Bermula 1 Ogos lagi, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan. Namun masih ramai yang gagal berbuat demikian dan ada yang kurang bernasib baik dikompaun.
Ternyata ramai masih keliru, pelitup muka hanya wajib pakai di tempat awam yang sesak. Jika duduk berseorangan dan menjaga penjarakan, tidak perlu memakai pelitup muka.
Ramai Masih Keliru
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui masih terdapat kekeliruan berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemakaian pelitup muka.
Ismail Sabri berkata, apabila seseorang itu bersendirian dan mengamalkan penjarakan fizikal, adalah tidak wajib untuk individu berkenaan memakai pelitup muka.
Wajib Pakai Di Tempat Awam Yang Sesak
“Tempat awam banyak, taman awam adalah tempat awam, tapi bila bersendirian maka tidak perlulah memakai pelitup muka kerana seperti saya katakan di tempat awam yang bersesak. Kalau di pasar bersesak, kalau dalam bas atau LRT bersesak, maka perlulah dan wajib pakai pelitup muka.
“Tetapi kalau bersendirian atau ada penjarakan fizikal antara satu sama lain, sebagai contoh di restoran kita (sudah tentu) tidak boleh pakai pelitup muka semasa makan.
Ads
“Tapi kerana ada penjarakan antara satu sama lain maka dibenarkan untuk tidak pakai pelitup muka,” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Beliau menyatakan perkara itu berikutan isu tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang individu yang berada di tempat awam berseorangan dan tidak memakai pelitup muka dikenakan tindakan.
Mulai 1 Ogos, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bertegas dan tidak bertolak ansur dengan pemilik premis hiburan yang masih berdegil tidak mematuhi SOP dengan sama ada menarik semula lesen premis atau menghentikan operasi mereka untuk selamanya.
Ia susulan tangkapan membabitkan operasi pusat hiburan berlaku hampir setiap hari walaupun sudah ada makluman dan peringatan dikeluarkan.
Ads
Pembukaan Aktiviti Pelancongan
“Arahan daripada kerajaan juga amat jelas untuk tidak membenarkan kelab malam dan pusat hiburan kembali beroperasi buat masa ini dan masih di bawah senarai terlarang. Premis seumpamanya tersenarai di bawah larangan kerajaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara juga katanya, bersetuju secara dasar dengan cadangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung pembukaan aktiviti pelancongan khususnya di tempat terbuka seperti Zoo Negara, Legoland dan lain-lain.
Mengenai tangkapan semalam beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 201 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikompaun menerusi pelbagai kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka dan gagal mematuhi penjarakan fizikal.
Seramai 14 pendatang tanpa izin pula berjaya ditahan semalam menerusi Op Benteng yang diadakan di seluruh negara,” katanya. – Bernama
MW: Biarpun dilihat peraturan sekarang agak longgar, mak ayah seharusnya sentiasa menjaga SOP demi menjaga kesihatan keluarga tersayang.
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew akhirnya pulang ke kediamannya selepas sesi kuarantin seusai menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Kerinduan buat keluarga tercinta begitu dirasai apatah lagi apabila hampir dua bulan tidak bertemu dengan isteri dan anak-anak kesayangan.
Ustaz Ebit Akhirnya Pulang Ke Rumah
“Rindunya ya Allah. Dekat dua bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu.
“Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah. Redha Allah segalanya. Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta.
“Ya Allah terima kasih temukan dengan bidadari dan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa menangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.
“Ya Allah betapa sayangnya diriku pada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka. Jagakan mereka. Bersama kami didunia dan sampai syurga Firdaus.
“I love you sayang bidadariku. I love you anakku,” tulis Ustaz Ebit seperti mana yang dimuat naik menerusi entri di akaun Instagramnya.
Ternyata bapa penyanyang ini cukup tabah, baru saja kehilangan arwah bapa tercinta. Ustaz Ebit tetap terus dengan sikapnya yang suka menghulurkan bantuan dan melakukan kerja-kerja sosial. Beruntung isteri yang memiliki suami seperti Ustaz Ebit.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Siapalah yang tak kenal dengan pasangan usahawan jenama kosmetik D’Herbs Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 30 dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid,32. Rupanya selain hebat berbisnes, pasangan bahagia ini juga pandai memasak di dapur, malah turutk memiliki restoran sendiri iaitu Romah Makan Terlajak Laris.
Semalam, Dato’ Sri Aliff Syukri atau lebih dikenali dengan tagline ‘abang terlajak laris’ ada berkongsi video resipi Siakap Stim Limau Ala Thai dilaman instagramnya.Menu tersebut disediakan bersama isteri tersayang untuk hidangan berbuka puasa.
Berikut cara-cara untuk masak Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai yang dikongsikan oleh beliau;
Bahan-Bahan:
Ikan Siakap
Daun limau purut
serai
halia
bawang putih
sos ikan
cili padi
garam
limau nipis
serbuk pati limau
Cara Membuat:
1.Kukus ikan siakap dalam periuk pengukus.
2.Masukkan daun limau purut,serai dan halia, biarkan selama 15 minit.
3.Kemudian cincang bawang putih, cili padi.
4.Masukkan bahan-bahan yang dicincang tadi kedalam sos ikan.
5.Masukkan pula serbuk pati limau kedalam sos tadi dan kacau sebati.
6.Perahkan pula dengan limau nipis dan masukkan sedikit garam.
6.Akhir sekali masukkan kedalam ikan yang telah dikukus dan letak sekali hirisan limau nipis.
Jadi kalau mak-mak nak rasa Ikan Siakap Stim Limau Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida ni,bolehlah cuba resipi ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.Tak perlu dah makan dekat restoran ala thai, boleh buat sendiri di rumah je!
Penyanyi yang terkenal dengan lagu hitnya iaitu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn mendedahkan dirinya reda apabila suaminya berkahwin seorang lagi.
Suami Ezlynn, Wan Mohd Hafizam telah berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Pemilik nama sebenar Azline Ariffin turut menjelaskan statusnya kini berubah kepada isteri pertama apabila Wan Hafizam menceraikan dua isteri terdahulu.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Ezlynn menyatakan pada awalnya dia mencarikan madu untuk suami namun tidak bertemu calon.
“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” luah Ezlynn.
Dari Dia Buat Tak Elok Baiklah Kahwin
Ezlynn turut menyatakan sebelum ini pernah tampil mahu mencari madu untuk suaminya.
“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” sambung Ezlynn.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...