Sebenarnya tak perlu rabus lama-lama pun, dalam 2 hingga 3 minit dah cukup agar isi kerang cantik dan elok berkilat macam cermin. Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.
Perkongsian tip cara rebus kerang daripada Yatie Kicthen ini boleh dijadikan panduan.
Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin
Bahan Di Perlukan:
1 Sudu kecil Garam
Air secukupnya
Ais
Cara Membuat:
1.Rebus air bagi mendidih.
2.Kemudian, masukkan garam.
3.Apabila air dah mendidih masukkan kerang dan rebus dalam 2-3 minit cukup.
4.Kemudian, toskan selepas itu terus rendam dalam air yang letak ais.
Ads
5.Selepas itu, kopek la kulit tu sebelah ka, kopek semua ka ikut suka. Kita dah share lama dah tips ni tahun dulu-dulu. Ni refresh balik kot la hangpa lupa.
Baru-baru ini saya diberi tugasan untuk membuat review di kota keriangan,Genting Highlands, Pahang. Dah lama tak pergi ke sana jadi teruja la juga.. tambah-tambah lagi sekarang dah ada Genting Premium outlets (GPO). Double joy la orang kata.
Ini untungnya kerja wartawan, ada masanya kami diberi peluang untuk bekerja sambil-sambil tu bolehlah berjalan sama.
Pihak Genting Resort menjemput wartawan daripada beberapa media seperti Karangkraf, Malay Mail, utusan dan juga wartawan daripada portal-portal online untuk buat review tentang skyway atau kereta kabel mereka yang baru dan juga Hotel On The Park yang baru diubah suai.
Genting Pemium Outlets
Kami di bawa ke stesen Awana Skyway dari Wisma Genting dengan menaiki van persiaran yang ditempah khas. Siapa yang tinggal di Lembah Klang, jarak perjalanan tidaklah terlalu lama dan jauh, lebih kurang 30 hingga 45 minit sampailah ke destinasi yang dituju. Lagi menarik dekat stesen skyway itulah terletaknya Genting Premium Outlets, tempat untuk shopping!
So siapa yang dah sampai ke stesen skyway ini bagi yang hanya nak jalan-jalan cuci mata atau shopping dekat GPO bolehlah stay dekat sana sahaja, tapi rugilah dah alang-alang sampai situ tak naik ke atas dengan skyway genting yang baru.
Stesen skyway terletak dibangunan yang dihubungkan dengan jejantas dari GPO. Jadi kalau tak jumpa boleh rujuk pada papan tanda yang ada di situ. Kereta kabel baru yang ada memang lebih efisen untuk memudahkan lagi pengunjung yang ingin ke puncak Genting dengan menaiki Skyway. Ada dua jenis gondola iaitu gondola biasa dan juga glass bottom gondola, Tiket untuk gondola boleh dibeli dari kiosk2 layan diri yang tersedia di pintu sebelum menaiki gondola yang ada.
Harga tiket untuk gondola biasa adalah RM8 sehala manakala glass bottom gondola pula berharga RM50 sehala. Kami berkesempatan merasa naik glass bottom gondola tu, siapa yang gayat mungkin boleh cuba untuk atasi rasa tu dengan menaiki glass bottom gondola tu. Nak tampung orang yang sentiasa ramai untuk ke Genting Highlands, pihak Genting Skyway menyediakan 99 gondola biasa dan 7 glass bottom gondola untuk pengunjung. Jadi kalau orang ramai pun tak perlu tunggu lama untuk naik.
Hotel On The Park
10 minit menaiki gondola sampailah kami ke stesen Sky Avenue, selesai makan tengah hari kami dibawa ke Hotel On The Park, penginapan kami untuk malam tersebut. Hotel ni dulu dikenali sebagai Theme Park Hotel setelah diubah suai, Genting Resort telah menukar ia kepada nama baru. Dekorasinya menarik, di lobi terdapat beberapa sudut untuk pengunjung bergambar sakan sebelum daftar masuk ke bilik.
Kami dibawa tour bilik-bilik yang ada di hotel ini. Deko dalam bilik juga menarik dengan harga yang fluctuate berdasarkan permintaan. Ala macam kita nak book tiket penerbangan AirAsia tu. So kalau book awal mungkin boleh dapat harga yang murah. Gunakan kod promo ini untuk harga bilik yang murah.
Ada dua jenis bilik di hotel ni, quad room dengan dua katil queen yang boleh muatkan sehingga 4 orang dan sixers room untuk 6 orang. Paling special kat hotel ni ada disediakan bilik untuk OKU. Ada katil khas untuk tetamu OKU dan juga bilik air yang memang disediakan khas bagi pengunjung OKU.
Sky Avenue
Selepas tour, acara bebas untuk kami sebelum makan malam. Kami sempat meninjau apa yang ada di Sky Avenue. Memang menarik ada banyak tempat makan baru disediakan di Malaysia Food Street termasuklah Burger & Lobster yang famous di Kota London tu dan banyak lagi restourant dan kiosk menjual pelbagai jenis makanan untuk dinikmati.
Esoknya sebelum balik, kami dibawa untuk melihat satu lagi tarikan baru yang ada di Sky Avenue iaitu Sky Symphony. Ia adalah pertunjukan lampu kinetic dimana setiap pertunjukan ada cerita disebaliknya. Pertunjukan ini biasanya akan dipertontonkan setiap 2 jam sekali kepada para pengunjung yang datang.
Jadi kalau nak tengok sendiri dan nak rasa sendiri pengalaman naik Genting Skyway yang baru dan stay dekat Hotel On The Park serta tengok pertunjukan Sky Symphony secara percuma, hujung minggu ni bolehlah pack beg dan terus ke Genting. Jangan lupa singgah GPO sekali ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam penanaman pokok cili, masalah bena putih (Aphid) inilah yang selalu buat susah hati. Sekiranya, semburan semulajadi dari campuran bawang putih dan cili tidak menjadi, apa kata gunakan campuran syampu baby dan cuka makan. Terbukti berkesan sebagai semburan organik pokok cili.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Lebai Kudin (LK) kaedah semburan semulajadi ini berupaya mengawal bukan saja pokok cili malah sayuran daripada bena putih yang juga dikenali sebagai lalat putih.
Kehadirann bena putih ini boleh menyebabkan pokok cili terbantut dan tidak mengeluarkan hasil.
“Hari ni LK nak kongsi cara buat kawalan ser4ngga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran.
Alhamdulillah, belalang dan semut pun takde. Yang penting, tiada r4cun berb4haya digunakan.”
Kredit foto : Lebai Kudin
Sukatan Syampu Baby, Cuka Untuk Jadikan Semburan Air Pokok Cili
1 sudu syampu kanak-kanak Johnson’s jenis soft and smooth 1 sudu cuka makan
Bancuh dalam 1 liter air
Caranya, 1. Spray ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau dua kali ikut keperluan.
Kenapa Gunakan Syampu Baby
Sebab syampu ini lebih mesra alam, selamat dan tiada bahan kimia, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan. Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan.
Menurut laporan Harian Metro, Pensyarah Kanan (Penilaian Risiko) Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Norida Mazlan menemui dua kaedah menghasilkan semburan hilangkan pengacau tanaman.
Kredit foto : Harian Metro
Kaedah Pertama
Menggunakan campuran, Bahan A : lima ulas bawang putih, enam biji cili padi, seulas halia dan 300ml air. Bahan B : 1 sudu minyak masak dan 1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk.
Caranya,
√ Kisar bahan A dan tapis. Ambil patinya. Campur dengan bahan B, kacau sebati dan simpan dalam bekas selama 24 jam.
√ Bila nak guna, pati campuran yang disimpan tadi campur dengan nisbah 1 bahagian bersama 4 bahagian air (1 pati : 4 air).
√ Semburkan pada tanaman. *Semburan hilangkan serangga organik ini boleh disimpan selama enam bulan. Lagi lama, lagi berkesan.
Kredit foto : Harian Metro
Kaedah Kedua
250 gram daun semambu + 1.5 liter air.
Ramas daun semambu sebelum masukkan dalam bekas berisi air tadi.
Rendam selama 12 jam atau tak lebih 24 jam. Tapis airnya.
Masukkan air dalam bekas penyembur berisi air dengan nisbah 1:50.
Terus guna habis, sebab tak boleh simpan lebih 24 jam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika ada akaun di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ingin membuat simpanan dengan cara mudah, sebenarnya kita boleh transfer secara online menggunakan aplikasi Maybank2u sahaja. Segalanya di hujung jari, boleh transfer guna handphone sahaja.
Jimat masa. Tak perlu lagi susah payah nak cari parking, beratur panjang ambil nombor mahupun kena tunggu di bank atau pejabat pos untuk membuat simpanan.Bukan apa, kadang kala kerana sebab-sebab tersebut lah yang membuatkan usaha nak menyimpan tu jadi ‘gagal’.
Cara mudah ni boleh membantu kita untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan untuk simpanan pelaburan jangka panjang.
Ikut Panduan ini;
Mesti ada yang tak tau kan, boleh transfer duit dari bank masuk ASB kita. Tak payah penat-penat pergi bank untuk masukkan duit ASB lagi-lagi time virus tengah merebak ni.
Ni saya kongsikan cara nak transfer duit dari bank masuk ke ASB guna Maybank2u online je. Masa nak transfer online pun ada masa tau dari 9am- 5pm sahaja.
Cara-Caranya:
1. Log in Dalam apps Maybank2U seperti biasa. Selepas log in pilih ‘Account’ kemudian klik.
2.Kemudian, pilih Wealth untuk lihat akaun ASB.
3.Klik dekat view untuk tengok no akaun ASB.
4.Klik dekat titik itu untuk top up .
5. Akan keluar seperti ini.
6. Masukkan jumlah yang nak simpan dalam akaun ASB. Siap!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...