Ramai Kata Saya PENAT Jaga JEBAT, Sebenarnya..- Sharnaaz Ahmad

Sebulan lamanya bayi lelaki bernama Jebat Jayden memenuhi ruang kasih sayang antara pasangan suami isteri terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Noornabila. Tentunya rutin ibu bapa ini berubah dan tak sama seperti sebelumnya.

Sharnaaz pun nampaknya semakin terserlah sifat kebapaan dalam dirinya. Ucapan sayang dan terima kasih baik pada isteri mahupun si comelnya sentiasa disematkan untuk kekasih hatinya ini.

 

Ramai Kata Saya PENAT Jaga JEBAT, Sebenarnya..- Sharnaaz Ahmad

Sebenarnya Isteri Saya Yang Jaga Jebat..

Jadi tak hairanlah jika Sharnaaz atau nama sebenarnya, Basir Ahmad, 33 begitu menghargai pengorbanan isterinya yang tak kenal erti penat sepanjang menjaga Jebat ketika dalam berpantang.

Bila mana ada yang mengatakan dia yang nampak penat menjaga Jebat, Sharnaaz menyangkalnya. Kerana hakikatnya adalah sebaliknya.

Ads

Ramai kata saya penat jaga Jebat.. sebenarnya isteri saya yang jaga jebat all the time. Saya patut berterima kasih pada dia.”

 

Ramai Kata Saya PENAT Jaga JEBAT, Sebenarnya..- Sharnaaz Ahmad

Memang Patut Syurga Itu Di Bawah Kaki Ibu

Sambungnya Sharnaaz lagi, “Memang patut syurga itu di bawah kaki ibu, dan pengorbanan sang ibu itu tiada tolok bandingnya.”

Ads

Sebagai menghargai jasa isteri yang tak berbalas dengan wang ringgit itu, Sharnaaz sambung lagi dengan kata-kata manis ini.

Terima kasih sayang, Noornabila. Habis pantang kita pi holiday k sayang.” Bahagia rasa bila dapat pasangan yang memahami susah payah isteri melahirkan dan menjaga bayi dalam pantang ini.

Sememangnya bawa isteri berjalan-jalan itu boleh mengubah mood isteri dan tenangkan kembali rasa penat yang dialami.

 

Ads

Ramai Kata Saya PENAT Jaga JEBAT, Sebenarnya..- Sharnaaz Ahmad

Suami Penyayang, Buat Jiwa Isteri Tenang

Haa.. jangan tak percaya ya, orang lelaki yang ‘sekeras’ Sharnaaz ini pun boleh lembut hati bila berdepan dengan isteri dan anak tercinta.

Jadi wahai suami di luar sana, rendahkanlah sedikit ego itu. Dan belajarlah menghargai pasangan anda. Bahagiakanlah mereka sepanjang mengandungkan zuriatmu dan tenangkanlah jiwa mereka sepanjang melalui proses 44 hari berpantang bersama bayi anda itu.

Sebab sokongan tak berbelah bagi dari suami inilah yang buatkan isteri jadi makin kuat makin sihat dan mahu kembali berseri untuk suaminya.

Sumber/Foto : Sharnaaz Ahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI