Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thailand Pikat Selera Sekeluarga

Rasa unik dan tersendiri masakan Thai menjadi antara penyebab mengapa ramai di kalangan kita yang sangat menggemari aneka hidangan daripada negara jiran itu.

Restoran yang menyajikan masakan Thai sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sebab itu juga, di sana sini terdapat restoran mahu pun gerai yang menyajikan jenis masakan tersebut.

Rasa Unik Tersendiri

Kali ini dikongsikan masakan daripada daerah utara Thailand. Kebanyakan restoran tomyam lain yang lebih kepada hidangan daerah selatan Thailand seperti Pattani dan Narathiwat. Cubalah masak di rumah untuk hidangan keluarga. Boleh jimat banyak tau!

Rasa Asli Yang Memikat Selera

KARI HIJAU AYAM

Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thai Pikat Selera Sekeluarga

BAHAN-BAHAN:

6 biji bawang putih – kisar

1 batang serai  – ketuk

5 helai daun limau purut

3 potong terung panjang

10gm cili padi – kisar

2.5cm lengkuas – kisar

250ml santan

1 sudu teh kicap sotong

1 sudu teh gula

1 sudu teh serbuk perasa (jika suka)

750ml air

IKLAN

BAHAN B:

250 gram daging ayam – Cuci bersih dan potong kecil

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air di dalam sebuah periuk dan masukkan kesemua bahan A kecuali serai, terung panjang dan daun limau purut. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut. Kacau lagi.
  3. Setelah mendidih, masukkan potongan ayam dan kemudian hirisan terung. Biar ia mereneh dan memekat.
  4. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi atau roti.

Lagi resipi sedap di sini:

Jom Cuba Resipi Masakan Asli Thai, Tomyam Putih Dan Miang Platoo

Akar Ketumbar, Minyak Bawang Putih, Buat Kuetiaw Sup Thailand Bertambah Sedap!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

 AYAM PANDAN

Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thai Pikat Selera Sekeluarga

BAHAN A:

1kg isi ayam

300 gram gula padi

125ml sos tiram

IKLAN

150 gram daun ketumbar

200 gram bijan halus

125ml minyak bijan

450 gram gula

3 sudu makan serbuk kari

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk perisa

BAHAN B:

Daun pandan secukupnya – dijadikan bakul

Minyak untuk menggoreng secukupnya

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Perap isi ayam bersama bahan A semalaman di dalam bekas kedap udara supaya tiada udara yang masuk. Ini untuk menggelakkan bahan A rosak. Ketepikan.
  2. Bentukkan bakul menggunakan daun pandan. Keluarkan isi ayam yang telah diperap dan sudukan ke dalam bakul daun pandan. Lakukan sehingga selesai.
  3. Masukkan kesemuanya ke dalam periuk pengukus yang telah pun disediakan terlebih dahulu. Kukus bakul isi ayam selama 20 minit.
  4. Setelah isi ayam lembut, angkat.
  5. Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng seketika isi ayam di dalam kuali secara ‘deep fried’. Toskan.
  6. Sedia dihidangkan.

 AYAM DAUN SELASIH

Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thai Pikat Selera Sekeluarga

BAHAN-BAHAN:

100 gram isi ayam  –  potong dadu

10 gram lobak merah

5 batang cili padi – cencang

3 ulas bawang putih – cencang

8 helai daun selasih

150ml air

11/2 sudu makan tepung jagung

1 sudu makan kicap sotong/minyak ikan

Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih yang telah dicencang hingga terbit wangi.
  2. Masukkan air dan isi ayam. Masak hingga ayam nampak lembut.
  3. Masukkan lobak merah, cili padi, daun selasih, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  4. Masukkan kicap sotong dan akhir sekali bancuh sedikit tepung jagung bersama air dan tuang ke dalam masakan untuk memekatkan kuah. Gaul sekata.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI