Benar ada benarnya, bukan mudah untuk mengemudi rumahtangga untuk terus bertahan hingga ke akhirnya. Dalam perhubungan bukanlah harta dan kemewahan yang diinginkan, sebaliknya bagi kebanyakan isteri, cukuplah suami dapat beri perhatian dan ambil berat pada dirinya, serta fokus tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini.
Semalam Apabila saya ajukan soalan apa isteri mahu dari pasangan?
Rata-ratanya yang menjawab mahukan Perhatian, mahukan suami yang mengambil berat tentang mereka. Fokus kepada tangungjawab sebagai seorang suami. Tangungjawab disini bukan sahaja memberi nafakah semata,namun lebih kepada menyantuni jiwa mereka.
Rupanya isteri bukan matlamatnya harga,kemewahan.
Paling penting bimbing mereka supaya tunduk dengan agama. Tenang emosi apabila datangnya gelora,bukan selesai masalah dengan amarah kepada isteri.
Ads
Apabila saya tanya isteri sendiri,jawapan lebih kurang sama. Saya mula terfikir,saya ambil peka hal ini. Memori mereka sangat kuat. Masih ingat janji janji kita sebelum kahwin. Masih ingat layanan kita diawal perkahwinan.
Suami yang caring. Tak banyak sikit pun tak mengapa. Cukup dengan suami bertanya khabar dia, dengar luahan dia,santuni dia. Peluk dia saat bersedih, bersembang dengan dia tentang apa sahaja.
Paling kurang pun jadi suami yang setia mendengar apa masalah isteri dipejabat,dirumah. Ambil peduli tentang masalah anak,kesihatan anak anak,pembelajaran anak anak.
Ads
“Sayang sihat hari ini?” “I love you sayang”
Suami Nampak Remeh, Tidak Bagi Isteri
Kita suami nampak perkara ini remeh,namun tidak bagi mereka. Mereka dahagakan kasih sayang kita,dahagakan layanan kita,mereka perlukan Suami yang cukup peka tentang diri mereka.
Nabi Muhammad s.a.w seorang Rasul,pemimpin,dari sekecil masalah umat sehingga fikir bagaimana setiap manusia mentauhidkan Allah. NAMUN tidak sikit pun mengabaikan soal hati isteri. Setiap hari bertanya khabar tentang kesihatan isteri,tidak menyusahkan isteri,seorang suami yang sangat memberi perhatian walaupun hanya dalam perkara kecil. Pakaian dijahit sendiri,ajak isteri lumba lari,faham bahasa wajah isteri saat sedih atau gembira.
Ads
Menzahirkan kasih sayang terhadap isteri itulah mengharmonikan perjalanan rumahtangga. Bukan sayang hanya sekadar dihati memendam rasa.
Suami. Satu masa nanti jika mereka pergi,mungkin ketika itu kita tangisi untuk jadi pendengar yang setia. Hargai dia,cintai dia,pegang tangan dia,zahirkan cinta kita saat mereka ada .
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerindah
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat pasangan suami isteri. Jadi pesanan buat para suami selalulah beri perhatian dan ambil berat pada isteri, serta fokus tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Itulah yang isteri mahukan dalam hubungan rumahtangga.
Peranan suami dalam mengelak skandal di tempat kerja sangat penting. Ini bertujuan menjaga kesetiaan dalam perkahwinan dan memastikan hubungan yang sihat. Skandal di tempat kerja yang pada mulanya dianggap biasa sebenarnya boleh menjadi punca kepada berlakunya kecurangan sehingga mencetuskan hubungan terlarang sesama rakan sekerja.
Skandal Satu Pejabat
Situasi ini sekiranya gagal dibendung dari awal bakal merosakkan keharmonian di tempat kerja, selain menjadi punca berlakunya keretakan dalam rumah tangga. Sebagai suami ada beberapa perkara boleh anda lakukan untuk elak terjerumus ke dalam skandal satu pejabat.
Kalau sayang rumah tangga anda sila ikuti 10 tip di bawah ya!
Suami Kalau Sayang Rumah Tangga, Ini Perkara Kena Tahu
1. GURAU ‘DOUBLE MEANING’
Elak buat jenaka double meaning. Bermula dari gurauan lucah ia boleh melarat kepada aktiviti menggoda satu sama lain. Bukan itu sahaja jenaka seperti ini kalau salah alamat boleh jadi kes gangguan seksual.
2. MAKAN TENGAH HARI
Jangan keluar makan tengah hari berdua dengan rakan sepejabat berlainan jantina. Apatah lagi kalau masing-masing sudah ada isteri atau suami.
3. HADKAN PERBUALAN
Hadkan perbualan sama ada telefon atau mesej whatsapp ketika waktu kerja sahaja. Bila di rumah fokus pada keluarga. Jangan melayan sangat karenah rakan sepejabat sama ada mereka manaruh hati pada anda atau tidak. Melainkan ada hal kerja yang benar-benar penting sahaja.
4. SIKAP PROFESIONAL
Bersikap profesional dalam pekerjaan dan jangan letak dalam hati semua perkara. Bila kerja kena kerja, letak ke tepi hubungan peribadi.
5. PERCAYA DAN SETIA
Kunci kepada mengelakkan skandal adalah setia kepada pasangan. Suami perlu memahami kepentingan setia dan komitmen dalam perkahwinan.
6. BERSIKAP PROFESIONAL
Di tempat kerja, pastikan tingkah laku profesional. Jangan terlibat dalam perbualan atau tindakan yang tidak senonoh atau tidak sesuai. Elakkan pertembungan emosi dengan rakan sekerja yang mungkin membawa kepada situasi yang tidak diingini.
7. PENDENGAR YANG BAIK?
Kalau ada masalah rumah tangga jangan kongsi dengan rakan sepejabat terutamanya wanita yang baik dengan anda. Begitu juga sebaliknya, jangan baik sangat sampai sanggup jadi ‘penadah’ telinga mendengar masalah. Sudah banyak kes di mana tempat meluah itu akhirnya bertukar jadi sayang.
8. TERUS-TERANG
Andai seorang rakan sepejabat wanita cuba dekati anda dengan aura menggoda, berterus-teranglah anda tidak selesa dan minta dia hormati anda sebagai lelaki sudah berumah tangga.
9. JAGA EMOSI
Jangan letakkan emosi anda pada tempat tidak sepatutnya. Ingatlah anda bekerja untuk mencari rezeki demi keluarga.
10. SEBUT TENTANG ISTERI
Dalam perbualan bersama rakan-rakan keraplah tekankan bahawa anda adalah seorang suami orang dan sangat menyayangi hubungan itu. Itu sedikit sebanyak boleh menjauhkan anda dari sebarang cubaan.
11. MASA BERSAMA
Jangan luangkan masa berdua terlalu lama sama ada di ruang pejabat, kereta atau pun di kafetaria.
Penting untuk diingat bahawa mengelakkan skandal di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak dalam perkahwinan. Komunikasi dan kepercayaan adalah kunci kepada kejayaan dalam perkahwinan yang sihat dan berbahagia.
Tak berkesan! Nanti nampak dah sejuk sikit, baru datang dekat.
Isteri Buat Muka, Mesti Ada Sebab Tak Kena Tu
Iya mak-mak. Suami ni.. kadang nama je suami. Tapi bab nak fahamkan hati seorang isteri. Ya ampun.. susahnya nak hadam.
Ego kah?
Jatuh air muka kah?
Rasa harga diri dipijak-pijak kah?
Sebenarnya isteri tu nak suami dia rasa apa keinginan yang ada dalam hati dia.
Ambil berat pasal dia. Kalau dia nak pergi kerja, walaupun dia boleh drive sendiri.. suami kena tanya, “nak abang hantar tak ni?”
Walau pun masa itu kau penat gile baru balik kerja. Dia tak nak tau semua tu.
Dia cuma nak kau tanya, care pasal dia, ambil berat susah payah dia yang kejap lagi nak pergi kerja ni..
Nanti bila dia dengar kau tanya macam tu. Taknya pun dia suruh hantar.
Paling tidak dia akan balas, “takpelah.. awak penat tu. Saya boleh pergi sendiri.”
Bila dia jawab macam tu. Jangan kau ingat tugasan kau dah habis bro. Silap tu!
Perempuan Ini.. Memang Manusia Paling Kompleks
Tanya lagi, “Betul ni.. abang tak nak jadi apa-apa kat awak tengah jalan nanti. Abang sayang awak tau.”
Haa.. masa ni kau tengok reaksi dia. Kau ingat bila dia dengar perkataan ‘sayang awak’ tu dia nak ke hentak-hentak kaki lagi.
Paling tidak. Dia lari kat kau, salam dan cium tangan.
Iya.. perempuan ni memang manusia paling kompleks.. komplikated. Semualah.
Kau memang takkan faham emosi dia yang kejap naik, kejap turun tu.
Tapi isteri bukanlah nak suruh kau faham sampai tahap PhD pun.
Cukuplah kalau kau dapat rasa sedikit emosi yang dia lalui tu. Empati tu bang!
Sebelum Tahu Punca, Jangan Dituduh Isteri Tu Degil
Payah rupanya nak dapat empati suami ni. Lagi suami cakap isteri mengada, degil tak dengar kata lagi ada.
Ewah! Ewah! Kita pun dari rusuk kiri dia. Siapa yang degil sebenarnya ni.
Dan bila suami sudah me ‘tone down’ kan egonya sendiri, dia akan dapat bahagia yang dicari dengan isterinya.
Isteri pun, bila suami dah boleh terima.. mula belajar nak berempati dengan isteri.. jangan kau naik lemak pulak.
Minta macam-macam, sampai kau ingat laki kau tu tokey Genting Highland.
Tak boleh macam tu.
Kena sama-sama, tolak ansur dan kita pun kenalah juga ada empati dengan suami. Kau faham tak empati tu apa? Haa.. google lah sendiri. Banyak dah curhat ilmu ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..
Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..
Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.
Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.
Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.
Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.
Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah -ebit lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...