong nanti ia jadi mudah dan getah pun tak melekat pada pisau.Malah bila dah buang kulit memang empuk dan lembut. Nangka pun elok putih bersih dan tak berbirat lebam.
Ikut petua yang dikongsikan oleh Puan Zizah Mizie ini sebagai panduan;
Rebus sebiji nangka muda untuk buang getah.Dapat petua ni dalam group mahn ni jugak, memang betol menjadi, getah tak melekat pun pada pisau.Saya rebus anggaran 1 jam.
Terima kasih pada yang berkongsi petua semoga pahala sentiasa mengalir untuk awak.
Lain orang lain caranya. Ikut keselesaan masing-masing siapa yang nak follow silakan.
Cara saya ni rebus sampai empuk, selepas itu buang kulit dan tak perlu nak rebus lagi, terus lebur je dengan bahan dan santan.
Ads
Saya sertakan resipi Gulai Nangka
Bahan-Bahan:
Cili Padi
Serai
Kunyit Hidup
Santan
Kiub Ikan Bilis
Ikan bilis
Ads
Cara Membuat:
1. Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan serai.
2. Masukkan nangka yang telah direbus serta bahan-bahan tumbuk tadi dan masukkan santan.
3.Dah letak atas dapur baru teringat nak masukkan bilis ngan kiub bilis.
Mingguan Wanita: Menarik petua ni, jika nak masak nangka mudah boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Rebus sebiji-sebiji, elok getah tak melekat pada pisau waktu nak potong nanti. Nangka pun elok empuk, lembut, putih bersih tak berbirat lebam.
Tidak semua yang mampu tinggal di rumah teres, semi D atau banglo. Dapat tinggal rumah ada balkoni seperti apartment, kondo atau perumahan kos rendah pun dah bersyukur. Sebab setiap kita telah ditetapkan rezeki masing-masing.
Kalau semua tinggal di rumah yang ters setinggal atau orang cakap rumah ‘bertanah’ siapa pula yang nak tinggal rumah yang ada balconi dan tinggi-tinggi. Cuma, yang mungkin agak menggerunkan bila tinggal di rumah yang tinggi-tinggi, keselamatan anak terutamanya kena jaga.
Malah, kerap berlaku kemalangan yang tidak diingini melibatkan anak-anak kecil yang jatuh dari tingkat yang tinggi. Mahunya menjadi ingatan dan trauma buat mak ayah yang mengalaminya. Serik dan takut pastinya sentiasa bermain dalam fikiran mak ayah.
Inilah yang perlu mak ayah kena perhatikan dan jaga bila tinggal di rumah ada balkoni. Sebagai langkah keselamatan dan moga anak-anak kita terpelihara.
Tinggal Rumah Ada Balkoni, Amalkan Langkah Keselamatan Ini
Apabila bercakap tentang penjagaan kanak-kanak, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar. Ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
Peringatan & Tip
Pasti mak-mak cuku seriau bila ada berita tentang anak-anak terjatuh dari tingkat yang tinggi, tak mustahil juga ada video tular tentang anak-anak memanjat dan bermain di luar balkoni rumah pangsapuri dan sebagainya.
Ada beberapa peringatan dan tip yang perlu mak ayah ambil tahu untuk menjaga keselamatan anak semasa berada di rumah.
KESELAMATAN BALKONI
1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni. Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh. Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni. Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut. Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang. Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak sekarang bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza. Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
BAHAGIAN DAPUR
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak. Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
BILIK MANDI
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir. Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
Keselamatan – BAHAGIAN TINGKAP
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
• Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
• Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
• Hanya boleh dibuka daripada atas
• Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
• Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
• Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap
Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
AJAR ANAK ASPEK KESELAMATAN
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
• Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
• Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Mingguan Wanita : Mak ayah kena pantau dan jaga keselamatan anak terutamanya bila tinggal di rumah ada balkoni. Sekadar untuk menjaga keselamatan anak. Minta dijauhkan dari perkara yangtidak kita ingini.
Mak-mak yang suka rebus telur tak kiralah dalam kuantiti yang banyak atau sikit boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Yaya Baiyah ini. Teknik ini cukup memudahkan. Tak perlu rebus dalam air, hanya masak dalam periuk nasi dan letak tuala basah. Lebih menarik, tak perlu risau telur pecah sebab rebus terlalu lama, dan cantik molek kejadian telurnya selepas masak, kulit telur mudah dikupas.
Berikut cara masak telur guna rice cooker yang dikongsikan sebagai panduan;
Langkah 1: Basahkan tuala dan letakkan di dalam rice cooker (tak payah letak air just basahkan tuala je).
Langkah 2: Basuh telur dan susun dalam rice cooker.
Langkah 3: Tekan button untuk memasak.
Langkah 4: Tunggu sampai button keep warm.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW: Mudah sangat guna cara ni. Manalah tau waktu kecemasan gas habis boleh guna teknik ni. Mudah pun iya, tak perlu nak tunggu telur masak atau telur pecah sebab rebus lama sangat.
Sesetengah daripada kita memandang ‘enteng’ dengan lauk basah yang dibekukan terutamanya ikan frozen. Katanya ia tidak sesegar ikan ‘fresh’. Tambahan pula harganya boleh dikatakan lebih murah berbanding ikan segar.
Jangan tak tahu, kalau diambil kira, ikan frozen lebih tinggi kesegarannya berbanding ikan segar dan jangan memperlekehnya. Nak tahu apa perbezaannya, ikuti ulasan ini.
1. Pembeli cenderung memilih untuk membeli ikan segar berbanding ikan beku kerana memikirkan ia lebih berkhasiat namun ini tidak semestinya benar. Walaupun mungkin sesetengah nutrien hilang semasa proses nyahbeku tetapi jumlahnya sangatlah sedikit. Selalunya, ikan yang diternak untuk dibekukan dibekukan dalam masa beberapa jam selepas keluar dari air, yang membolehkan ikan tersebut mengekalkan seberapa banyak nutrien seperti ikan segar.
2. Proses pembekuan kilas bermakna ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak kesegarannya. Ini dicapai dengan segera membekukan ikan tersebut pada suhu rendah untuk mengelakkan pembentukan kristal ais supaya kualitinya dapat dikekalkan.
Ikan yang dikilas beku dapat mengekalkan segala nutrien, kelembapan dan rasanya yang hebat. Meminimumkan masa antara penangkapan dan pembekuan, menghalang kemerosotan kualiti yang secara semula jadi bermula ketika makanan laut terdedah kepada udara. Sebaik sahaja anda telah membeli Tilapia beku, pastikan anda menyimpannya di tempat beku sehingga anda bersedia untuk menggunakannya. Kemudian, nyahbeku ikan tersebut dengan membilas di bawah air sejuk dan masak dengan segera.
3. Ikan yang “fresh” pula, mempunyai jangka masa yang lebih kecil untuk disimpan tanpa rosak berbanding dengan ikan beku. Ramai antara kita yang membeli ikan segar tetapi tidak memasaknya pada hari yang sama ketika dibeli, lalu menyimpankan dalam peti sejuk beku.
Tahap kesegaran ikan ini tidak dapat menandingi ikan “frozen” yang dibeku kilas; ini kerana tempoh mati ikan segar sebelum dibekukan di peti sejuk beku rumah sendiri jauh lebih panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibeku kilas. Ikan “frozen”, sejurus ditangkap, akan disiang, dibuang organ dalaman, dibersihkan, divakumkan dan terus dibekukan secara pantas pada suhu -18 darjah Celcius ke bawah.
Info: Fakta yang menyeronokkan: Teknologi pembekuan makanan pertama kali dicipta oleh Clarence Birdseye untuk membekukan ikan!
Rujukan: Wang, C., Li, X., Zhao, X., Bi, H., & Xie, J. (2022). The investigation of storage situation of fish muscle via the analysis of its exudate by MALDI-TOF MS. Food Chemistry, 373, 131450.
Mingguan Wanita : Rasanya pun tak jauh beza dengan ikan segar.