Biskut sedap memang ramai orang suka. Tak sangka selama 30 tahun wanita ini menggunakan resipi yang sama untuk buat ‘Chocolate Chip Almond Cookies’ yang dikongsikan ini. Memang nampak sedap, rangup dan mudah nak buat.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norliza Ali ini.
Salam Ramadhan kepada semua.
Saya minta maaf lambat kongsi resipi ni. Alhamdulillah saya sibuk dengan kerja. Ni baru dapat curi masa sedikit ya.Semoga kita semua diberkati dengan rezeki yang berlipat ganda, dunia dan akhirat. Amiin.
Resipi ni saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka my own version of Chocolate Chip Almond Cookies
Bahan-Bahan:
250gm butter
140gm gula kastor
120gm Gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
370gm tepung gandum biasa
1 sudu teh bicarbonate soda
1 sudu teh garam
200gm nibbed almonds
400gm chocolate chips
1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul butter dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
2. Tambahkan 2 biji telur, pukul sebiji dahulu sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.
3. Masukkan esen vanilla.
Ads
4. Ayak tepung gandum, bicarbonate soda dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.
5. Masukkan nibbed almonds dan chocolate chips.
6.Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.
7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Jarakkan 5 x 5 baris.
Ni saya bentuk siap-siap letak sebelah sementara tunggu giliran masuk oven.
8. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.
Ads
9. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.
Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita: Nampak sedap dan menarik sungguh biskut ‘Chocolate Chip Almond ni.30 tahun lamanya guna resipi yang sama. Boleh cuba buat untuk biskut raya nanti.
Betul ke wanita bekerja sebab bimbang bebankan suami?
Rebus ubi kentang sehingga empuk. Setelah empuk, angkat dan toskan.
Lenyek ubi kentang sehingga halus. Masukkan bahan perasa dan gula. Hasni masukkan sedikit serbuk cili (optional).
Masukkan mozzarella cheese ke dalam ubi kentang dan bulatkan. Bulatkan ubi kentang ikut saiz kesukaan korang.
Ubi kentang yang dah dibentuk bebola tadi, dicelup ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan serbuk roti.
Ulang sekali lagi agar lapisan lebih tebal dan kentang tidak mudah pecah semasa digoreng.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit. Goreng bebola di dalam minyak panas. Gunakan api yang sederhana sehingga bebola kuning keemasan. Siap!
Hidang ketika masih panas, perghhh meleleh. Rangup di luar lembut di dalam.
MW: Kalau nak buat banyak pun boleh. Simpan dan sejukbeku kan. Dengan cara ini mak-mak boleh berjimat daripada membeli bebola kentang yang dijual di kedai. Selamat mencuba!
Resipi kuih bingka labu boleh dimasak dengan lebih mudah dan cepat menggunakan air fryer. Harum semerbak satu rumah dengan bau lemak manis labu. Kuih bingka labu yang dibakar dengan menggunakan air fryer juga lembut teksturnya.
Jika mak-mak berhajat nak buat kuih bingka labu, boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ini. Hasilnya cantik dengan permukaan atas yang garing. Nak masaknya pun mudah sangat!
Resipi Bingka Labu, Bakar Guna Air Fryer
RESIPI BINGKA LABU
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula(boleh guna gula perang)
2 biji telur
1 cawan labu( yang telah di rebus + lenyek)
2 sudu kecil majerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan santan
Sedikit bijan
Beberapa titik pewarna kuning( optional)
Bau Sedap, Lembut, Lemak Manis
Cara membuat:
Kisar semua bahan di atas, kecuali bijan.
2. Tuang ke dalam acuan loyang yang telah di sapu marjerin. Taburkan bijan.
3. Bakar dalam air fryer. Suhu 160 darjah celcius selama 25 minit. 5 minit akhir, tambah suhu 180 darjah celcius untuk dapatkan bahagian atas yang garing.
4. Bergantung pada air fryer masing-masing, jika dicucuk dengan lidi tapi masih belum masak, tambahkan lagi masa membakar dan rendahkan suhu.
Nota: Resipi ini menggunakan santan kotak kara 200 ml cukup untuk 1 cawan
Guna loyang 6′ (bergantung kepada saiz air fryer)
Bawang goreng memang sedap ditabur pada masakan seperti sup, bubur, mee dan sebagainya sebagai penambah aroma dan rasa. Walaupun sekadar bawang goreng, jika tak tahu cara buatnya boleh sebabkan bawang lembik, tak rangup dan mudah lemau. Kalau beli di kedai pula, susah nak menepati citarasa yang diinginkan. Selalu bawangnya dah digoreng lama, masuk angin ditambah perisa tambahan malah jika nasib tak baik berbau hapak!
Ok ni hakak nak kongsikan cara buat bawang goreng..simple je. Tips ni dapat daripada kakak ipar yang memang rajin buat bawang goreng sendiri di rumah berbanding beli di kedai. Memang sangat sedap, kekal rangup, tahan lama dan wangi dengan aroma bau bawang yang baru digoreng.
Bahan-Bahan:
15 biji Bawang Ros/ Bawang merah kecil
2 Sudu Besar Tepung Gandum
2 Sudu Besar Tepung Beras
Sedikit Beras
Minyak Masak (Untuk Menggoreng)
Cara Membuat:
1. Kupas kulit bawang dan JANGAN dibasuh. Hanya perlu lapkan bawang tersebut dengan kain lembap atau tisu.
2.Hiris nipis bawang-bawang tersebut.
3. Hanya perlu tabur tepung pada bawang yang telah dihiris dan ratakan . TAK perlu letak air.
4.Perasakan dengan sedikit garam.Gaul rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang.
6.Goreng bawang sehingga keperangan dengan api yang paling kecil. Pastikan sentiasa kacau ketika menggoreng bagi menggelakkan bawang hangit.
7. Toskan bawang goreng tersebut dengan tapis yang telah di alas tisu dapur. Biarkan ia sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.Boleh dapat bawang goreng dalam satu bekas saiz sederhana. Jimat dan pasti puas hati.
Siap, Selamat mencuba!
Info Ekstra!
1.Bawang yang dibasuh akan menyebabkan ia lembik setelah digoreng.
2. Boleh juga gunakan hanya salah satu tepung, sama ada tepung beras atau tepung gandum. Terpulang ikut citarasa.Fungsi tepung untuk merangupkan bawang goreng tersebut.
3. Untuk elak hangit atau terlampau garing, ketika menggoreng agak-agak bawang dah hampir keperangan terus angkat dan letak dalam penapis. Minyak panas sedia ada pada bawang akan merangupkan bawang tersebut dalam penapis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!